Saturday, July 31, 2010

Kabsa Daging

Menu makanan tengahari ni saya masak Kabsa Daging. Kabsa ni adalah antara nasi kegemaran orang Arab. Rempah ni saya pesan dari adik yang di Mesir, dia dah habis belajar kat sana dan balik Malaysia hari rabu 28/7/2010. Biasa makan nasi kabsa ni dekat restoran makanan arab dekat Sri Petaling. Kalau tak salah kabsa kambing rm 25.++ la sepinggan. Kabsa ni boleh dimasak dengan ayam, kambing atau lembu. Oleh minggu ni kerap makan ayam so hari ni saya masak daging la pulak, nak beli kambing tapi mak cik yang jual kambing dekat pasar tani hari ni tak jual la pulak. Kabsa ni lauknya dimasak sekali dengan nasi dan makan begitu saja, kalau di arab makan dengan ulam jerjer (kalau tak silapla). Huh..saya dah jatuh cinta dengan nasi Kabsa nih..Cara masak pulak saya tanya adik saya ni tapi ada juga buat research dengan mr google dan terjumpa akak ni punya blog di Raidah., macam biasa saya tak la ikut 100%. Memang sedap... Ok ni resepi dan bahannya:

Bahan:
1- Bawang merah 3 ulas*
2-Bawang putih 3ulas*
3-1 inci halia*mesin
4-30 gm rempah kabsa
5- kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih
6-1/2 biji lemon belas 2
7- 2 1/2 pot beras
8-1/2 batang lobak merah dibelah 4 dan potong memanjang 2 inci lebih kurang
9- 1 biji tomatao belah 4
10-1/2 cawan gajus panggan dahulu
11- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
12- 1/2 sudu garam dan gula
13- 500gm campur daging dan tulang
14- air 4 gelas
15- 2 sudu besar minyak sapi
16-1 sudu besar butter
17- 1 Biji bawang besar dihiris
18-1/2 sudu kecil serbuk kunyit (sepatunya guna safran tapi tak ada)
19-3 biji lada merah tanpa potong

Cara:
1- Panaskan minyak sapi dan butter.
2- Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga tadi masak dalam 3 minit dan kemudia masuk pula bahan mesin tadi, masak hingga naik baunya.
3-Lepas tu masuk pula rempah kapsa,serbuk kunyit dan gaul masak lagi.
4-Langkah seterusnya masuk daging dan tambah air gaul biar sebati dengan bahan rempah tadi. 5- Masak hingga daging lembut dan perasakan dengan garam dan gula serta lada hitam
6- Kemudian masukkan semua sayuran tadi dan tambah beras beserta dengan lemon.
7- Biar hingga nasi masak dan kering, kemudian tabur gajus dan sedia untuk dihidangkan.

(*******jika tak ada periuk tekanan boleh guna periuk nasi masak supaya daging tersebut tidak liat)
********Saya makan dengan sayur kacang panjang dibuat kari kering dan papadom

Wednesday, July 28, 2010

Pizza Simple

Malam tadi baut pizza simple jer tak masak nasi pun. Tapi yang sayunya our doter said, 'umi want rice'..huhhh we eat pizza today' ohhooo..siap keluarkan kicap lagi sebab our doter ni kalo makan nasi letak kicap jer dah cukup..kalo nak masak pun dia bukannya makan banyak pun..tak masak kesian pulak..pas tu bagi makan pizza yang dah siap tuh dia makan sikit jer pas tu terus tak makan..alalalahai kesiannya..nampak gayanya setiap malam kene masak nasi la nih.. to me and hubby tak jugak makan nasi malam bosanla selalu nasi jer..yang hubby boleh pulak dia kata bawang ni pun sedap..iala dia ni bukannya jenis yang makan bawang cam gitu saje.. Kira jimatla dalam rm 30.00 sebab selalu dok order domino jek...ok la apa pun layanla yer cara saya buat pizza yang simple nih..
Ni rupa yang belum masak lagi tunggu untuk dibakar

Bahan kuah
1- 1/2 ulas bawang besar dicincang
2- 3 sudu tomato puree saya guna brand leego's
3- 3 sudu sos tomato
4- 1 sudu kecil lada hitam
5- Garam dan gula sedikit jer
6- 1/2 sudu serbuk oregano
7-1/4 gelas air
8- 1 sudu besar minya zaiton

Cara untuk kuah
1- panas minyak zaiton dan tumis bawang tadi hingga layu
2-Masukkan semua bahan diatas dan masak hingga sebati.


