Saturday, March 20, 2010

Kek Coklat

Dah lama tak buat kek coklat, so sempena nak meyambut tetamu keesokkan hari buatla juga kek coklat nih. Resepi asal ambik dekat blog 'En Mat Gebu' tapi dah diubah suai skitla.. Sempat juga mom minta bawa balik Sabah. Kek ni rich coklat dan tak manis sangat just nice gitu. Layan resepi ya..
BAHAN - BAHANNYA
250 g mentega
300 g gula perang
4 biji telur gred A
1 camca besar coklat paste
1 camca teh esen vanilla
300 g tepung gandum*
100 g serbuk koko*
Secubit garam*
1 1/3 camca teh soda bicarbonate*
1 1/3 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
325 ml susu segar


CARA
1-Lenser tin bulat berukuran 11 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Panaskan oven ada suhu 175C.
2-Putar mentega dan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu sambail terus memutar hingga kembang. Masukkan esen vanilla, coklat paste dan putar rata.
3-Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar rata.
4-Tuang dalam tin tadi dan bakar selama 50 minit atau hingga masak, ikut tahap kepanasan oven masing-masing.
Untuk Coklat Ganache
300gm Non Dairy Whipping cream
400gm cooking chocolate
1 sdb butter / majerin
2 sdb madu (untuk dapatkan coklat yang berkilat)

Cara:
1- Masukkan whipping cream dan coklat yang telah dicincang (secara double boiled)
kacau hingga sebati
2- Tambahkan butter dan madu kacau lagi
3- Biar hingga semalam untuk dapatkan hasil ganache yang sebati dan jika masih cair masukkan sekejap dalam peti ais dalam 2 jam selepas itu hias atas kek ikut kreativiti. Selamat Mencuba ...

1 comment: