Saturday, February 26, 2011

Laksa Penang & Red Velvet Cake lagi

Sempena dengan Birthday Pak Jang Aisyah, jadi saya masakkan makanan kegemaran Pak Jang Aisyah hmmm..Laksa, dah tentu laksa Penang la kan..Birthday Pak Jang Aisyah semalam sebenarnya tapi hari ni baru buat sebab semalam kan kerja jadi mana nak sempat buat. Pak Jang Aisyah berulang-ulang makan memamg beria sungguh dia makan..nak tau saya beli laksa tu 3 kilo (yang siap rebus la cuma balik celur jer ngan air panas) saya ngan dia jer makan hubby tak sangat makan laksa. Memang saya buat kuah banyak dan pekat. Hari juga ada reunion sekolah rendah dekat rumah my friend kebetulan rumah kami dekat jer lebih kurang 20 minit jer perjalanan..untuk reunion tu saya buat Red Velvet lagi..dengan rich cream cheese.. Cream cheese tu saya main letak jer malas nak decorate cake tuh..letak jer apa yang boleh dicapai..so jadila hasilnya sebegitu..


Condiment untuk Laksa

Bahan:

1 kg ikan sardine siap dibersihkan
20 tangkai cili kering*
1 inci belacan* dimesin (optional)
1 batang bunga kantan dibelah 4
6 keping asam keping (agak-agak masam)
5 kuntum daun kesom
Garam secukup rasa
1 paket laksa di rebus hingga lembut

Bahan hiasan:
Timun dihiris memanjang
Cili hidup dihiris
Limau kasturi dibelah 6 setiap biji
Nenas dihiris
Bawang besar dihiris
Salad dihiris halus
Daun pudina dihiris

Cara:
1- Rebus semua ikan tersebut.
2-Isi ikan dan tulang diasingkan.
3-Lebihan air rebusan ikan dimasukkan dalam periuk dan tuang sekali cili yang telah dimesin tadi
4-Mesin isi ikan tadi dan tuang sekali dalam periuk berkenaan.
5-Tulang ikan tadi juga mesin berasingan, tapi dan tuang dalam periuk tadi.
6- Dengan buka api perlahan, kacau sebati dan masukkan bungan kantan, daun kesom sertam asam keping. Jika kuah terlalu pekat boleh tambah air.
7- Rebu hingga mendidih dan masukkan garam ikut kesedapan.
8-Masak lagi 5 minit dan padamkan api. Hidangkan dengan laksa dan bahan hiasan tadi.

1 comment: