Sunday, February 28, 2010

Transformasi Kitchen1

Tahun ni Insyaallah akan membuat beberapa transformasi di beberapa bahagian rumah. Sebab masa pindah hari tu memang tak buat apa-apa disebabkan banyak faktor yang menghalang. Jadi azam tahun 2010 salah satunya untuk membuat sedikit perubahan la pada rumah yang kami diami (rumahku syurgaku). Sentuhan pertama ialah pada bahagian dapur...Setelah di jelajah semua jenis kedai kabinet dapur yang diketahui akhirnya dapatla satu kedainya.. Dengan material yang sama, tambahan aksesori dapur lagi bolehla dapat harga yang masih dalam budget dibandingkan dengan kedai yang lain. Penambahan aksesori perlu supaya boleh membuat penstoran barangan kering dan penyimpanan pinggan mangkuk. Kalau nak buat jenis build in nih kene cari kedai yang betul-betul expert dalam bidang tu. Start dengan mengemas, mengecat dan memasang kabinet.. Untuk cat tu pada mulanya tempah indon, dia cat separuh lepas tu esok tuh dia terus tak datang. Geram betul.. so hubbyla yang tolong sambung cat patutla indon tu minta gaji hari supaya senang dia blahh gitu jer. Bila pasang kabinet dah siap pasang body kene tunggu pulak seminggu bukan aper boleh jer tunggu dalam 3 hari cam tuh tapi disebabkan kerja so tangguhla seminggu sebab nak kene tempah untuk solid surface pulak. Susah skitla nak masak-masak nih.. untuk seminggu memang makan nasi lauk kedai la..tak masak pun.uhhh tak sabar tunggu kabinet siap nak mengemas semua.. nak buka semua barangan pinggan mangkuk, periuk belangan yang dapat hadiah masa kahwin dulu dan yang dibeli di tempat-tempat lain. Selain bilik tidur, bahagian dapur adalah bahagian yang paling penting bak kata orang tua dapur adalah ibu rumah.
Kerja pemasangan yang sungguh teliti di buat oleh pekerja ni





Tak sabar nak letak semua barang di tempat yang sepatutnya..walaupun set belum siap lagi





Friday, February 26, 2010

Episod Penang

Majlis resepsi di Penang pada 20/02/2010. Semua tetamu saudara mara dan sahabat handai datang untuk meraikan raja sehari. Tuan rumah aper lagi sentiasa sibuk sehingga majlis selesai. Tak banyak bergambar masa nih sebab sibuk gak bantu tuan rumah layan tetamu dan tolong-tolong apa yang patut.

Segak bergaya bertemakan oren

Ni sementara menunggu ketibaan pihak perempuan


posing jap dekat pelamin
Hmmm baby Aisyah makan hingga licin
Puteriku sedang berposing


Ha grandny suam Aisyah mamam

Episod Kelantan

Saat yang dinanti telah hampir tiba. Tak sabar pada si sepupu yang akan menjadi raja sehari dengan segak bergaya dan wajah berseri. Bagi Sanak-saudara yang lain pun tak sabar juga nak menyambut ahli keluarga baru. I tak lepaskan peluang ni.. tak pernah jejak kaki lagi di bumi Cik Wan Kembang nih. Sambil menyelam minum air..kenduri di rumah pengantin perempuan pada 14/2/2010 dan kenduri di pihak sepupu nih 20/2/2010. Tapi umi ngan papa dan baby Aisyah sampai di Kota Baru pada 12/2 awal dari rombongan pengantin lelaki yala sampai awal senang nak g shopping sana sini , dah memang Kelantan nih terkenal gak dengan tempat untuk bershopping..Makanan dekat kelantan nih memang murah tapi tak sempat nak merasa sangat sebab sibuk makan makanan kenduri tuh.. Hari pertama umi stay at hotel, then the next day bila rombongan pengantin lelaki dah sampai kita orang move to homestay yang pengantin lelaki sponsor tuh.. lot banglo murah dan sangat selesa sekali.. Sempatla umi bershopping dekat pasar Siti Kadijah, wakaf che yeh, masuk muzium, pasar buluh bubu dan PCB..

Kalo sampai Kelantan batik mesti dibeli dapat la rembat dua tiga pasang bawak bekal balik KL

Sarapan pagi makan 'nasi gulai kak wok' ok la ayam bakar. ramai kat gerai ni mungkin dah famous kot. Tapi nasi tu di letak atas kertas tak gunakan pinggan

Istana Johar - Muzium DiRaja

Kat PCB- Ppanas dan berangin sangat

Gerai makan yang kami singgah. Kebanyakkannya jual makanan cam pasembor.

Ni menu alas perut

Huu dapat menikmati menu nih sementara si Princes sedang beradu

Ni antara sayur yang dijual di Wakaf Che Yeh..satu paket rm 10.00 murah betoi

Buah mangga banyak di Wakaf Che Yeh murahla..

Majlis Akad Nikah

Ijab dan Kabul menjadi pasangan yang sah...lebih kurang jam 10.00 pm maka bertukarlah status sebagai SUAMI.

'Selamat Pengantin Baru AKIM dan SU'

Ayah Aji dengan cucu kesayangannya sebab baru ada sorang cucu

majlis bersanding SU dan AKIM..Bila tengok orang kawin teringat pula masa majlis kawin I and papa..best sangat

Hantaran Durain yang berisi gula dalamnya..memang rajin Mak Win buat nih..sungguh kreatif

Ni antara barang hantaran yang menarik perhatian umi. Ni wajik digubah jadi bunga

Ha ni hantaran yang umi buatkan..




Ha ni baby Aisyah ngan papa.. Baby Aisayah kalo dah pakai baju cantik-cantik dan rambut didandan memang dah tak senang duduk dah selagi tak keluar dari rumah..

nampak muka sama tak adik dan kakak nih..

Sempat gak singgah kedai buat bahulu panas..huhh memang sedap makan panas-panas murah pulak tuh 5 biji rm 1.00 kalo kat KL tak dapat harga nih

Kakak-kakak nih tengah packing bahulu-bahulu tu


Ha terjumpa tangki minyak lama.. Dah lama tak tengok tangki minyak cam nih rupanya ujud lagi kat Kelantan nih
Rombongan Pengantin Lelaki balik ke Penang pada 15/2. Nak balik siapkan untuk majlis resepsi meyambut kedatangan keluarga Pengantin perempuan pulak

Sunday, February 7, 2010

Hantaran1

Semperna kenduri sepupu minggu depan fikir punya fikir maka terhasilla resepi ni 'TAT NENAS dengan foundan aising' bukan aper senang skit nak bawa ke Kelantan nanti.. kalo buat kek ker takut cair lak aising kek tu.. apa yang penting hantaran yang ringkas dan menarik. Kiranya kena buat dua adunanla untuk diberi pada mak tam sama sempena abang ngah nak bertunang. Buat bunga foundan ni best cam relax jer senang nak bentuk.