Tuesday, June 22, 2010

Daging Masak Hitam

Malam tadi masak lauk daging. Kebetulan bila tengok stok rempah Masak Hitam tu masih ader so aper lagi senangla kerja. Rempah Masak Hitam tu MIL adik saya yang bagi. Memang original masak hitam dari Perak..orang lama yang buat tau.. Kalau pergi jer kampung MIL adik saya nih mesti mak cik ni akan sediakan daging masak hitam. Lepas tu dia akan bekalkan pada menantu dia dan si menantu pulak akan edarkan skit pada mom dan kakak dia jugakla.. Untuk penyediaan bahan rempah masak hitam tu saya belum habis menuntut lagi dekat MIL adik saya, tapi kalo tanya En Google rasanya mesti ada jawapan tuh. Ok cara penyediaannya:





Bahan

1 -1/2 kilo daging batang pinang
2-4 sudu rempah masak hitam
3-3 Ulas bawang merah*
4-3ulas bawang putih*
5-11/2 inci halia* mesin
6-3 sudu cili kisar
7-5 sudu besar kicap manis(kicap kipas udang)
8- hirisan daun sup, daun bawang dan cili merah
9-garam secukup rasa(tak payah masukkan gula sebab dah guna kicap manis)
10-3 gelas air


Cara


1-Tumis semua bahan mesin hingga naik bau
2-Masukkan rempah masak hitam dan juga cili mesin, masak hingga sebati
3-Lepas tu masukkan daging, reneh hingga daging lembut, tambah air dalam 3 gelas
4-tambah garam dan kicap manis reneh lagi hingga pecah minya
5-Siap masak, tabur hirisan daun tadi dan cili.

Sejak buat Strawberry Smootie Chocolate minggu lepas saya masih tidak dapat lupakan rasanya yang enak dan menyegarkan. Buah strawberry dah habis, so time lunch tadi saya sempat pergi cari strawberry dekat Giant, nasib baik ader lepas gak kerinduan..buat lagi malam ni.

Sunday, June 20, 2010

Hari Ini Hari Papa 20 Jun 2010

Happy Father's day to Papa, my beloved hubby and to bapa dan semua bapa-bapa sekalian.. Sungguh senang sekali duk kat rumah hari ini sempena dengan cuti weekend. Banyak aktiviti rumah yang dibuat, mengemas, mengemop, mencuci dan macam-macam lagi lah. Sempena dengan hari bapa juga papa awal-awal pagi dengan penuh semangat mengecat tembok rumah yang baru diasiapkan tapi baru cat undercoatla cat sepenuhnya belum lagik la. Umi seperti biasa bangun lepas siapka sarapan pagi terus start memasak dulu. Sempat jugak buatkan sebiji kek untuk papa sempena hari papa yang kedua untuk tahun ni. Sarapan pagi buatkan cucur udang jer, untuk makan tengahari saya sediakan Nasi beriani dan lauknya ayam masak merah kismis dan kerabu nenas dan minuman Jus nenas asmara, ha.. kenapa namanya jus nenas asmara..sebab dibuat dengan penuh kasih sayang untuk santapan suami dan anak tercinta..cehhh.



Ha..ini kek untuk Papa. Tapi buahnya untuk Princes Aisyah

Ini pulak Puteri kami siap jer makanan yang dihidang atas meja..hahahah princes la yang akan sampai dulu untuk bersantap tak payah panggil banyak-banyak kali..

ni pulak aktiviti anakku berendam di hujung minggu sambil membasuh motor papa kesayangannya...haha umi tak suruh buat tapi Aisyah yang sudi membantu..


Ha ni pulak saya masukkan resepi untuk masakan semalam:


Nasi Beriani



Bahan


1- 2 pot beras(saya guna beras biasa sebab beras brasmathi dah clear)

2-1/2cawan sus cair

3-3 ulas bawang merah#

4-3 ulas bawang putih#

5-11/2 inci halia#mesin

6-campuran kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga

7-3 sudu minyak sapi

8-4 sudu rempah beriani Faiza

9-kismis dan bawang goreng


Cara


1- Basuh beras hingga bersih dan rendamkan dengan air seperti sukat untuk masak nasi biasa

2-Tumis minyak sapi dengan semua bahan mesin beserta campuran kulit kayu manis hingga naik bau

3-Masuk rempah beriani, lepas tu masukkan garam secukup rasa.

4-Tuang beras beserta air tadi kedalam periuk gaul dan tambahkan susu.

5-Biar nasi masak. Lepas masak tabur kismis dan bawang goreng



Ayam Masak Merah Kismis

Bahan untuk ayam

1-500 gm ayam ayam basuh dan gaulkan dengan serbuk kunyit dan 3 sudu tepung jagung dan sedikit garamperap ayam 1 jam.

Lepas tu goreng ayam dan asingkan


Bahan Kuah


1- 1/2 cawan minyak

2-20 biji cili kering * kisar dan asingkan

3- 2 ulas bawang besar#

4-3ulas bawang putih#

5-1 inci halia# mesin

6-2 batang kulit kayu manis dan campurannya( bunga lawang, buah pelaga)

7-2 sudu besar tomato puree

8-1 gelas air

9-1/2 cawan susu cair

10- hirisan daun sup dan daun bawang

11-bawang goreng

12- 1/2 cawan cincangan kismis

13- garam dan gula secukup rasa

Caranya:

1-Tumis semua bawang yang dimesin bersama dengan campuran kulit kayu manis hingga naik bau

2- Masukkan cili dan masak cili tersebut hingga pecah minyak, lepas tu tambah tomato puree dan kismis, masak dengan api perlahan

3-Tambah garam dan gula secukup rasa, jika kuah pekat tambah air, masukkan ayam dan gaul sebati

4-Akhir tuangkan susu cair. Gaul hingga sebati agak mendidih padam api dan tabur dengan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng.



Mom's Kerabu Nenas




Bahan

1-1/2 Biji nenas (dihiris)

2-1 biji timun(dihiris)

3-1 biji bawang besar(dihiris)

4-2 sudu cili kering mesin

5-2sudu sos tomato

6-garam dan gula secukup rasa

7-kacang tanah goreng dan mesin kasar(saya tak letak)


caranya

1-Masuk semua bahan dan gaul sebati. Sedia untuk dihidangkan.


Jus Nenas Asmara


1- 1/2 biji nenas

2-800ml susu segar

3-3 sudu besar air

4-Beberapa ketul ais batu

Cara

1-Mesin semua bahan di atas dan hidangkan















Wednesday, June 16, 2010

Spagetti MeatBall

Malam ni saya masak simple saja. Bukan apa malas nak makan nasi.. sebab selalu makan nasi dan jemula.. Saya sediakan Spagetti Meat Ball. Meat ball yang ready made la.. Resepi ringkas sajaBahan
1- Spagetti direbus hingga lembut dengan beberapa titis minyak zaitun
2- 10 biji Meat ball
2-1/2 batang lobak disagat
3-1 biji tomato dihiris
4- Lada hitam dimesin
5- Pati Tomato saya guna brand LEEGO's
6-garam dan sedikit gula secukup rasa
7-serbuk oregano
8- 3 ulas bawang putih cincang
9- 1/2 ulas bawang besar cincang
10- sedikit minyak zaitun untuk menumis
11- 1 cawan air

Caranya

1- Panaskan minyak , tumis semua bawang hingga layu
2-Masukkan pati tomato tambah air dan juga tomato serta lobak merah kacau
3-Masukkan meat ball dan perasakan dengan lada hitam, garam dan gula
4- Agak sebati dan kuah pekat tabur serbuk oregano gaul dan padamkan api.

Hidangan
Letak spagetti atas pinggan dan tuangkan meat ball dan kuah tadi.

Tuesday, June 15, 2010

Roti Saj

Malam ni buat kan roti jer makan dengan sambal sardin. Resepi roti ni ambil dekat dapur KAK UMMI. Sedap dan mengeyangkan ada skit-skit rasa cam roti nan pulak. Makan 2 biji dah kenyang. Balance nanti panaskan untuk makan sarapan pagi sebelum pergi ofis.

