Monday, April 19, 2010

Nasi Ketam2

Tak puas hati hari tu makan nasi ketam juru sebab kedai 'Warung Pak Su' tutup pada hari Khamis, so hari ni balik Penang singgah jugak la kat warung tuh yang kata sedap seanterio tu. Sampai Penang jam 1.15 tgh, tengok kat parking tu ada la dlm 7 buah kereta yang singgah makan kat situ. Tapi yang bagus nya layanan tuan kedai tu sendiri, siap ambilkan baby chair untuk anakku.. walaupun puteriku ini dah tidak berminat untuk duduk dalam baby chair.. lepas tu siap dia bagi gula-gula 'loli' tu kat semua budak-budak yang ada kat situ..kira ok la layanan tuan kedai tu.. mungkin ni yang sebabkan ramai pengunjung datang ke kedai dia selain dari masakkannya. Dah sampai cam biasa hubby akan order nasi and I ordered 'Mee Udang'. Agak dalam 20 minit baru makanan sampai. To me, setakat ini masih belum jumpa yang dikatakan 'Mee Udang Sedap' selain dari yang biasa I masak, bukan nak angkat bakul sendiri tapi itulah hakikatnya..Mee Udang dengan 6 ekor udang, RM 10. Nasi Ketam.. ooo hubby asked me ' your rating from 5 star?' I said just 3 star only, but can improve...hahaha'. Kira ok la tuh dr tak bagi bintang langsung.. Rupanga harga nasi ketam tu ikut saiz ketam kata tuan kedai tu. Selalunya rm 10 untuk 1 1/2 ekor ketam, tapi hari tu kami kena rm 20 untuk 2 ekor ketam sebab dia kata saiz ketam hari ni memang besar. Ia la saiz ketam, udang bukanlah standard saizkan so tak per la.. Ada ikan bakar siakap dan pari tapi aku tak order tengok lauk ketam pun cam dah banyak.. Dah rasa, so dah tahu macam mana kesedapannya.. jadi kalo sesiapa nak cuba silala berkunjung di sana di Sg. Sembilang, Juru cari jer dalam GPS mesti jumpanyer ;Warung Pak Su.
Mee Udang
Lauk Ketam
Papa penuh semangat makan
Sesudah lengkap semua












No comments:

Post a Comment