Monday, November 22, 2010

Seminggu AidilAdha

Raya Haji balik kampung lagi. Best-best memang best sebab dapat makan daging banyak dan dapat makan sedap-sedap. Huhhh sampai tak terlarat nak makan memang sedap-sedap semua terutama kalau makanan tu memang kena dengan tekak sendiri. Selain sibuk memasak banyak menu untuk keluarga dan juga masak untuk kenduri di rumah Pak Ngah Aisyah sempena masuk rumah baru dan memenuhi jemputan kenduri kawin. Satu hari buat kabsa lembu tapi makan dengan air asam dan perut.Resepi kabsa ambik sini yer. Huhhh penat tau berjam-jam saya basuh perut lembut tu..nak basuh punyala susah kena rendam dengan kapur makan dulu semalam esok tu baru boleh cuci. Lembukan ada 4 jenis perut. 1 perut tuala, perut tali, yang paling susah nak basuh perut kitab la kena selak satu-satu..bila makan sat jer..Satu hari lagi masak mee kuah.n Ini memang resepi saya sendiri la. Setiap kali raya memang kena buat mee ni. Menu ni memang dah ditempah awal oleh keluarga dah.Nanti saya masukkan resepi mee ni ok.
Ni resepi Mee kuah yang sedap cehh:

Penyediaan stok daging
Daging
Tulang (lebih sedap kalau ada tulang rusuk)

Rebus semua daging dengan tulang dalam periuk tekanan. Jika tak ada periuk tekanan rebus dalam periuk biasa petua untuk lembutkan daging yang saya guna masukkan sedikit gula batu semasa merebus.

Siap rebus hingga empuk, asingkan tulang dan daging

Bahan Kuah:
sudu Cili kering kisar
4 ulas Bawang merah dan bawang putih dihiris
kulit udang dimesin halus dan ambil airnya
3 sudu sos tomato
gula batu secukup rasa
9- 2sudu besar minyak untuk menumis
1/2 cawan kacang tanah kisar (optional)
4 biji ubi keledek putih (direbus hingga empuk dan mesin hancur)

Untuk penyediaan kuah
1- Panaskan minyak dan tumis semua bawang hingga naik bau
2-Masukkan cili kisar tadi tumis
3-Masukkan tulang dan air rebusan daging serta air kisar udang tadi.Tambah ubi keledek yang telah dimesin, jika kuah terlalu pekat tambah air sedikit.
4- Sambil mereneh masukkan gula batu, sos tomato dan kacang tanah
5- Masak hingga empuk daging dan kuah sebati sesedap rasa, tabur bawang goreng dan padamkan api.

Untuk Mee
Mee yang telah dicelur
Telur ayam yang telah direbus dan dihiris
Ubi kentang yang telah direbus dan dihiris
Tauhu yang telah digoreng dan dihiris
Cili merah dihiris
Tomato dihiris
Limau nipis dibelah 2
Isi daging tadi dihiris
Bawang goreng untuk ditabur
Sawi dipotong dan dicelur(untuk sawi lebih menarik kehijauannya titiskan sedikit minyak masa celur)

Cara hidangan:
1- Masukkan mee dan letak semua bahan mee dan tuang kuah. Selamat menjamu selera

resepi ni kena agak-agak la ikut saiz periuk yang kita nak masak ya. Saya ni jenis yang masak main ikut sukatan sendiri.

Ada hari saya buatkan nasi tomato dan ayam masak merah tapi memandangkan memang tak sempat nak berposing dan juga saya masak bihun sup ini satu kemestian apabila dah dapat banyak daging korban so saya akan masak dalam periuk besar untuk buat kenduri la jamu keluarga dan jiran tetangga. Rasanya tak cukup balik kampung seminggu sebab ada jer resepi yang masih belum dibuat sebab daging banyak lagi almaklumla Tok Aji Aisyah tukang sembelih lembu di kampung sana jadi tuan punya lembu bagila daging depa tu skit.. tambahan dengan korban yang dibuat juga.

No comments:

Post a Comment