Sunday, October 3, 2010

Kuah Kacang Daging

Pagi ni hanya sediakan cucur udang sahaja. Insyaallah kenyang sampai tengahari. Mana tak nya makan tak berhenti mulut semalam start open house dari pagi sampai malam macam nak pecah perut. Kuah kacang ni di frozenkan jadi senangla nak makan dengan cucur udang just panaskan saja dan buat cucur udang. Tapi terlebih rajin umi goreng dengan fish kek, tauhu goreng dan juga dihias dengan sengkuang dan timun.Kuah kacang ni juga untuk nasi impit lemang atau dicicah dengan satay.Ok layan resepi ya.

Kuah Kacang

1- Kacang yang digoreng dan ditumbuk agak kasar jangan terlalu halus sangat.
2- cili kering #
3-Lengkuas#
4-Bawang Merah #
5-Bawang Putih#
6-Belacan bakar # dimesin
7-Serai **ditumbuk
8-Air gula merah
9-Gula
10-Garam
11- Air asam jawa
12-Daging dihiris halus
13-Minyak untuk menumis

Caranya:

1- Panaskan minyak dan masukkan serai tumis hingga naik bau.
2-Lepas tu masukkan semua bahan mesin masak hingga pecah minyak atau terbit minyak. Kemudian baru dimasukkan daging. Masak daging hingga lembut.
3-Perasakan dengan garam, gula, air gula merah, air asam jawa secukup rasa.
4- Akhir sekali baru masukkan kacang yang ditumbuk tadi. Gaul hingga sebati dan biar kuah memekat sedikit. Jika terlalu pekat boleh ditambah sedikit air. Padamkan api.

Tumis darat.
1- Bawang merah dihiris
2-Minyak untuk menggoreng

1-Panaskan minya dan goreng bawang tersebut hingga garing.
2- Tuang semua bawang dan minyak ke dalam kuahperiuk kuah kacang tadi dan tutup penudung periuk.

Untuk Cucur udang
1- udang
2- sedikit tepung gandum
3- Sedikit tepung beras
4-Garam dan serbuk kunyit
5-taugeh
6-sayur kucai
8- Bawang besar dihiris
9- Air
10- Minyak untuk menggoreng

Bahan tambahan
1- Tauhu digoreng
2- Fish cake digoreng
3-Ubi kentang rebus dahulu baru goreng
4-Fish ball digoreng

semua bahan dipotong sebelum di hidangkan


Caranya
1- Campur semua bahan di atas dalam satu bekas kecuali udang dan gaul hingga sebati.
2- Sendukkan dengan sudu dan masukkan dalam kuali untuk digoreng, lepas tu letak udang diatas adunan tersebut. Goreng hingga agak garing, angkat dan toskan.

********Resepi di atas perlu dibuat anggaran sendiri ya. Saya ni main masuk jer ikut kesesuaian.

No comments:

Post a Comment