Wednesday, May 5, 2010

Roti Lapis Daging (ala lasagna)

Selalu kalau beli roti mesti beli yang panjang punyer.. walaupun hanya 2 orang jer yang makan. Dengan menggunakan roti pelbagai resepi dapat dihidangkan dan mengeyangkan selain dari nasi.Makan nasi selalu pun boring jugakkan.. Kadang papa said 'oo malam ni tak nak makan nasila..' so umi kene la pulak tanya mr google 'malam nih i nak masak aper yer' mr google sentiasa ader jawapan yang memberangsangkan.. so terjumpala resepi roti nih.. tetapi seperti biasa segala resepi yang dapat akan diubahsuai ikut selera sendirila..just nak dapatkan idea jer..
ok layan resepi yer..

Bahan
6 keping roti putih direndam dengan susu

Bahan inti

daging cincang
bawang merah, bawang putih diris dan dadukan
minyak zaitun untuk menumis
mix vegetable
daun sup dan daun bawah dihiris
1 sudu besar rempah daging
2 sudu sos tomato
serbuk oregano di tabur
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Untuk hiasan
keju mozarella diparut
tomato untuk hiasan dihiris


Caranya:

1-Tumis semua bawang tadi hingga layu, masukkan rempah daging(jika kering tambah skit air) dan sos tomato hingga naik bau, masukkan daging kisar tadi
2- Lepas tu tambah mix vegetable hingga agak lembut masukkan garam, lada hitam dan serbuk oregano.
3- Untuk masukkan kedalam bekas, sapu butter keliling bekas lepas tu letakkan 3 keping roti putih yang direndam dengan susu tadi ke dalam bekas pembakar
4- Kemudian letak inti separuh, baki roti tadi lapis diatas inti tadi dan lapis semula inti.
5-Hias dengan tomato dan tabur keju, kemudian bakar dalam ketuhar suhu 175c dalam masa 20min. Sedia untuk dimakan..sedap masa panas..








No comments:

Post a Comment