Untuk hiasan pizza
1- cili besar hijau dipotong dadu
2- buah zaiton
3- bawang besar dipotong gelang
4-2 batang sosej ayamas dihiris
5- keju mozarela
6- kuah pizza
7-Roti pizza (ini saya guna yang dibuat frozen)

caranya

1- sapu kuah diatas roti pizaa
2- tabur semua bahan dan yang terakhir baru tabur keju
3- Bakar pada suhu 170 c dan selama 15 min




Tuesday, July 27, 2010

Gulai Daging Tetel dengan Timun Air

Musim hujan makan kari-mari panas-panas dengan nasi panas memang sedap..huhhh. Gulai ni kalo orang selatan panggil kari la kan.. Tapi kalo orang utara yang guna rempah semuanya panggil gulai.. Gulai daging ni dibuat untuk makan tengahari dengan goreng lobak masin, makan pulak masa perut betoi-betoi lapar..huhhh sungguh membuka selera. Untuk resepinya layanla yer seperti dibawah:


ni la rupanya timun air tu



Bahan:

1- 3 ulas bawang merah*
2- 3 ulas bawang putih*
3- 1 inci halia* (* mesin semua)
4- 2 batang kulit kayu manis
5- 2 kuntum bunga lawang
6- 4 sudu besar rempah kari daging
7- 200 ml santan
8- 800ml air
9- daging tetel 1/2 kilo dihiris (daging yang ada lemak skit-skit tuh)
10- 1 biji timun air di potong tebal 1 cm
11- garam dan air asam jawa secukup rasa
12- 100ml minyak untuk menumis


Cara buatnya:

1- Tumis semua bahan mesin, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
2- Kemudian masukkan rempah kari, masak hingga pecah minyak.Tambah air, kacau.
3-Tambah daging tadi masak hingga empuk.
4-Lepas tu baru masukkan garam dan air asam secukup rasa.
5-Tambah santan dan juga timun air, masak hingga timun tersebut empuk bukan terlalu lembik.
6- Padam api dan hidang dengan nasi panas.

########Gulai ni cair skit bukan seperti kari ikan atau kari ayam yang perlu dimasak pekat.



Menu tambahan untuk digandingkan dengan kari sebegini, saya buatkan lobak masin bertelur.. Senang je bahannya..layan yer resepinya



1- 1 ulas bawang besar dihiris
2-1 biji cili merah dihiris
3- beberapa ketul lobak masin dicincang
4- 1 biji telur
5- 2 sudu besar Minyak untuk menggoreng



Caranya

1- Panaskan minyak dan goreng bawang beasr hingga wangi
2- Masukkan lobak masin, cili dan goreng lagi
3-Akhir masukkan telur dan gaul hingga kering semuanya, padam api dan hidangkan.

Saturday, July 24, 2010

Buncis Goreng Pedas

Kacang Buncis adalah antara sayuran yang saya beli setiap kali ke pasar tani..lebih suka makan kacang buncis dari kacang panjang walaupun harganya agak mahal sedikit. Our princes pun memang suka kacang buncis nih.. Resepi kali ni saya buatkan kacang buncis goreng pedas. Resepinya seperti dibawah ya:


Bahan

1- 300 gm kacang buncis dihiris
2-1 biji tauhu dihiris 8
3- 1 ketul tempe dihiris nipis
4- 2 sudu besar cili kisar
5- 2 ulas bawang merah dihiris.
6-Garam secukup rasa
7- 1 sudu besar sos tomato
8- 3 sudu besar minyak untuk menggoreng
9- 1/2 gelas air
10-1/2 batang lobak merah dihiris memanjang


Caranya:

1- Goreng tauhu dan tempe hingga masak angkat dan toskan.
2-Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang merah hingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar tadi.
3-Kemudian masukkan sos tomato, jika terlalu kering tambah air sedikit dalam 1/2 gelas sahaja.
4-Masukkan garam seckup rasa serta kacang buncis,lobak merah dan juga tempe serta tauhu. Masak hingga kering dan hidangkan.

Monday, July 12, 2010

Sample Biskut Makmur dan Tart Gulung Blueberry

Cuti hujung minggu yang padat dari pagi Sabtu hingga ke malam Isnin. Buat aper.......??????? hahaaa menyiapkan sample kuih raya yang dipesan. Tahun ni hanya ambil tempahan dua jenis jer yang lain tu akan dipertimbangkan jika berkesempatan. Tahun ni saya hanya ambil tempahan Biskut Makmur yang memang jadi kemestian setiap tahun kene buat dan Tart Blueberry. Tart ni dah jadi favourite dah, selain dari tart nenas. Tempahan dah mula diambil. Kene bertungkus lumus nih nak buat.. sample pun masih ade so sesape yang berminat bolehla buat tempahan bermula dari sekarang, masuk jer 2 minggu bulan pose tempahan tutup ye..
Biskut Makmur
Tart Gulung Blueberry

Tart Gulung Blueberry



Wednesday, July 7, 2010

Bubble Rice Fruity Cookies

Kebetulan semalam balik awal lepas saja hantar mom and dad dekat Hotel Seri Pasific sebab ada event kat situ, tu terus balik sebab nak siapakan cookies yang sedara tempah, sebab nanti kawan-kawannya nak datang rumah so nak jamula.. Oleh kerana besarnya kepercayaan yang diberi oleh hubby maka saya kuatkan semangat untuk hantar sendiri parent kesana. Iala aku ni bukannya jenis selalu meronda drive sendiri, selalu jadi penumpang jer.. huhhhh cuak jugak ooo dengan sesaknya dekat PWTC tuh..Sedara sorang nih dia suruh buat jer apa-apa biskut yang mudah so aku buatla ya.. ikut selera sendiri. ..Bubble Rice Fruity Cookies. Mudah dan rangup rasanya. Kalau nak order lagi pun boleh kalau nak resepi buat sendiri pun boleh, ni resepinya:

Bahan:

1-1 cawan bubble rice
2-1 cawan mix fruit
3- 1 cawan butter
4-1 cawan tepung naik sendiri
5-1/2 cawan gula perang (kurangkan gula sebab mix fruit dah manis dah)
6-1 sudu esen vanila
7- 1 biji telur B size

Caranya

1- Panaskan oven pada suhu 150 selama 10 min.
2-Pukul butter dan gula perang hingga sebati jangan terlalu kembang
3-Masukkan telur dan pukul lagi, kemudian masukkan esen vanila, kacau sebati.
4-lepas tu masukkan tepung sambil gaul masukkan bubble rice diselang seli dengan mix fruit dan juga tepung tadi, gaul rata
5- Sudukan kecil letas atas pembakar dan bakar pada suhu 150 selama 15min atau keperangan ikut oven masing-masing.
6-siap masak letak atas jaringan hingga sejuk baru dimasukkan dalam bekas kedap udara.


Tuesday, July 6, 2010

Melaka part 1

Lepas balik dari Fraser Hill keesokkannya pulak pergi pulak berjalan-jalan di Melaka. Bukannya tujuan untuk berjalan, tapi tujuan utama nak hantar Pak Su Aisyah ni sambung belajar disana. Kebetulan Pak Su Aisyah ni daftar lewat sebab baru balik dari Tanah Suci mengejakan umrah jadi pelajar baru semua dah habis orientasi dan balik ke rumah masing-masing. Lepas saja daftar subjek dan sebagainya terus bawa Pak Su Aisyah jalan-jalan di bandar Melaka. Bukannya pergi mana pun pergi Dataran Pahlawan je sebab mom nak beli cencaluk.. ramai yang kirim suruh beli cencalok. Lepas tu pergi cari makanla sebab dah penat berjalan. Saya tidaklah membeli sebab tak minat sangat barangan kraf tangan nih lebih suka barang yang dah siap macam set pinggan ker ok la. Banyak tempat menarik di Melaka yang belum dilawati. Kira sempatla nanti sementara Pak Su belajar disana boleh bawa puteri kami melawat ZOO, Taman Rama-rama, makan ikan bakar di Umbai.. Bercutila di Malaysia... Banyak tempat-tempat menarai yang boleh dilawati..cehhh promote..


Dataran Pahlawan

Dalam Dataran Pahlawan

Dad, mom and princes

Puteriku bersama Ayah Ajinya

Ini kedai yang kami singgah makan malam dekat Alor Gajah. Tapi kurasakan kedai ini macam mahal skitla.

Set Asam Pedas harganya rm 5.30

Ini set Udang Celup tepung tak ingatla berapa harganya tapi tak cukup 1 pinggan order lagi 2 pinggan

Dah menjadi kebiasaan keluargaku kalau makan kat luar mesti kena ada satay secucuk rmo.5o

Ini keow teow Kung fu mom order

ni pulak ABC semangkuk rm 3.00

Monday, July 5, 2010

Melaka Part 2

4/7/2010 pergi hantar pulak Paksu balik ke Kolej. Sebelum sampai di Melaka sempat la jugak jejak kaki di Nilai. Memang tak pernah pergi Nilai sebelum ni saja teringin nak pergi. Saje bawak paren jalan-jalan dan membeli. Alhamdulillah saya takla membeli sebab tak berminat sangat barangan kat situ cuma yang nampak menarik kain langsir dan barangan kahwin. Tapi tak ada orang lagi nak kawin so tak yahla masuk kedai-kedai barangan kawin tu buat masa ini. Kain baju saya lebih suka membeli di Jalan TAR lagi.. best dan banyak pilihan yang up to date. Hanya lebih kurang 2 jam jer kat nilai lepas tu terus pergi Melaka. Masa perjalanan singgah di Warung D'SAWIT. Kat sini macam-macam menu ada yang specialnya cendol boleh refil, tapi malangnya masa nak refil bahan tu semua dah kehabisan stok mungkin sebab dah petang kot kami sampai. Lagi satu yang mendapat perhatian kat warung nih ada ikan besar namanya ARAIPAMA kalo tak silapla dalam kolam tu 3 ekor..ooo seumur hidup saya inilah kali pertama saya tengok ikan sebesar tu secara 'live' la. Boleh beli makanan ikan dan bagi ikan makan kat situ. Saya difahamkan ikan tu makan sehari 7 kilo sebarang jenis ikan dia makan. Berasal dari Brasil dan cepat membesar pulak tu. Tuan dia bagi makan 3 kali sehari..sedih sungguh kesian kat diakan sebab tak tertanggung dengan kos tu mau sebulan dalam rm1k kata tuannya.



ni cendol pulut

ni pulak cendol special ada pulut, jagung, lempuk durian

ni bakso saya yang order. Yang famous kat sini gulai kawah la.. goreng-goreng pun ader

ni nasi gulai kawah lauk ayam(ada ayam, itik,daging dan kambing)

Ha nila ikan tu.. orang tu kata boleh makan ikan nih..tapi aku tak lalu nak makan ler...

Fraser Hill

Wadohhhhhh...sudah bersawang dah blog ini...sudah lama tidak diupdate.Bukan apa kebelakang nih agak bz skit dan semangat kemalasan yang terlalu tinggi hanya singgah jer diblog ini, masuk tidak pun. Banyak cerita dan juga bahan yang tertunggak.. Cerita pertama ialah Jalan-jalan Fraser Hill. Alhamdulillah dah lama teringin nak pergi ke sana, dengar jiran bercerita hari tu oo best tempat tu sejuk dan dinginla.. akhirnya kesampaian juga. Tapi rasanya kalau tak der apa-apa hal mungkin tak pergi kot. Aku yang tak pernah nak muntah kalau pergi mana-mana naik bukit ker tiba-tiba boleh muntah-muntah masa turun dari Fraser Hill.. pening-pening..nasib baik hubby dah sediakan plastik dah siap-siap. Masa naik ok jer tapi masa turun tuh..mungkin jugak masa nak turun tu makan banyak kot..iala makan semua sponsor.. sebenarnya hubby ada workshop dekat situ kebetulan memang boleh bawa famili huhh apa lagi memang saya akan ikutla..Dari Kuala Kubu Baru ke Fraser Hill tu dalam masa sejam jer tak lah jauh. Masa sampai kol 11.45 pagi panas dan dingin tapi hari kedua tu best..memang terasa seperti di Switzerland ka London ka eheheeh,,macam dah pernah pergi sana kan..sejuk sangat dan dingin. Banyak pulak tanaman bunga-bunga hiasan Lavender, Impatients(kalau betul ejaannya) bunga Rose yang segar-segar sejuk mata memandang. Dekat sini kalau nak rehatkan diri sehari tu bolehla tapi kalau berhari-hari tuh memnag tak berbaloi dahla tak boleh membeli apa pun..Ingatkan ada tanaman strawberry kat situ rupanya dah tak der dah cuma air strawberry smooties jer yang ader kat kedai tu, itupun kedai tu letak jem strawberry supaya ada rasa strawberry. OO bab makanan ok tak la mahal sangat. Kami hanya makan sekali jer tengahari yang lainnya di sponsor so tak tahula kedai lain tuh cam mana mahal ker murah...Lagi satu hotel kat sini tak ader aircond so memandangkan puteriku tido mesti dalam keadaan sejuk terpaksala saya minta kipas angin dekat room service tu. Banyak bangunan lama desing Inggeris dengan pokok bunga menjalar-jalar. Bagi yang berminat untuk menunggang kuda pun ada dekat situ tapi saya tak pergi pun tempat tu sebab kat rumah tu ada kawasan kandang kuda (orang punnya bayar duit boleh tunggang). To me kalau nak pergi honeymoon kat situ kira jimat kos la tak payah membeli hanya memangdang saja.

Terlena puteri ku masa sedang mendaki nih

Dah sampai
Ni peta Fraser Hill nak pi mana rujuk kat sini
Puteriku sedang menonton
Food Court..ok la makan kat sini alas perut

Ni senarai harga makanan
strawberry smooties
Menara Jam Fraser Hill
Dikebun bunga
Aksi anak kecilku
Bunga Impaties
Ha n i puteriku masuk pertandingan mewarna..peserta paling muda...cantikkan puteriku warna lukisan itu..
Ni pulak suasana pada pukul 9.00 pagi berkabus betul..nyaman..