Tuesday, April 7, 2009

Tips Banyakkan ASI (Air Susu Ibu)

Semua ibu akan risau apabila mengepam, susu yang dipam tu hasilnya sedikit kadang 1oz sahaja sekali pam. Apa yang penting kita perlu mengepam susu setiap hari atau memberi susu secara terus ke mulut baby dengan sekerap yang mungkin. Semakin kerap kita menyusu, susu akan semakin bertambah, jangan biarkan ianya membengkak.. sakit nanti...Selain itu ada juga beberapa petua yang aku amalkan terutama dari segi pemakan.Dibawah ni ada tips-tips yang aku amalkan :
Aku amalkan makan sup lobak putih.. tapi lepas berpantangla sebab kalo dalm pantang orang tua-tua kata boleh jadi kancing gigi..takuzzz... lobak tu sendiri memang mengandungi banyak air.. tak pun ratah jer lobak merah tu..

Yang kedua banyakkan makan sayur bayam. Ini pun menambah susu. Sayur tu aku pelbagaikan cara masakan. Selain buat sayur air, aku buat bayam ikan masin, bayam goreng dengan bebola daging (bakso).

Kerapkan mengurut dibahagia tersebut dan bahagian belakang. Masa mengurut tu doa la minta banyak susu dan dapat menyusu baby hingga cukup.

Masa mengepam pula cuba bayangkan baby tengah menghisap susu.. bayangkan baby hisap susu dengan banyaknya.. Sebab ini akan mempengaruhi pemikiran kita, kita banyakkan banyak, banyakla susu akan keluar, kalu bayangkan sikit, sikitla susu akan keluar..Fikiran kena selalu positif.

Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Selain itu amalan memakan jamu setiap hari. Aku amalkan makan jamu ASI. Mulanya mak mertuaku yang bagi jamu-jamu ni masa dalam pantang dulu. Sehingga lepas pantang pun aku memang terus makan jamu ni.. ada juga makan jamu lain macam jamu dari Warisan Afiat dan jamu kampung yang tok ku kasi. Ini untuk kuat badan la orang tua-tua kata.

Lagi satu mendapat sokongan dari hubby. Sebab lepas berpantang biasanya kita akan tinggal sendiri dengan hubby, so hubbyla yang banyak bagi sokongan padaku untuk terus 'breastfeed'.