Balik kampung nak buka pose dengan famili sempena cuti nuzul quran, nasib baik hubby pun keje di Selangor so dapatla cuti. Nampak gayanya mungkin bukak pose dekat higwayla jawabnya sebab lepas keje terus balik... untuk mengatasi masalah kesesakan di higway nanti disebabkan mesti ramai orang yang mengambil peluang ini untuk bercuti so, masa balik kerja kami beli dulu nasi beriani untuk buka pose nanti tak kisahla terberhenti dekat mana pun janji ada makan.Memang sahlah masa berhenti buka pose tu ramai orang kat higway. Tapi tak per kami sempat makan sampai kenyang dan habis nasi beriani tu tambahan pulak si Puteri sedang beradu dalam kereta... Tapi apa yang nak bagi tau ni sampai jer Penang terus hubby ajak pergi pekena char keow teow kat Permatang Pauh. Biasanya kalo dekat Seberang Perai ni ada dua kedai char keow teow yang terkenalla, satu lagi dekat Sungai Dua. Yang bestnya dekat Permatang Pauh ni ada juga satay..dan dekat Sungai Dua tu ada nasi goreng udang..Tapi memang sentiasa penuhla kedua-dua kedai nih..
ni bahagian masak
Tengok tu orang ramai, itupun masa bulan puasa kalau bulan tak puasa lagila ramai orang
Menu yang disediakan
Ha ni Char Keow Teow Special tapi pinggan kecil la pulak..kena tambah lagi satu pinggan
ni pulak pembuka selera, kalu makan char keow teow kat KL jarang depa sediakan cili jeruk nih
ni satay huhh sedap gak satay nih
No comments:
Post a Comment