Bermula 11/10/2010 saya dalam usaha untuk bercerai susu dengan puteri saya Aisyah Nur. Hari ni dah hari yang ke 7 Aisyah tak menyusu badan.Terjumpa dalam satu blog menggunakan asam jawa dan nescaffe dan diletakkan diputing susu. Bukan apa sekarang puteriku dah 2 tahun 2bulan. Lagipun kebanyakkan orang cakap mungkin disebabkan saya menyusu sebab itu susah sedikit untuk mengandung.Jadi untuk itu hendaklah berhenti menyusu badan. Betul rezekitu dari Allah tapi kita tetap kena usaha. Lagipun Aisyah dah pandai bermain dan dia perlukan teman sepermainan.
Masa malam pertama bila saya buat macam tu, macam biasa nak tido dia mau 'susu' then, bila buka jer dah dia cakap 'umi pain ker' sebab dia nampak macam pelik skitkan..terus dia tak nak, ok la selamat. Hubby cakap kalau plan ni failed, jadi kenala cuba cara lain pulak.Tapi sebelum tido saya dah berikan susu botol secukupnya supaya dia rasa kenyang. Lepas tu malam kedua buat lagi, masa nak tido dia minta susu then saya cakap 'umi still pain' then dia faham dan dia pun terus tido. Tapi di awal pagi dia terjaga menangis nak susu, bila dia cuba hisap rasa lain lagi dia nangis. Saya terpaksa buat tak tau jer cuma mengurut-ngurut kepalanya sahaja. Dalam hati ni Allah saja yang tahu, betapa sedihnya bila tengok anak menangis macam tu. Lepas tu malam malam ketiga nak tido dia nangis lagi nak 'nen' tu, terpaksala saya dan hubby pujuk lagi. Nasib baik makan saman anakku ini. Tapi malam seterunya malas nak letak nescaffe dan asam jawa, saya sapu minyak yuyi jer senang skit bila dia bau dia dah tak nak. Kira okla sambil tu pujukla juga cakap 'umi pain' dia faham. Cuma sebelum tido dia akan tekap muka dia 'disitu' sampai dia terlena. Masa dia buat cam gitu terasa betapa penuhnya kasih sayang terutama anak yang diberi susu badan sebab dia akan sentiasa dalam pelukkan uminya terutama saat menyusu. Rindu rasanya nak meyusu lagi tapi tunggu la untuk yang second baby pulak jika Allah izinkan. Tapi diingatkan kalau nak bercerai susu biarla dimulakan pada umur bayi dalam lingkungan 2 tahun sebab pada masa ini anak masih belum tahu sangat rasa apa-apa jadi bila dia tengok macam kotor skit ker dia dah tahu geli, tak tahula puteriku ini memang tak boleh tengok kotor skit dia macam tak suka sama jugak kalau kat rumah ada sampah ker dia akan sapu atau kutip buang kertas-kertas yang bertaburan. Cara laian kalau nak letak sos ker, letak kicap ker letakla cuma cakap jer 'umi sakit' dia dah faham. Janganla terus tak bagi tanpa bagitau sebarang sebab dekat anak. Tapi kalau bercerai susu umur anak 3 tahun ker memang dia dah tahu segala rasa letak jer apa pun silap-silap dia ambik kain dan lap pulak..terus dia hisap.. hahah failed. Usaha ini saya masih teruskan lagi hingga puteriku lupa tentang 'nen' tu.
No comments:
Post a Comment