Persiapan tahun ni untuk raya disediakan awal terutama bab pakaian memang dah beli awal lagi sejak bulan Jun hari tu, memang sikap ku yang sentiasa prepare awal, tak suka la kelam kabut terutamanya nak membeli pada bulan puasa huhh sure penuh shopping complex dan parking pun full. Iala lagi pun tahun nih Alhamdulillah banyak tempahan kuih muih yang diterima jadi memang tak boleh keluar rumahla setiap hujung minggu asyik dok pulun buat kuih tu.Dengan harapan boleh siap sebelum balik kampung rupanya ada juga tempahan yang diterima dihujung-hujung garisan, nak tolak kesian la pulak...tapi apapun terima kasih pada semua pelanggan yang sudi membuat tempahan dengan saya. Kuih raya untuk di rumah..ooopss sooorry semuanya sold out tak sempat nak buat pun..rasanya kalu ada tamu yang nak datang tu akan difikir menu apa yang perlu dibuat untuk menggantikan kuih raya..
Kuih raya tahun ni yang dibuat :
Tart Gulung Nenas
Salju Samperit Pandan
Ni sebahagian order yang sempat di snap
Untuk berbuka puasa pula tahun ni memang tak ada jemputan buka puasa dimana-mana dan tak pun berbuka dihotel sepeti tahun-tahun lepas yang menjadi agenda di bulan puasa,masak sendirila... Alhamdulillah segala masa yang ada selepas berbuka kami 3 beranak sempat pergi ke masjid untuk solat terawih berjemaah. Tapi merasa berbuka di atas awan (dalam flight balik kampung) sedap gak makan Beriani Ayam (Air Asia).Sempat juga berpuasa dengan famili di Penang dan juga famili di Sabah, kira farela kan..
Uit... tahun ni kami balik raya naik belon... ooo raya di kampung papa buat julung kalinya.Semua saudara mara semua berkumpul di kampung hubby so ramaila.Puteri kami tak tau nak katala...dilayan bagaikan puteri,segalanya disediakan dan dijaga oleh uncle dan auntynya.
papa and umi...where Aisyah..??? Umi and douther
sebahagian famili hubby
Dengan adik ipar
Puteriku yang sudah di make up oleh auntynyani antara pengikut puterikuDari kampung ke kampung dari bandar ke bandar dan dari Tawau, Semporna, Kudat semua dijelajahi..Huhh memang penat dari pagi, tengahari sampai ke malam beraya sakan..masanila dapat kenal betul dengan saudara hubby.Start balik ke Sabah pada 7/9/2010 hingga 15/9/2010. Segala menu masakan, masakan dari masakan Jawa, Bajau, Bugis, Melayu dan sebagainya dapat kami rasa..tapi sedihnya aku tak dapat makan ketupat pulut dan kuah kacang daging yang biasa dibuat dan juga rendang. Dekat sini dihidangkan BURAS(sejenis ketupat yang dibuat dari nasi dan dibalut dengan daun pisang). Nasib baik mak mertua request suruh buat nasi beriani..huhhh apa lagi ada la jugak menu kesukaan di pagi raya..Tapi... sedih tak dapat raya dengan keluarga sendiri..'mom..dad..dari jauh anakmu pohon maaf ya'. Dikampung puteriku dapat berkenalan denagn lebih rapat lagi dengan cat, duck, chicken, cock, cow.. sebab kalau di kampungnya di Penang tak ada semua tu..
sohun goreng pedas bersama hati-menu jawa
tapai pulut hitam
tapai pulut
ni pulak bakso MIL yang buat. Mil memang terer buat bakso ni.. Lepas saja balik dari Sabah, pada 16/9/2010.. terus balik Penang pulak..mana taknya si adik-adik ni dok menyanyi bila nak balik, bila nak balik..untuk tidak menghampakan harapan mereka kami pun balik la jugak..lawat Tok, lawat Mak Chak dah balik umah sebab keesokkannya dah nak balik KL semula. Lepas tu pulak 19/9/2010 kiranya beraya di Melaka sebab hantar my youngest brother balik kolej dia.. nak jugak kakak dia yang hantarkan..huhhh memang penat raya tahun nih..
Hari Isnin 20/9/2010 dah mula keje.. mood tu memang tak aderla nak keje sebab masih berangan lagik..