Wednesday, July 7, 2010

Bubble Rice Fruity Cookies

Kebetulan semalam balik awal lepas saja hantar mom and dad dekat Hotel Seri Pasific sebab ada event kat situ, tu terus balik sebab nak siapakan cookies yang sedara tempah, sebab nanti kawan-kawannya nak datang rumah so nak jamula.. Oleh kerana besarnya kepercayaan yang diberi oleh hubby maka saya kuatkan semangat untuk hantar sendiri parent kesana. Iala aku ni bukannya jenis selalu meronda drive sendiri, selalu jadi penumpang jer.. huhhhh cuak jugak ooo dengan sesaknya dekat PWTC tuh..Sedara sorang nih dia suruh buat jer apa-apa biskut yang mudah so aku buatla ya.. ikut selera sendiri. ..Bubble Rice Fruity Cookies. Mudah dan rangup rasanya. Kalau nak order lagi pun boleh kalau nak resepi buat sendiri pun boleh, ni resepinya:

Bahan:

1-1 cawan bubble rice
2-1 cawan mix fruit
3- 1 cawan butter
4-1 cawan tepung naik sendiri
5-1/2 cawan gula perang (kurangkan gula sebab mix fruit dah manis dah)
6-1 sudu esen vanila
7- 1 biji telur B size

Caranya

1- Panaskan oven pada suhu 150 selama 10 min.
2-Pukul butter dan gula perang hingga sebati jangan terlalu kembang
3-Masukkan telur dan pukul lagi, kemudian masukkan esen vanila, kacau sebati.
4-lepas tu masukkan tepung sambil gaul masukkan bubble rice diselang seli dengan mix fruit dan juga tepung tadi, gaul rata
5- Sudukan kecil letas atas pembakar dan bakar pada suhu 150 selama 15min atau keperangan ikut oven masing-masing.
6-siap masak letak atas jaringan hingga sejuk baru dimasukkan dalam bekas kedap udara.


No comments:

Post a Comment