Sunday, June 20, 2010

Hari Ini Hari Papa 20 Jun 2010

Happy Father's day to Papa, my beloved hubby and to bapa dan semua bapa-bapa sekalian.. Sungguh senang sekali duk kat rumah hari ini sempena dengan cuti weekend. Banyak aktiviti rumah yang dibuat, mengemas, mengemop, mencuci dan macam-macam lagi lah. Sempena dengan hari bapa juga papa awal-awal pagi dengan penuh semangat mengecat tembok rumah yang baru diasiapkan tapi baru cat undercoatla cat sepenuhnya belum lagik la. Umi seperti biasa bangun lepas siapka sarapan pagi terus start memasak dulu. Sempat jugak buatkan sebiji kek untuk papa sempena hari papa yang kedua untuk tahun ni. Sarapan pagi buatkan cucur udang jer, untuk makan tengahari saya sediakan Nasi beriani dan lauknya ayam masak merah kismis dan kerabu nenas dan minuman Jus nenas asmara, ha.. kenapa namanya jus nenas asmara..sebab dibuat dengan penuh kasih sayang untuk santapan suami dan anak tercinta..cehhh.



Ha..ini kek untuk Papa. Tapi buahnya untuk Princes Aisyah

Ini pulak Puteri kami siap jer makanan yang dihidang atas meja..hahahah princes la yang akan sampai dulu untuk bersantap tak payah panggil banyak-banyak kali..

ni pulak aktiviti anakku berendam di hujung minggu sambil membasuh motor papa kesayangannya...haha umi tak suruh buat tapi Aisyah yang sudi membantu..


Ha ni pulak saya masukkan resepi untuk masakan semalam:


Nasi Beriani



Bahan


1- 2 pot beras(saya guna beras biasa sebab beras brasmathi dah clear)

2-1/2cawan sus cair

3-3 ulas bawang merah#

4-3 ulas bawang putih#

5-11/2 inci halia#mesin

6-campuran kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga

7-3 sudu minyak sapi

8-4 sudu rempah beriani Faiza

9-kismis dan bawang goreng


Cara


1- Basuh beras hingga bersih dan rendamkan dengan air seperti sukat untuk masak nasi biasa

2-Tumis minyak sapi dengan semua bahan mesin beserta campuran kulit kayu manis hingga naik bau

3-Masuk rempah beriani, lepas tu masukkan garam secukup rasa.

4-Tuang beras beserta air tadi kedalam periuk gaul dan tambahkan susu.

5-Biar nasi masak. Lepas masak tabur kismis dan bawang goreng



Ayam Masak Merah Kismis

Bahan untuk ayam

1-500 gm ayam ayam basuh dan gaulkan dengan serbuk kunyit dan 3 sudu tepung jagung dan sedikit garamperap ayam 1 jam.

Lepas tu goreng ayam dan asingkan


Bahan Kuah


1- 1/2 cawan minyak

2-20 biji cili kering * kisar dan asingkan

3- 2 ulas bawang besar#

4-3ulas bawang putih#

5-1 inci halia# mesin

6-2 batang kulit kayu manis dan campurannya( bunga lawang, buah pelaga)

7-2 sudu besar tomato puree

8-1 gelas air

9-1/2 cawan susu cair

10- hirisan daun sup dan daun bawang

11-bawang goreng

12- 1/2 cawan cincangan kismis

13- garam dan gula secukup rasa

Caranya:

1-Tumis semua bawang yang dimesin bersama dengan campuran kulit kayu manis hingga naik bau

2- Masukkan cili dan masak cili tersebut hingga pecah minyak, lepas tu tambah tomato puree dan kismis, masak dengan api perlahan

3-Tambah garam dan gula secukup rasa, jika kuah pekat tambah air, masukkan ayam dan gaul sebati

4-Akhir tuangkan susu cair. Gaul hingga sebati agak mendidih padam api dan tabur dengan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng.



Mom's Kerabu Nenas




Bahan

1-1/2 Biji nenas (dihiris)

2-1 biji timun(dihiris)

3-1 biji bawang besar(dihiris)

4-2 sudu cili kering mesin

5-2sudu sos tomato

6-garam dan gula secukup rasa

7-kacang tanah goreng dan mesin kasar(saya tak letak)


caranya

1-Masuk semua bahan dan gaul sebati. Sedia untuk dihidangkan.


Jus Nenas Asmara


1- 1/2 biji nenas

2-800ml susu segar

3-3 sudu besar air

4-Beberapa ketul ais batu

Cara

1-Mesin semua bahan di atas dan hidangkan















1 comment:

  1. sedapnyer..bertambah 'asmara' la minum jus nih..hahaha...

    ReplyDelete