Ooo balik cerita semalam, sebenarnya anniversari pada 3/11 ni tapi memandangkan banyak aktiviti-aktiviti dah tersenarai dalam jadual untuk hujung minggu hingga awal tahun depan jadi kami sambut awalla skit. Papa bawa hi-tea dekat Empayar Hotel, dapat request untuk celebrate anniversari. Ok juga makan-makan kat situ tak terlalu sibuk macam hotel lain sebab hotel tu masih baru lagi dalam tahun ni. 4 bintang ooo.
Latte
Yang best nyer air dekat sini boleh request nak cappucino ker, nak latte ke semua ade termasuk dalam pakej hi-tea tu la. So sempena anniversari ni dapatla hadiah dari papa tapi umi tak bagi apa pun dekat papa sebab umi memang tak beli apa-apa lagi pun barang yang nak beli tu tak cukup duit lagi untuk beli..nantila bila dah cukup duit baru umi belikan ya... apa pun terima kasih sayang..
Tak pernah terfikir nak minta papa belikan handphone baru..dah dapat Alhamdulillah..:) Dah siap congfigure semua cuma guna terus jer..
Yang ni bagi Aisyah..Umi guna handphone ni sejak masa belajar dulu..hingga kini
Tapi nak shopping dekat Empayar tu rasanya cam bosan skitla..jadi papa ajak umi pergi Mid Valley itula tempat yang paling happening. Dah lama tak ke sana sejak pindah rumah. Buat julung kalinya kami sampai rumah lepas shopping kol 11.45 malam. Sempat pergi masuk toys 'r' us beli mainan si puteri sambil melayan dia main kat situ..