Bahan

1- Tepung gandum
2-1 Sudu kecil Yis
3- Susu (saya campurkan susu pekat dengan air suam)
4- garam


Caranya

1- Campurkan semua kecuali tepung hingga sebati.
2-Masukkan tepung dan gaul hingga jadi doh
3- Biar adunan lebih kurang sejam tutup dengan plastik
4-Lepas tu buat bulat-bulat dan salut skit dengan minyak masak hingga habis
5-Lepas tu tempek atas pinggan supaya jadi bulat leper dan bakar atas pan non stik dalam 3 minit dan alih sebelah lagi. Hidangkan..boleh di cicah dengan kari atau sambal

Sunday, June 13, 2010

MOM's Bihun Sup

Dah lama tak buatkan bihun sup ni. So apa lagi hari buatla.. Kalau beli pun di kedai hanya letak daging 3/4 hirisan pas tu tabur bawang goreng, daun sup dan daun bawang dahhh bayar rm 4.50 memang tak berbaloi.. baik buat sendiri. Ini mom's resepi. Memang mom's akan masak bihun sup sebegini. Untuk mendapatkan sup yang sedap perlu guna tulang terutamanya tulang bahagian rusuk untuk mendapat kemanisan asli sup bukan hanya masukkan perasa tiruan ajinomoto..Layan yer..


Bahan sup
1- 1 kilo tulang rusuk#
2-1/2 kilo daging batang pinang# direbus dengan 5 liter air berasingan sehingga empuk -saya rebus guna periuk tekanan
3-lada hitam *
4-4 ulas bawang merah *
5-2 ulas bawang putih*
6-1/2 inci halia*mesin
7-2 batang kulit kayu manis
8- 2 biji bunga lawang
9-garam dan gula sedikit secukup rasa
10- hirisan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng untuk ditabur pada sup


Cara

1- Daging yang direbus tadi diasingkan dan hanya tinggalkan tulang dan airnya jer dalam periuk bersama dengan kulit kayu manis dan bunga lawang
2-Masukkan bahan mesin masak hingga bahan tersebut sebati dengan kuah sup
3-Tambah garam dan gula secukup rasa, jika agak kurang air tambah air ikut kesesuaian
4-Reneh hingga mendidih padam api tabur daun sup, daun bawang dan bawang goreng.


Untuk Bihun
1- Bihun direndam semalaman dengan sedikit serbuk kunyit
2- 30 sen taugeh


Cara masak

1- Setelah bihun tersebut lembut, panaskan sedikit minyak, masukkan bihun dan taugeh tambah segelas kecil air dan goreng sekejap.
2- Bila dah kering bihun angkat dan asingkan


Untuk Sambal

1- 30 biji cili kering - mesin
2- 3 ulas bawang merah*
3-3 ulas bawang putih* dihiris
4- 1 ranting daun kari
5- gula dan garam secukup rasa
6-sos tomato secukup rasa
7- air asam jawa


Cara

1- Tumis bawang dan daun kari hingga naik bau masukkan cili

2- Tumis hingga cili masak lepas itu masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa dan tambah juga sos tomato, masak hingga pecah minyak dan masukkan dalam bekas.


Bahan Hiasan
1- Fish ball dan Fish Cake digoreng*
2-lobak masin dicincang
3-Daun sup dan daun bawang* dihiris
4-Tauhu goreng* dihiris
5-Daging*dihiris
6-Bawang Goreng


Cara hiasan
1-Masukkan bihun, tuang kuah sup dan tabur semua bahan hiasan dan letak sambal..



Tuesday, June 8, 2010

Strawberry Chocolate Smootie

Alhamdulillah berkesempatan juga hari ini untuk menyiapkan smootie ni. Dah 4 hari sejak hubby bawa balik strawberry tu dari Genting ianya beradu dalam ais box tuh nasib hampir nak ditelan zaman.Rupanya dekat Genting pun ader strawberry. Dek kerana hari ni saya balik awal dari ofis so sempatla menyiapkan smootie nih.. Memang sedap dan boleh jugak buat sebagai minuman diet. Cara buatnye seperti dibawah ya:
Bahan:
1- 10 biji buah strawberry
2- 1000 ml susu segar
3-3 sudu gula
4-3 sudu plain yogurt
5- ais batu agak sejukla
6- syrup hershey

Caranya:

1- Masukkan semua dalam blender, mesin hingga hancur
2- Tuang dalam cawan dan tambah syrup chocolate hershey

Ni strawberry chocolate..huhh sedap betul nih.. patutla Dato' CT suker...

