Friday, May 28, 2010

Ikan Mayo Berlada

Wohohh.. best betoi hari ni public holiday..bestnyer duduk kat rumah berehat..tapi hingga hari Sabtu ni jer berehat kat rumah lepas tu nak pergi bercuti sempena papa pergi outstation Umi and Princes pergi bercuti..dah lama tak bercuti..selalu outstation kene buat keje ..so kali ni nak bercuti.. Hari ni masak simple jer untuk makan tengahari sebab masa yang lain hendak digunakan untuk megemas rumah, mebasuh, melipat dan pelbagai lagila..hahah itula rutin wanita yang berkeluarga.. Tengahari ni Umi masak Ikan Mayo Berlada. Tak semestinya guna ikan Mayo ikan merah ker, ikan pari ker aper-aper jenis ikan pun bolehlah ikut selera masing-masing.

Bahan

1- 1 ketul ikan mayo-(sebab dua orang jer yang makan)

--Basuh bersih gaul garam kunyit dan goreng hingga garing, lepas tu ketepikan.

2-1 Batang serai **

3-2 ulas bawang merah **

4-2 ulas bawang putih **

5-5 biji cili merah ** mesin kasar

6-1/2 cawan air asam jawa

8-Garam dan gula nsecukup rasa

Caranya

1- Tumis semua bahan mesin hingga naik bau

2- Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.

3-Tuang lada tadi ke atas ikan yang telah digoreng.

No comments:

Post a Comment