Sunday, January 30, 2011

ChickenMiniPuffPastri

Salam Pagi semua ya.. pagi yang nyaman ini hari. Pagi yang banyak kerja perlu dibereskan..Walaupun sibuk macammana pun saya tetap sediakan sarapan untuk my love both hubby and doter also my brother..Saya hidangkan dengan Mint Tea(pudina tu ambik dekat dusun belakang rumah tau) Ringkas dan mudah jer senang jer nak buat. Resepi dibawah ya:

Bahan:
6 keping puff pastri kawan dipotong 4 setiap satu
4 sudu isi ayam cincang brand Ramli
1/2 biji bawang bengala dicincang
1/2 biji tomato dicincang
sos tomato
sos thousand island untuk dihias
sedikit serbuk lada hitam
1 biji telur di asingkan kuning dan putihnya

Cara:

1- Puff pastri setiap keping dipotong 4 kemudian di cantumkan kepada 2 bahagian
2-letakkan isi ayam, tomato cincang dan picit sos tomato ke atas puff pastri tadi.Lepas tu tuang sedikit putih telur ke atas puff pastri buat untuk semua
3-Kemudian sapu dengan kuning telur dan tabur lada hitam di keliling kulit puff tersebut
4-Kemudian bakar pada suhu 170 c selama 15 minit ikut kepanasan oven masing-masing
5-Dah siap bakar keluarkan dan picit sos thousand island ke atas puff tadi dan hidangkan.

Thursday, January 27, 2011

Olio Spageti Seafood

Menu makan malam malam ni simple dan sedap jer..Buka peti doremon tengok semua bahan lengkap untuk masak spagetti jadi saya hentam la masak Olio Spageti Seafood. Janamnji kenyang tak yah makan luar. Ooo nampak tak pokok pasley kat bawah tu kutip dekat kebun belakang rumah..saya tanam. Ok layan resepi dibawah ya:

Bahan:
250 gm spageti
10 ekor udang
2 ekor sotong dipotong
1/2 batang lobak merah di potong memanjang
2 sudu besar puree tomato
5-10 biji jeruk caper (dipotong 2)
1 sudu besar serbuk lada hitam
garam secukup rasa
2 sudu cincangan oregano (kalu tak der guna jer yang kering)
1 sudu minyak zaiton
1/2 biji cincangan bawang besar
2 biji cincangan bawang putih

Cara:
1-Rebus spageti dengan air dan titis kan sedikit minyak zaiton sehingga lembut. Kemudian toskan.
2- Panaskan minyak zaiton tumis semua bawang, masukkan udang dan sotong masak.
3-Lepas tu masukkan tomato puree jika agak pekat tambah 1/2 gelas air lebih kurang (300ml)
4- Kemudian masukkan spagetti, serbuk lada hitam, jeruk caper,garam kacau hingga sebati.
5- Akhir sekali masukkan cincangan oregano gaul sebati dan hidangkan.


Sunday, January 23, 2011

Asam Pedas Ikan Pari Nenas

Hari ni saya masak Asam Pedas Ikan Pari Bernenas. Dah lama tak makan asam pedas ala Melaka ni. Tapi kali ni lain skit saya masak letak nenas madu..huhh memang sedap rasa masam-masam manis asli bukan manis gula tuhh..Tambahan terasa isi ikan yang banyak iala dah ikan pari kan..banyak isi. Layan resepi seperti dibawah ya:


500 gm ikan pari
5 sudu besar cili kisar
1/2 biji nenas separuh masak dipotong serong
6 tangkai daun kesom
1 biji tomato belah 4
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar* dikisar
3 sudu besar minya untuk menumis
2 sudu besar sos tomato
2 keping asam keeping
1300 ml air

1/2 sudu besar lada hitam dikisar
Garam sesedap rasa

Cara:
1-Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar hingga naik bau
2-Kemudian masukkan cili kisar masak hingga hilang bau cili.
3- Masukkan ikan pari dan tambah air, gaul sekata tambah asam keping. Tambah serbuk lada hitam.
4- Kemudian masukkan sos tomato, daun kesom dan perasakan dengan garam.
5-Akhir sekali tambah nenas masak dalam 5 minit padamkan api dan letak tomato. Sedia untuk dihidangkan.

Nasi Arab Damsyik

Lepas saja balik dari PD dah alang -alang ada di Negeri Sembilan jadi saya pun ajaklah hubby singgah sekali makan di Restoran Nasi Arab Damsyik yang terkenal yang dah masuk TV beberapa kali dan pernah juga beberapa kali keluar dalam surat khabar. Lokasi terletak di Taman Bougonvilla atas skit dari Ampangan. Dalam kawasan taman kira kedai tu asalnya rumah dua tingkat la dia buat restoran.
Ni waktu operasi restoran ni.Dekorasi dalaman macam makan ala-ala dirumah orang arabla.Tidak mengecewakan makan disitu walaupun tiada muka-muka arab disitu berbanding makan di Saba' Cyberjaya...memang sedap.Saya order kabsa ayam.oo ayam ada kat bawah nasila Harga makanan ok nasi pun banyak dengan set tairu, timun dan sambal macam sambal tomato namanya salato. Pastu saya order lassi manggo..tapi air out rasanya..my homemade sedap lagi..Entah kena sekarang ni kami ni sekeluarga gila makan nasi arab. Rempah kabsa ada cuma sekarang ni tengah mencari brasmati yang digunakan di restoran-restoran arab rasanya lain dari brasmati biasa yang digunakan.

