Alhamdulillah hari ni kebetulan meeting dekat Cyberjaya. Hahahah kalau dah meeting kat sini memang tak balik ofis dah sebab dah ofis hubby kat sini so tak yahla buat keja pak pandir lak kan.Kat sini pun still boleh clear kerja-kerja kat ofis. Kesempatan ini diambil dengan mengajak hubby makan di RESTORAN SABA', restoran arab di Cyberjaya. Kebetulan lapar punya pasal kami pergi ke restoran tu sebelum solat Jumaat, dengan perasaan yang keciwa tutup lagi restoran ni. Tanya sorang pekerja dekat kedai mamak tu dia kata bukak kol 2.00 lepas solat. Kira okla. Lepas solat kami pi semula restoran tu. Huhh ramai gak orang. Service dia tak la lambat sangat kira berpuas hatila. Menu dia pun ok tak la semahal macam restoran nasi beriani yang terkenal dekat Klang Valley ni. Makan dia pun sedapla.Tapi bila tengok nasinya seakan nasi beriani jer sebab yang selalu saya pakai rempah kabsa memang lain sangat.Kalau kabsa yang sebenar nasinya diletak tomato, karot dan lemon serta rempah yang diadun khas. Tapi makan jugakla selagi ianya boleh diterima dan rasanya tidak menghampakan. Lamb Kabsa RM 17.00 danChicken Kabsa rm 10.00 untuk quarter, no service tax and goverment tax,all inclusive. Yang kat bawah ni sambal dan sayur yang disediakan makan bersama nasi
Ni pulak sos pedas tapi rasanya tak pedas seakan ada tomato.
Air Barbica rm 4.00 sedap gak dan saya order yogurt drink huhhh tak habis nak minum sebab terlalu masam harganya rm5.00. Nak order air Tea Cup tak sedia lagi sebab iala kami datang terlalu awal. Ada yang kata air ni sedap tapi lain kalila cuba. Kalau kita nak order Kabsa tu HALF, memang boleh makan 2 orang kalau nak jimat boleh order halfla. Pada saya harga dan makanan yang disediakan memang berbaloila. Boleh la pergi lagi ke sana.
Ni kad apabila dah buat order pelayan tu akan bagi kad ini . Lepas tu masa nak bayar kita just tunjuk kad ni saja. okla saya suka makan di sini dari makan dekat restoran arab Sri Petaling tu. Nanti kalau ada kesempatan boleh cuba Al-Jazeera pulak.

No comments:
Post a Comment