Tuesday, November 17, 2009

Ayam Manis Pedas





Selalu kita masak 'masam manis'. Kali ni kita cuba pula 'Ayam Manis Pedas'.Dah selalu masak resepi ni tapi tak sempat nak upload gambar masakan dan resepinya. Ini baru sempat ambik gambar masakan. Masakan ni memang sedap dan ringkas. Boleh dimakan dengan selain dari nasi putih atau dibuat lauk untuk nasi tomato, beriani, hujan panas dan segala nasi la.. layan resepi dibawah ya


Bahan untuk ayam:
1 ekor ayam dipotong ikut saiz sendiri
kunyit serbuk
garam sedikit


caranya:
Gaul bahan tersebut dan perap lebih kurang sejam lepas tu goreng garing.



Bahan kuah :

8 biji cili kering kisar asing
5 ulas bawang merah - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
3 cm halia -kisar
2 labu bawang besar dihiris
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
gula
garam
2 sudu besar kicap manis
bawang goreng
daun sup dan daun bawang


Caranya:
Tumis semua bahan kisar dan bawang besar hiris kecuali cili hingga naik bau
kemudian masukkan cili kisar
Tumis hingga pecah minyak (cili masak) masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap
gaul sebati perasakan dengan gula dan garam. Rasanya manis-manis pedas.
Selepas itu masukkan ayam goreng tadi dan gaul bersama bawang goreng hingga kuah bersalut ayam. Biar dalam 10 minit padam api dan tabur daun sup dan daun bawang.
Sedia untuk dimakan.






No comments:

Post a Comment