Sunday, January 10, 2010

Keow Teow Sup Ayam

Dah seminggu hubby tak makan nasi.. masakan minggu ni semuanya berasaskan sup.. nak jaga body shape dan untuk kesihatan.. tapi umi tak dapat controlla untuk tidak memakan nasi dalam tempoh percubaan selama seminggu ter....makan gak.. so this weekend umi buatkan keow teow sup ayam.. baby Aisyah pun memang suke hirup kuah sup tuh..resepi nih untuk dua orang...ok layan yer resepi..





Bahan Kuah Sup


Ayam separuh dipotong kecil dan cuci dengan tepung supaya tak bau hanyir ayam
4 ulas bawang merah#
4 ulas bawang putih#
1 inci halia # (dimesin)
1 sudu lada hitam mesin
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
garam secukup rasa
Daun sup dan daun bawang untuk ditabur
Bawang goreng untuk ditabur
Air 4 liter



Cara

1- Rebus semua bahan di atas kecuali daun sup dan daun bawang juga bawang goreng.
2- Asingkan ayam.
3- Padamkan api. Tabur daun sup dan daun bawang serta bawang goreng.



Untuk Ayam


1- Gaul ayam bersama sos tiram dan serbuk kunyit dan goreng hingga garing.
2- Biar sejuk hiris isi ayam tersebut untuk ditabur semasa hendak makan.



Untuk Keow Teow

1 - Basuh keow Teow dan rendam sekejam dengan air panas kemudian toskan (kalau orang utara panggil celur keow teow)



Untuk Sambal



3 ulas bawang merah &
3 ulas bawang putih& (dimesin halus)
6 tangkai cili kering dimesin halus
1 ranting daun kari
air asam jawa secukup rasa
gula dan garam secukup rasa
3 sudu besar sos tomato



Cara



1- Tumis semua bawang, cili dan daun kari hingga garing
2-Masukkan Air asam jawa
3- Perasakan dengan gula, garam dan sos tomato.
4- Cukup masak hidangkan



Cara hidangan


Taugeh rm0.30 dicelur
Tauhu goreng dan hiriskan
Daun Sup dan Daun Bawang dihiris
Lobak masin dicincang
Bawang Goreng untuk ditabur
Fish Ball digoreng dan hiris
Fish Cake digoreng dan hiris


1- Masukkan keow teow dan tuang kuah sup.
2- Tabur semua bahan di atas dan letak sambal
3- Sedia untuk disantap.

No comments:

Post a Comment