Sunday, January 23, 2011

Nasi Arab Damsyik

Lepas saja balik dari PD dah alang -alang ada di Negeri Sembilan jadi saya pun ajaklah hubby singgah sekali makan di Restoran Nasi Arab Damsyik yang terkenal yang dah masuk TV beberapa kali dan pernah juga beberapa kali keluar dalam surat khabar. Lokasi terletak di Taman Bougonvilla atas skit dari Ampangan. Dalam kawasan taman kira kedai tu asalnya rumah dua tingkat la dia buat restoran.
Ni waktu operasi restoran ni.Dekorasi dalaman macam makan ala-ala dirumah orang arabla.Tidak mengecewakan makan disitu walaupun tiada muka-muka arab disitu berbanding makan di Saba' Cyberjaya...memang sedap.Saya order kabsa ayam.oo ayam ada kat bawah nasila Harga makanan ok nasi pun banyak dengan set tairu, timun dan sambal macam sambal tomato namanya salato. Pastu saya order lassi manggo..tapi air out rasanya..my homemade sedap lagi..Entah kena sekarang ni kami ni sekeluarga gila makan nasi arab. Rempah kabsa ada cuma sekarang ni tengah mencari brasmati yang digunakan di restoran-restoran arab rasanya lain dari brasmati biasa yang digunakan.

No comments:

Post a Comment