IKUT RASA HATI.. YA ALLAH JANGAN ENGKAU ATURKAN DIRIKU INI OLEH AKU SENDIRI WALAU SEKELIP MATA-AMIN
Saturday, July 31, 2010
Kabsa Daging
Bahan:
1- Bawang merah 3 ulas*
2-Bawang putih 3ulas*
3-1 inci halia*mesin
4-30 gm rempah kabsa
5- kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih
6-1/2 biji lemon belas 2
7- 2 1/2 pot beras
8-1/2 batang lobak merah dibelah 4 dan potong memanjang 2 inci lebih kurang
9- 1 biji tomatao belah 4
10-1/2 cawan gajus panggan dahulu
11- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
12- 1/2 sudu garam dan gula
13- 500gm campur daging dan tulang
14- air 4 gelas
15- 2 sudu besar minyak sapi
16-1 sudu besar butter
17- 1 Biji bawang besar dihiris
18-1/2 sudu kecil serbuk kunyit (sepatunya guna safran tapi tak ada)
19-3 biji lada merah tanpa potong
Cara:
1- Panaskan minyak sapi dan butter.
2- Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga tadi masak dalam 3 minit dan kemudia masuk pula bahan mesin tadi, masak hingga naik baunya.
3-Lepas tu masuk pula rempah kapsa,serbuk kunyit dan gaul masak lagi.
4-Langkah seterusnya masuk daging dan tambah air gaul biar sebati dengan bahan rempah tadi. 5- Masak hingga daging lembut dan perasakan dengan garam dan gula serta lada hitam
6- Kemudian masukkan semua sayuran tadi dan tambah beras beserta dengan lemon.
7- Biar hingga nasi masak dan kering, kemudian tabur gajus dan sedia untuk dihidangkan.
(*******jika tak ada periuk tekanan boleh guna periuk nasi masak supaya daging tersebut tidak liat)
********Saya makan dengan sayur kacang panjang dibuat kari kering dan papadom
Wednesday, July 28, 2010
Pizza Simple
Bahan kuah
Tuesday, July 27, 2010
Gulai Daging Tetel dengan Timun Air
ni la rupanya timun air tu
Bahan:
1- 3 ulas bawang merah*
2- 3 ulas bawang putih*
3- 1 inci halia* (* mesin semua)
4- 2 batang kulit kayu manis
5- 2 kuntum bunga lawang
6- 4 sudu besar rempah kari daging
7- 200 ml santan
8- 800ml air
9- daging tetel 1/2 kilo dihiris (daging yang ada lemak skit-skit tuh)
10- 1 biji timun air di potong tebal 1 cm
11- garam dan air asam jawa secukup rasa
12- 100ml minyak untuk menumis
Cara buatnya:
1- Tumis semua bahan mesin, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
2- Kemudian masukkan rempah kari, masak hingga pecah minyak.Tambah air, kacau.
3-Tambah daging tadi masak hingga empuk.
4-Lepas tu baru masukkan garam dan air asam secukup rasa.
5-Tambah santan dan juga timun air, masak hingga timun tersebut empuk bukan terlalu lembik.
6- Padam api dan hidang dengan nasi panas.
########Gulai ni cair skit bukan seperti kari ikan atau kari ayam yang perlu dimasak pekat.
Menu tambahan untuk digandingkan dengan kari sebegini, saya buatkan lobak masin bertelur.. Senang je bahannya..layan yer resepinya
1- 1 ulas bawang besar dihiris
2-1 biji cili merah dihiris
3- beberapa ketul lobak masin dicincang
4- 1 biji telur
5- 2 sudu besar Minyak untuk menggoreng
Caranya
1- Panaskan minyak dan goreng bawang beasr hingga wangi
2- Masukkan lobak masin, cili dan goreng lagi
3-Akhir masukkan telur dan gaul hingga kering semuanya, padam api dan hidangkan.
Saturday, July 24, 2010
Buncis Goreng Pedas
Bahan
1- 300 gm kacang buncis dihiris
2-1 biji tauhu dihiris 8
3- 1 ketul tempe dihiris nipis
4- 2 sudu besar cili kisar
5- 2 ulas bawang merah dihiris.
6-Garam secukup rasa
7- 1 sudu besar sos tomato
8- 3 sudu besar minyak untuk menggoreng
9- 1/2 gelas air
10-1/2 batang lobak merah dihiris memanjang
Caranya:
1- Goreng tauhu dan tempe hingga masak angkat dan toskan.
2-Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang merah hingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar tadi.
3-Kemudian masukkan sos tomato, jika terlalu kering tambah air sedikit dalam 1/2 gelas sahaja.
4-Masukkan garam seckup rasa serta kacang buncis,lobak merah dan juga tempe serta tauhu. Masak hingga kering dan hidangkan.
Monday, July 12, 2010
Sample Biskut Makmur dan Tart Gulung Blueberry
Wednesday, July 7, 2010
Bubble Rice Fruity Cookies
Tuesday, July 6, 2010
Melaka part 1
Dataran Pahlawan
Dalam Dataran Pahlawan
Dad, mom and princes
Puteriku bersama Ayah Ajinya
Ini kedai yang kami singgah makan malam dekat Alor Gajah. Tapi kurasakan kedai ini macam mahal skitla.
Set Asam Pedas harganya rm 5.30
Ini set Udang Celup tepung tak ingatla berapa harganya tapi tak cukup 1 pinggan order lagi 2 pinggan
Dah menjadi kebiasaan keluargaku kalau makan kat luar mesti kena ada satay secucuk rmo.5o
Ini keow teow Kung fu mom order
ni pulak ABC semangkuk rm 3.00
Monday, July 5, 2010
Melaka Part 2
ni cendol pulut
ni pulak cendol special ada pulut, jagung, lempuk durian
ni bakso saya yang order. Yang famous kat sini gulai kawah la.. goreng-goreng pun ader
ni nasi gulai kawah lauk ayam(ada ayam, itik,daging dan kambing)
Fraser Hill
Puteriku sedang menonton
Food Court..ok la makan kat sini alas perut
Menara Jam Fraser Hill
Dikebun bunga
Aksi anak kecilku