Huhhh sungguh best betul cuti hujung minggu. Segala urusan rumah yang tertangguh perlu diselesaikan pada hujung minggu macam gini. Dari bab membasuh baju hinggala ke mengiron baju, dari bab mengemop lantai atas hingga kebawah semua perlu ditunaikan. Walaupun semua ini perlu diharungi pada setiap hujung minggu tapi tanggungjawab untuk menyediakan makan minum untuk yang tersayang tetap diutamakan. Setiap hari pelbagai resepi terlintas dikotak fikiran untuk disediakan cuma antara jadi dengan tak jadi jer. Kadang tiu malam fikir nak buat lain tapi keesokkannya jadi lainla pulak.. hahah itu mengikut masa dan keadaan pada masa itu la kan...Disebabkan esok banyak keje yang perlu dibereskan so semalam saya dah siap mengadu dan marinated ayam untuk dibakar esok hari.. simplekan, esok bangun bakar jer tak yah susah ..kalo nak sampingan lain masak sayur skit dah..ok layan resepi ya..
Ayam yang siap dibakar
Sos Ayam Bakar
Bahan:
1-1/2 ekor ayam dipotong
2- 3 ulas bawang merah#
3-3 ulas bawang putih#
4-1 inci halia#
5-2 batang serai dipotong#
6-1 inci lengkuas#
7- 1 sudu besar serbuk kunyit*
8- 1 sudu besar madu*
9- 2 sudu besar gula*
10- 1 sudu kecil garam*
11- 1 sudu kecil serbuk jintan manis dan jintan putih*
Caranya:
1- Mesin semua bahan # hingga halus, kemudia campur semua bahan * mesin hingga halus lagi
2- Kemudian gaul pada ayam tersebut dan merinate semalaman.
3- Keesokkan bakar ayam tersebut suhu 200 C atau sehingga masak.
Bahan Sos
1- Ambil baki kuah dari ayam yang belum dibakar tadi, dan masak hingga pekat kuah tersebut.
2- Hidangkan dengan ayam bakar
No comments:
Post a Comment