Saturday, January 22, 2011

Port Dicson 2 days

Umi follow papa outstation dekat PD. Saya ambik cuti hari Jumaat dah la semalam public holiday.Walaupun hanya 2 hari tetap saya follow sebab boleh bawa famili. Kami stay dekat Corus Paradise hotel 4 star tapi....tak macam 4 star sebab nak pergi reception check in pun jenuh kena turun tangga.Pastu barang kita yang banyak-banyak ni tak der troli nak tolong bawa..geram betoi..saya pun pergi dekat reception suruh depa cari troli angkut barang masuk bilik.ooLagi bilik hotel ni ada 2 katil queen so bolehla bawa ramai orang masuk dalam satu bilik. Ni masa baru masuk bilik hotel..Aktiviti yang boleh dibuat sementara papa bermeting dan berpresent ialah mandi kolam.Anak zaman sekarang ni pandai nak mandi kolam,Umi dia pun suka mandi kolam :) Tapi pool cam berlumut skit boleh nampak lumut dekat tepi-tepi dinding tuh. Walau macam mana pun mandi kolam tetap mandi kolam sebab our princes ni memang suka mandi dekat pool. Memang dah siap bawa swimming suit tu..Ni masa mula-mula princes masuk kolam.Ada perasaan takut-takut tuh walaupun dah bagi pakai pelampung.
Ha ni pulak muka lepas dah confidence tu. Siap berenang sendiri..
Ni pulak muka lepas 2 jam 30min berendam dalam kolam.Itu pun ajak naik sebab nak masuk bilik check out. Semalam sampai hotel dari pukul 5 petan sampaila orang yang jaga pool tu tiup wisel suruh naik jenuh pujuk Aisyah naik baru nak naik kalo tak sampai tido dalam kolam apa.

Thursday, January 20, 2011

Homemade Chocolate Paralline


Alhamdulillah setelah beberapa buat research akhirnya saya dapat juga menghasilkan homemade chocolate. Bukan tak nak pergi kelas tapi untuk sediakan chocolate sendiri dalam masa terdekat memang tak sempat nak pergi kelas tambahan dengan comitment yang perlu disiapkan dalam tempoh 2 bulan nih.Ada jugak bertanya pada orang yang pernah pergi kelas buat chocolate ni boleh la pulak depa tak nak bagi resepi..hanya minta resepi jer itu pun mau kedekut ker iala walaupun depa bayar untuk attend kelas tu..bukan ker itu pun ilmu Allah naper la nak kedekut..rezeki masing-masih telah Allah peruntukkan..ishhhh..nak buat macam manakan..Walaupun tak secantik lagi rupanya tapi hasilnya sedap dimakan..Ini baru first trial..

Sunday, January 2, 2011

Jalan-jalan Pangkor

Lepas jer balik Penang 30/12/10 hingga 1/1/11 kami pergi bercuti di Pangkor stay dekat Swiss Garden.Ingat memang nak bercuti betulla dari melakukan segala tugas harian kira nak duduk rehat jer.. But to me lain kali tak nak dah pergi Swiss Garden Resort tuh.Dah la sampai nak check in punyala lama lepas tu alih-alih dia bagi bilik twin sharing..
ada bath tube dalam bilik ni, tengok puteriku mandi dalam bath tube.
apa kelas pergi ngan suami dan anak dapat katil asing..nak tak nak kena gabung katil la kan..Lepas tu pulak nak makan punyala jauh kena keluar ke pekan..patula masa check in hari tu nampak orang bawa segala maggi,roti segala jenis 3in1..mungkin sebab depa dah pernah sampai ke sini kot. Ramai pulak mat-mat saleh kat sini,mungkin sebab depa sambut Krismas kat sini jugak kot. Tapi pemandangannya memang cantikla..sebab dekat dengan laut .
ni pemandangan dari atas dekat lobi hotel
Ni dekat pantai
Ni pulak buat turtle dekat pasir pantai tu, nampak ker rupa turtle..tu jer yang terfikir dan senang nak buat
Kalau nak berendam, kolam dia pun cantik kat situ tak tau berapa kilo clorin yang dia masukkan dalam tuh. Tapi masa bercuti ni saya kurang sihatla, batuk dan selsema. Lepas tu masa sampai sini petang tu bawa Princes swim at pool dia memang suka mandi at pool ni, lepas tu malam tu terus demam..panas badan dia..nasib baik bawa bekalan ubat demam,selsema dan batuk. Walaupun demam keesokkan hari tetap dia nak mandi jugak at pool tuh. Lagi satu kalau nak makan luar boleh makan dekat pekan dekat setiawan ada bagunan kedai mara. Ada gerai nasi campur dan rojak manjung.Ok jugakla makan dekat situ, murah pun murah. Kira memang kena dengan selera la. Nampak kedai pun bersih. Yang menarik minat saya kat kedai tu ialah cendawan rendang..cubala..Kami bertolak balik ke KL pada jam 10 pagi lebih kurang kena rush balik awal sebab parent nak datang rumah esok tu pulak nak pergi Melaka..