Tuesday, December 7, 2010

Kerutup Ayam Kampung dan Kerabu Perut Thai vs Pineapple Lassi


Rasanya bulan ni bulan untuk masak dari buku 'Sedapnya' resepi Chef Wan. Oleh kerana ada lagi ayam kampung lagi separyuh jadi saya buatkanlah Kerutup Ayam Kampung dengan Kerabu Perut Thai. Kerutup ni kalau buat guna daging pun sedap. Resepi untuk mencuba:

Bahan:

1/2 ekor ayam kampung yang dipotong
minyak masak untuk goreng terendam
2 sudu besar pes cili kering
2 batang serai dititis
1 helai daun pandan
1 sudu besar ketumbar serbuk
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 cawan santan
2 sudu gula melaka/gula merah
1/2 cawan kerisik
2 keping asam gelugor
garam dan gula secukup rasa


Bahan perapan(dikisar)
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
scm lengkuas
1 batang serai dihiris halus

Caranya:
1-Gaul semua bahan kisar dengan ayam dan perap semalaman.
2-Panaskan minya dan goreng ayam tersebut kekuningan. Toskan
3-Baki minyak tersebut kalau banyak simpan separuh dan tumis pes cili,ketumbar,jintan manis dan jintan putih,kulit kayu manis,buah pelaga, serai dan daun pandan hingga wangi.
4-Tambah santan kacau dan masukkan ayam tadi.Renehkan selama 20 minit.
5-Campurkan kerisik, gula melaka, asam gelugor dan renehkan selama 5minit kemudian perasakan dengan garam dan gula. Padam api.


Kerabu Perut thai

Bahan
300 gm perut dibasuh dan direbus hingga empuk lepas tu dihiris
2 batang kacang botol dihiris
1 gengam taugeh dicelur separuh masak
1 sudu pes cili kering
3 sudu kerisik
5 biji cili padi dihiris
1/2 batang bunga kantan dihiris
1 batang serai dihiris nipis
1/2 limau nipis diambil airnya
2 sudu besar kacang tanah dimesin (optional)
garam secukup rasa

Cara:
1- Gaul semua bahan diatas kecuali limau nipis hingga sebati. Kemudian masukkan air limau nipis dan gaul lagi. Sedia dihidangkan

###Penyediaan kerabu biasanya awal sebelum masak yang lain supaya ianya akan set dan sebati dengan semua bahan yang digaul setelah dibiarkan beberapa ketika.

Untuk minuman pulak saya sediakan Pineapple Lassi. Oleh kerana hari ini tersangatla terik cuaca jadi memang nyaman minum lassi nih. Resepi seperti dibawah:

Bahan
1/2 biji nenas dipotong dan dihiris
500 ml susu segar
1 bekas yogurt
3 sudu gula
kiub ais

Caranya:
1- Campur semua bahan dan mesin hingga sebati. Tuang dalam gelas.

No comments:

Post a Comment