Wednesday, April 21, 2010

Kek Pisang Chocolate

Sempena nak balik Penang sambut parent balik umrah oo dah tentu akan ada tamu yang datang untuk menziarah mom and dad.. so buat jugakla kek pisang yang mudah sebagai makanan tambahan untuk dihidangkan.. Senang jer buat kek nih guna jer bahan sedia ada di rumah. Kek lembab, yang kurang manis dan sesuai untuk peringkat umur.. kalo buat kek 'fancy' skit mesti ada yang tak suker so buatla kek yang disukai ramai.. ok kita layan cara pembuatan kek yang mudah ini...

Bahan

1- 6 Biji pisang berangan atau pisang aper pun tak kisah

2- 1 1/2 cawan tepung gandum*

3-1 sudu kecil soda bikarbonat*

4-1 sudu kecil serbuk penaik*

5- 20 gm serbuk koko* (ayak sekali semua bahan ni *)

6- 1 cawan gula perang

7- 4 biji telur saiz A

8- 1 cawan minyak jagung (kalau tak ade minyak masak pun boleh la)

9- 1 sudu kecil esen pisang/esen vanila pun ok

Caranya:

1-Pisang dilenyek dan letak sebelah

2-Panaskan oven 175C selama 7 min

3- Satukan minyak, telur dan gula hingga sebati

4- Masukkan esen pisang dan pisang yang telah dilenyek kacau sebati

5- Tambahkan tepung sedikit demi sedikit kacau sebati dan masukkan dalam acuan yang telah dialas dengan kertas minyak dan mentega. Acuan berukuran 9 cm

10- Bakar hingga masak suhu 175C selama 45 min ikut kepanasan oven masing-masing.

##nota-Untuk hasil terbaik- letakkan adunan di bahagian bawah sekali dengan kepanasan api atas dan bawah.

No comments:

Post a Comment