IKUT RASA HATI.. YA ALLAH JANGAN ENGKAU ATURKAN DIRIKU INI OLEH AKU SENDIRI WALAU SEKELIP MATA-AMIN
Sunday, January 30, 2011
ChickenMiniPuffPastri
Bahan:
6 keping puff pastri kawan dipotong 4 setiap satu
4 sudu isi ayam cincang brand Ramli
1/2 biji bawang bengala dicincang
1/2 biji tomato dicincang
sos tomato
sos thousand island untuk dihias
sedikit serbuk lada hitam
1 biji telur di asingkan kuning dan putihnya
Cara:
1- Puff pastri setiap keping dipotong 4 kemudian di cantumkan kepada 2 bahagian
2-letakkan isi ayam, tomato cincang dan picit sos tomato ke atas puff pastri tadi.Lepas tu tuang sedikit putih telur ke atas puff pastri buat untuk semua
3-Kemudian sapu dengan kuning telur dan tabur lada hitam di keliling kulit puff tersebut
4-Kemudian bakar pada suhu 170 c selama 15 minit ikut kepanasan oven masing-masing
5-Dah siap bakar keluarkan dan picit sos thousand island ke atas puff tadi dan hidangkan.
Thursday, January 27, 2011
Olio Spageti Seafood
Bahan:
250 gm spageti
10 ekor udang
2 ekor sotong dipotong
1/2 batang lobak merah di potong memanjang
2 sudu besar puree tomato
5-10 biji jeruk caper (dipotong 2)
1 sudu besar serbuk lada hitam
garam secukup rasa
2 sudu cincangan oregano (kalu tak der guna jer yang kering)
1 sudu minyak zaiton
1/2 biji cincangan bawang besar
2 biji cincangan bawang putih
Cara:
1-Rebus spageti dengan air dan titis kan sedikit minyak zaiton sehingga lembut. Kemudian toskan.
2- Panaskan minyak zaiton tumis semua bawang, masukkan udang dan sotong masak.
3-Lepas tu masukkan tomato puree jika agak pekat tambah 1/2 gelas air lebih kurang (300ml)
4- Kemudian masukkan spagetti, serbuk lada hitam, jeruk caper,garam kacau hingga sebati.
5- Akhir sekali masukkan cincangan oregano gaul sebati dan hidangkan.
Sunday, January 23, 2011
Asam Pedas Ikan Pari Nenas
500 gm ikan pari
5 sudu besar cili kisar
1/2 biji nenas separuh masak dipotong serong
6 tangkai daun kesom
1 biji tomato belah 4
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar* dikisar
3 sudu besar minya untuk menumis
2 sudu besar sos tomato
2 keping asam keeping
1300 ml air
1/2 sudu besar lada hitam dikisar
Garam sesedap rasa
Cara:
1-Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar hingga naik bau
2-Kemudian masukkan cili kisar masak hingga hilang bau cili.
3- Masukkan ikan pari dan tambah air, gaul sekata tambah asam keping. Tambah serbuk lada hitam.
4- Kemudian masukkan sos tomato, daun kesom dan perasakan dengan garam.
5-Akhir sekali tambah nenas masak dalam 5 minit padamkan api dan letak tomato. Sedia untuk dihidangkan.
Nasi Arab Damsyik
Ni waktu operasi restoran ni.Dekorasi dalaman macam makan ala-ala dirumah orang arabla.Tidak mengecewakan makan disitu walaupun tiada muka-muka arab disitu berbanding makan di Saba' Cyberjaya...memang sedap.Saya order kabsa ayam.oo ayam ada kat bawah nasila Harga makanan ok nasi pun banyak dengan set tairu, timun dan sambal macam sambal tomato namanya salato. Pastu saya order lassi manggo..tapi air out rasanya..my homemade sedap lagi..Entah kena sekarang ni kami ni sekeluarga gila makan nasi arab. Rempah kabsa ada cuma sekarang ni tengah mencari brasmati yang digunakan di restoran-restoran arab rasanya lain dari brasmati biasa yang digunakan.
Saturday, January 22, 2011
Port Dicson 2 days
Ha ni pulak muka lepas dah confidence tu. Siap berenang sendiri..
Ni pulak muka lepas 2 jam 30min berendam dalam kolam.Itu pun ajak naik sebab nak masuk bilik check out. Semalam sampai hotel dari pukul 5 petan sampaila orang yang jaga pool tu tiup wisel suruh naik jenuh pujuk Aisyah naik baru nak naik kalo tak sampai tido dalam kolam apa.
Thursday, January 20, 2011
Homemade Chocolate Paralline
Alhamdulillah setelah beberapa buat research akhirnya saya dapat juga menghasilkan homemade chocolate. Bukan tak nak pergi kelas tapi untuk sediakan chocolate sendiri dalam masa terdekat memang tak sempat nak pergi kelas tambahan dengan comitment yang perlu disiapkan dalam tempoh 2 bulan nih.Ada jugak bertanya pada orang yang pernah pergi kelas buat chocolate ni boleh la pulak depa tak nak bagi resepi..hanya minta resepi jer itu pun mau kedekut ker iala walaupun depa bayar untuk attend kelas tu..bukan ker itu pun ilmu Allah naper la nak kedekut..rezeki masing-masih telah Allah peruntukkan..ishhhh..nak buat macam manakan..Walaupun tak secantik lagi rupanya tapi hasilnya sedap dimakan..Ini baru first trial..
Sunday, January 2, 2011
Jalan-jalan Pangkor
ni pemandangan dari atas dekat lobi hotel
Ni dekat pantai
Kalau nak berendam, kolam dia pun cantik kat situ tak tau berapa kilo clorin yang dia masukkan dalam tuh. Tapi masa bercuti ni saya kurang sihatla, batuk dan selsema. Lepas tu masa sampai sini petang tu bawa Princes swim at pool dia memang suka mandi at pool ni, lepas tu malam tu terus demam..panas badan dia..nasib baik bawa bekalan ubat demam,selsema dan batuk. Walaupun demam keesokkan hari tetap dia nak mandi jugak at pool tuh. Lagi satu kalau nak makan luar boleh makan dekat pekan dekat setiawan ada bagunan kedai mara. Ada gerai nasi campur dan rojak manjung.Ok jugakla makan dekat situ, murah pun murah. Kira memang kena dengan selera la. Nampak kedai pun bersih. Yang menarik minat saya kat kedai tu ialah cendawan rendang..cubala..Kami bertolak balik ke KL pada jam 10 pagi lebih kurang kena rush balik awal sebab parent nak datang rumah esok tu pulak nak pergi Melaka..