Sunday, May 9, 2010

Roti Jala

Buat Roti jala sempena mom and dad nak datang rumah petang nih.. mom cakap tak yah masak apa sebab mom nak bawa lauk dari Penang. Gulai ayam piru..ayam turkey la tuh. oo sedapnya.. Bab curry marry ni mom memang terror la masak.. memang sedap.. so to me rasa cam tak best pulak sebab tetamu nak datang tapi tak buat apa-apa. pikiq-pikiq..hah buat roti jala la senang.. menjala jer.. lagi pun mom and tak makan nasi malam. lauknya tak yah buat, makan dengan gulai ayam piru..bahan semua lengkap so buatla.


Bahan Roti:

1 - tepung gandum
2-santan
3-sedikit garam
4-sedikit kunyit serbuk untuk warnakannya
5- air
6-1 biji telur

Cara:
1-Pukul semua hingga sebati kecuali tepung
2-Masukkan tepung sedikit-demi sedikit ikut kepekatan yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam acuan untuk menjala.
3- Jala atas non stik pan. Cukup masak angkat dan gulung.
#jika adunan tu putus-putus masa menjala kene tambahkan tepung skit dalam 1 sudu jer

No comments:

Post a Comment