Wednesday, January 13, 2010

Mee Kari Ayam

Hari ni terajin untuk buat Meriah kerry merangkap MEE KARI ..I memang tak suke kalo makan dekat luar mee kari setakat ada mee, kuah kari, taburan daun sup dan daun bawang, telur sebijik.. dengan harga rm 4.00 owhwhwh.. memang tak suker.. disebabkan juga papa tak nak makan nasi so umi buatkan kari makan dengan mee...kebetulan pula sebab ada lebihan sambal yang masak dengan keow teow sup hari tu so bertambahla kesedapannya... resepinya seperti dibawah




Bahan

3 ulas bawang merah#
3 ulas bawang putih#
1 inci halia# (mesin halus)
3 Sudu besar rempah kari daging Baba's
200 gm ayam dipotong
Tauhu pok 3 biji dipotong 2
100 ml santan
600 ml air
Minyak untuk menumis
Jus asam jawa
Garam secukup rasa



Caranya

1-Tumis semua bahan mesin hingga naik bau.
2- Masukkan rempah kari dan sedikit air.. hingga pecah minyak
3-Masukan ayam, masak hingga ayam empuk
4-Tambah jus asam jawa dan perasakan dengan garam
5-Tambah santan dan tauhu pok tadi dan biar mendidih padamkan api. Tabur bawang goreng dan tutup tudung periuk tu.


Bahan Mee

Mee 400 gm dicelur
Tauhu di goreng dan hiris
Fish Cake digoreng dan hiris
Tauge rm 0.20 dicelur
2 tangkai sawi dipotong dan dicelur
Hirisan limau nipis
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng


Masukkan mee dan tuang kuah kari tadi dan lepas tu satukan semua bahan di atas dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment