Friday, April 30, 2010

Ayam Panggang Masam-Manis Sunkist

Untuk menyambut tetamu malam ni resepi ringkas tapi bergaya...cehhh ...iala sebab tetamu datang time kita balik kerja.. so tak payah kalut-kalut nak masak bersungguh.. saya hidangkan nasi putih, sayur dan ayam panggang nih di tambah buah-buahan, menu makan malam yang simple. Untuk ayam ni saya dah perap semalam so balik jer dari ofis sumbat ayam tuh dari oven sementara tu masak nasi, masak sayur dan potong buah-buahan..kan senang...tak ler tergesa-gesa sangat..ok untuk Ayam tu cam nih yer cara pembuatannya...

Bahan

1- 1 ekor ayam dibasuh dengan tepung supaya tidak bau hanyir (ini petua turun temurunla keluarga saya)
2- 3 ulas bawang merah*
3- 3 ulas bawang putih* - ditumbuk
4-serbuk kunyit untuk digaul pada ayam
5-garam secukup rasa
6-sebiji oren sunkist diperah jusnya
7-serbuk lada hitam
8-3 sudu besar gula
9-2 sudu madu


Caranya

1-Ayam tadi digaul dengan garam dan serbuk lada hitam
2- campurkan bahan tumbuk, jus oren, gula dan madu gaul, dan lumur pada ayam luar dan dalam isi ayam
3-Biar semalam dan bakar dalam suhu 200C dalam 50min.
4-Sedia untuk dihidangkan

Wednesday, April 21, 2010

Kek Pisang Chocolate

Sempena nak balik Penang sambut parent balik umrah oo dah tentu akan ada tamu yang datang untuk menziarah mom and dad.. so buat jugakla kek pisang yang mudah sebagai makanan tambahan untuk dihidangkan.. Senang jer buat kek nih guna jer bahan sedia ada di rumah. Kek lembab, yang kurang manis dan sesuai untuk peringkat umur.. kalo buat kek 'fancy' skit mesti ada yang tak suker so buatla kek yang disukai ramai.. ok kita layan cara pembuatan kek yang mudah ini...

Bahan

1- 6 Biji pisang berangan atau pisang aper pun tak kisah

2- 1 1/2 cawan tepung gandum*

3-1 sudu kecil soda bikarbonat*

4-1 sudu kecil serbuk penaik*

5- 20 gm serbuk koko* (ayak sekali semua bahan ni *)

6- 1 cawan gula perang

7- 4 biji telur saiz A

8- 1 cawan minyak jagung (kalau tak ade minyak masak pun boleh la)

9- 1 sudu kecil esen pisang/esen vanila pun ok

Caranya:

1-Pisang dilenyek dan letak sebelah

2-Panaskan oven 175C selama 7 min

3- Satukan minyak, telur dan gula hingga sebati

4- Masukkan esen pisang dan pisang yang telah dilenyek kacau sebati

5- Tambahkan tepung sedikit demi sedikit kacau sebati dan masukkan dalam acuan yang telah dialas dengan kertas minyak dan mentega. Acuan berukuran 9 cm

10- Bakar hingga masak suhu 175C selama 45 min ikut kepanasan oven masing-masing.

##nota-Untuk hasil terbaik- letakkan adunan di bahagian bawah sekali dengan kepanasan api atas dan bawah.

Roti Kismis

Rasa nak belajar membuat roti pulak.. Alangkah bestnya kalau semua dapat dibuat sendiri dengan air tangan sendiri bagi keluarga makan.. ceh rahsia penambat hati suami... so malam nih balik ofis terus jer buat roti nih dengan semua bahan terdapat di rumah mudahlah skit nak buat operasi..ni terasa nak beli bread maker nih..

Monday, April 19, 2010

Nasi Ketam2

Tak puas hati hari tu makan nasi ketam juru sebab kedai 'Warung Pak Su' tutup pada hari Khamis, so hari ni balik Penang singgah jugak la kat warung tuh yang kata sedap seanterio tu. Sampai Penang jam 1.15 tgh, tengok kat parking tu ada la dlm 7 buah kereta yang singgah makan kat situ. Tapi yang bagus nya layanan tuan kedai tu sendiri, siap ambilkan baby chair untuk anakku.. walaupun puteriku ini dah tidak berminat untuk duduk dalam baby chair.. lepas tu siap dia bagi gula-gula 'loli' tu kat semua budak-budak yang ada kat situ..kira ok la layanan tuan kedai tu.. mungkin ni yang sebabkan ramai pengunjung datang ke kedai dia selain dari masakkannya. Dah sampai cam biasa hubby akan order nasi and I ordered 'Mee Udang'. Agak dalam 20 minit baru makanan sampai. To me, setakat ini masih belum jumpa yang dikatakan 'Mee Udang Sedap' selain dari yang biasa I masak, bukan nak angkat bakul sendiri tapi itulah hakikatnya..Mee Udang dengan 6 ekor udang, RM 10. Nasi Ketam.. ooo hubby asked me ' your rating from 5 star?' I said just 3 star only, but can improve...hahaha'. Kira ok la tuh dr tak bagi bintang langsung.. Rupanga harga nasi ketam tu ikut saiz ketam kata tuan kedai tu. Selalunya rm 10 untuk 1 1/2 ekor ketam, tapi hari tu kami kena rm 20 untuk 2 ekor ketam sebab dia kata saiz ketam hari ni memang besar. Ia la saiz ketam, udang bukanlah standard saizkan so tak per la.. Ada ikan bakar siakap dan pari tapi aku tak order tengok lauk ketam pun cam dah banyak.. Dah rasa, so dah tahu macam mana kesedapannya.. jadi kalo sesiapa nak cuba silala berkunjung di sana di Sg. Sembilang, Juru cari jer dalam GPS mesti jumpanyer ;Warung Pak Su.
Mee Udang
Lauk Ketam
Papa penuh semangat makan
Sesudah lengkap semua












Friday, April 9, 2010

Nasi Ketam

Masa balik penang hari tu dengan rasa yang teringin teramat sangat singgah jugak pergi cari warung nasi ketam JURU yang famous seanterio tu yang dikatakan SEDAP tuhhh... Masa tu dah tengah hari so memang lapor nasi la.. tak tau la apa yang sedapnya... dan apa yang menariknya.. bila kita tak cuba tak tahu bila dah cuba.... baru tahu.. tapi iala setiap orang selera lain-lian sedap pun rasa lain-lain.. to me mungkin taste tinggi kot so rasa takla seperti yang di gembar-gemburkan... I order mee udang and hubby order nasi ketam.. Order tu pun kita yang pergi minta bukan orang kedai tu yang tanya 'nak makan apa/ nak order aper' ini lemahnya kalo peniaga cam gini nih.. Kedainya suasana kampungla.. rata-rata yang makan kat situ rasanya orang luar bukan orang tempatan sebab nampak keta plat bukan plat penang jer.. ada jugak beberapa kedai lain yang menawarkan menu yang sama kat situ. nantila cuba kedai lain pulak..

Antara menu Famous yang diorder

Puteriku sedang beristirehat atas buaian

Sunday, April 4, 2010

Balik Penang

Dah lama tak update blog , sibuk skit kenbelakangan nih..Hari tu balik Penang pulak. Dad, mom and my younger brother go to umrah from 2 April until 17 April flight jam 10.10 am tapi bertolak dari rumah jam 5.15 am.. punya la ngantuk... tapi lepas hantar mom sempat gak pergi QuensBay jalan-jalan dah lama tak kesana alang-alang singgahla dan belila sesuatu. Hmm best tapi tak dapat ikut ada komitmen lain. InsyaAllah cadang nanti nak pergi satu family. Itu satu tanggungjawab juga. Kadang ni kita banyak habiskan duit g lawat negara orang tapi tempat yang sepatutnya kita ziarah dan dapat pahala kita lupa...Bila dah balik rumah...huhhh..rasa sunyi sangat.. walaupun ada 2 orang adik yang lain tapi mom and dad tak ader rasa sunyi sangat.. Betapa bernilainya masa bersama mom and dad. Ya la sebab nya balik rumah mom kalu ada dekat umah sendiri lain...Love you mom and dad, miss you also. Balik Penang hari Khamis pas tu disebabkan ada tugas lain dekat Kota Bahru kene balik awal hari Sabtu pulak..Sedih lagi kene tinggalkan my Princes and hubby.. walaupun sehari, sedih.. tak dapat nak bawa sekali kali ni sebab hubby ada komitment lain...Semoga mom, dad and Suffie selamat kembali.




Masa untuk berlepas