Monday, June 7, 2010

Lemak Tempoyak Ikan Patin Berpetai

Gara-gara lawat ker dapur CMG, maka terliur tengok CMG masak masak lemak ikan patin nih. Jadi pagi Sabtu ajak hubby pergi pasar cari punya cari maka rezeki..jumpa ikan patin sekor yang masih belum diambil orang. Lepas saje saya beli, sementara tunggu pak cik tu siang ikan tuh, ada sorang kakak tu cari ikan nih.. pak cik tu kata dah abihla akak..huhh memang rezeki kalo tak kepunan umi nak makan ikan patin masak lemak. Our princes pun suker makan ikan nih siap hirup dengan kuah lagi.. hidangan nih untuk makan tengahari..sebagai tambahan untuk membuka lagi selera umi buat cencalok, hidang dengan nasi panas..


Cara:
1- 1 ekor ikan patin (basuh dengan air beras, garam dan asam jawa untuk hilang hanyir)
2- 5 ulas Bawang merah*
3-3 ulas bawang putih*
4-1/2 inci kunyit hidup*
5-3 batang serai (diketuk)
6-25 biji cili padi* (ikut kepedasan masing-masing) di tumbuk lumat
7- 2 camca tempoyak
8-rm 1.00 santan
9- 2 helai daun kunyit disiat
10-200 ml air
11- 3 papan petai diambil biji
12- garam secukup rasa
13- 1/2 sudu besar gula (ganti ajinomoto) saya tak masukkan ajinimoto dalam masakan

Cara:
1- Masukkan air dan semua bahan tumbuk dan serai dalam periuk, rebus hingga naik bau
2-Tambah tempoyak dan masukkan gula dan garam
3- Masukkan ikan, petai dan santan
4-Akhir sekali masukkan daun kunyit.Biar mendidih, padam api.
5-Hidang dengan nasi panas..

Saturday, June 5, 2010

Pulut dan Pekasam

Nanti tengahari nak pergi kenduri anak jiran kawin. So tak payah masak makan tengahari. Jadi saya siapkan pulut dengan pekasam.Ni makanan orang Utara.. Sebenarnya mom pun tak pernah masak pulut cam gini tapi saya pernah makan dekat rumah jiran yang juga orang utara buatkan pulut cam gini..so saya pun buatla. Umpp memang sedap..tak caya cubala..

Bahan dan caranya:

1- Pulut ditanak dengan santan dan garam sedikit hingga masak. (sebelum tu rendam la dulu pulut tu semalaman)


2-1 ekor ikan pekasam goreng hingga garing. Lepas tu masukkan hirisan bawang besar dan cili merah atau cili padi.


3- Hidangkan..

Wednesday, June 2, 2010

Percutian Lumut

Umi holiday and papa working. Sempena dengan papa kene pergi outstation di Lumut Umi pun ikut sekali la..umi dah penat nak berehat la pulak sambil meluangkan sepenuh masa pada Princes Aisyah. Memang sesuaila kalo nak rehatkan badan dekat Lumut nih. duduk jer dalam bilik, cukup jam pergi makan..yer la percutian ditaja.. redup skit bawa princes pergi berendam dalam kolam tuh.. huhh.. memang sepenuhnya masa kat hotel tak la bershopping.. Memangdangkan umi ni yang suker bershopping terutama kalo pergi Langkawi... oooo rambang mata...tapi ni tidak memang tak shopping langsung setakat beli keropok ikan habis tak sampai RM 50 tu..
Tengok wajah Princes yang ceria sebab baby pun penat juga selalu masuk ofis dekat nursery tuni pemandangan hotel depan hotel laut tapi tak berani la pulak nak bawa baby pergi ke laut tu nampak la kapal-kapal tentera TLDM kat situ


Bertolak dari KL jam 12.00, sampai di Lumut kol 3.10. Kesian papa penat drive.

Baby pun penat jugak nih
Baby mandi dalam kolam tuh sampai tak nak keluar..
Tengoklah anakku yang pandai sudah bersarapan dengan Coffee