Saturday, January 30, 2010

Ikan Masak Taucu

Hari ni tukar resepi kepada ikan pulak. Ikan masak taucu. bila makan masakan nih teringat tok di kampung dulu masa kecik-kecik tok suka masak taucu, sebab tak pedas so semua cucu-cucunya boleh makan. Tapi resepi kali nih pedasla skit bagi ada ummm skitla..



Bahan
1- 4 ekor ikan selar yang telah diboreng dengan serbuk kunyi
2- 4 sudu taucu
3- air asam jawa
4- 8 biji cili padi ditumbuk kasar
5- 1 biji bawang merah dan 3 ulas bawang putih dihiris

Caranya

1- Tumis bawang tadi
2- Masukkan taucu dan 200ml air kacau sebati
3-Tambah air asam jawa dan cili padi biar sebati masukkan ikan tadi
4-Masak dalam 5 minit dan padamkan api.
**resepi ni tak perlu masukkan garam sebab taucu dah masin

Monday, January 25, 2010

Mee Hailam Wantan

Menu malam ni umi sediakan Mee Hailam Wantan yang mana mee ni umi gunakan mee siput untuk habiskan stok mee siput. Ini pun disebabkan terjumpa wantan produk Iwani dipasar tani so apalagi belila.. Layan resepi ya


Bahan

1- 3 ulas bawang putih diketuk
2-2 sudu sos tiram
3- 1 sudu serbuk lada hitam
4- garam secukup rasa
5- 2 sudu sos tomato
6- 4 ketul wantan
7- hirisan daging
8- 4 keping mee siput
9- 1 1/2 litter air
9- Sayuran(baby corn, carrot, bunga kubis dihiris)

Cara
1- Tumis bawang putih hingga wangi
2-Masukkan sos tiram, sos tomato dan air
3-Tambah daging dan rebus bersama lada hitam hingga empuk
4-Masukkan garam dan mee siput (sebab mee ni lambat nak kembang)
5-Tambah wantan dan sayuran masak dalam 5 minit
6-Hidangkan masa panas

Sunday, January 24, 2010

Gulai Sembilang


Rasanya dah musim ikan sembilang nih, sebab pergi jer pasar banyak ikan sembilang tersadai kat meja-meja pak cik jual ikan tuh..sihat-sihat uuu.. memang kegemeran I gulai sembilang nih kalo ikan sembilang masak lain I tak layan.. Kalo balik kampung, mak pergi pasar jer mesti mak beli ikan sembilang buat gulai untuk I ler.. sedap makan lak nasi tengah panas dengan sambal belacan memang huishshhs menjilat jari.. layan resepi ya..




Bahan
1 kilo ikan sembilang (potong ikutla berapa kerat pun) basuh dengan air garam dan asam untuk hilang hanyir

4 sudu besar rempah ikan

1 biji timun dibelah tengah dan hiris 1/2 inci tebal

2 biji tomato belah 4

asam dan garam secukup rasa

1 ranting daun kari

3 ulas bawang merah dihiris

2 ulas bawang putih dihiris

2 Cawan air

1 Cawan santan jangan terlalu pekat


Cara

1- Tumis bawang dan daun kari hingga naik bau

2-Masukkan rempah ikan dan air kacau hingga naik bau dan pecah minyak

3-Tambah air asam jawa dan garam secukup rasa, biar sebati

4- Tambah hirisan timun

5-Masukkan ikan tadi dan tuang santan masak hingga pecah minyak

6-Akhir masukkan tomato dan padam api.

Saturday, January 23, 2010

Cornflakes Chocolate Chips

Buat biskut ni sebab nak habiskan stok yang ada tu, dari dimakan oleh angin baik kita buat sesuatu yang boleh dimakan..Biskut ni rangup dan kurang manis.


Bahan

1-3 cawan conflakes yang di mesin digaul dengan tepung
2- 1 buku butter
3- 1 cawan chocolate chips digaul dengan tepung
4- 1 biji telur A size
5- 1 cawan tepung naik sendiri
6-1 sudu kecil chocolate emulco
7- 1/2 cawan gula castor

Cara

1- Pukul butter dan gula 3 minit
2- Masukkan telur dan chocolate emulco
3-Tambah tepung tadi dan kacau sebati
4- bulat kecil-kecil dan bakar dalam suhu 150 selama 15 minit.

Telur Ikan Goreng Kunyit

Menu simple dan mudah nak masak sebab mr hubby cakap masak yang simple-simple jer.. uhh terjumpa telur ikan ni 2 ketul jer dekat pasar tadi terus beli.. 2 ketul harganya rm 4.70 okla tu.. menu mudah seperti dibawah ya, guna bahan yang ada jer



Bahan
1- Telur ikan
2- bawang merah, bawang putih dan halia dimesin
3- Serbuk kunyit dan garam secukup rasa
4- Seranting daun kari
5- Daun bawang secukupnya untuk hiasan

Caranya
1- Tumis semua bahan mesin dan daun kari
2- Campurkan sedikit air dan serbuk kunyit serta garam
3-Masukkan telur tadi, agak masak padamkan api dan tabur daun bawang.

Friday, January 22, 2010

Perkenal Makanan Pejal pada Si Manja

Masa terbaik untuk memberikan makanan pejal bergantung kepada kesediaan setiap bayi. Secara umumnya kanak-kanak memerlukan makanan pejal apabila kalori daripada susu sudah tidak mencukupi. Keperluan ini boleh dilihat apabila bayi boleh menghabiskan sebotol penuh susu tetapi berasa lapar semula dalam masa dua atau tiga jam kemudian. Ini biasanya berlaku pada usia enam bulan. Saya memperklenal makanan pejal pada Aisyah semasa umurnya 6 bulan. Tetapi bermula dengan pisang masak yang dilenyek terlebih dahulu. Tapi Princes Aisyah ni bukanlah jenis yang suka makan tetapi jenis yang banyak minum susu. Bayi yang lebih kecil (kurang enam bulan) sukar menelan makanan pejal walaupun sesetengahnya boleh menelan makanan pada usia lebih muda jika makanan diletakkan di belakang lidah. Ada ibu bapa memaksa bayi kecil untuk makan banyak makanan pejal dengan harapan anak akan tidur lena sepanjang malam. Bagaimanapun, ia bukan langkah baik kerana boleh menyebabkan anak anda mendapat radang paru-paru (pneumonia) dan masalah makan kemudian hari. Kebanyakan bayi makan makanan pejal selepas menyusu kerana dapat memuaskan kehendak mereka untuk menghisap puting dan pada masa sama mengatasi rasa lapar. Bayi dan kanak-kanak kecil lebih mudah mengalami masalah alahan atau tidak toleran terhadap makanan berbanding kanak-kanak besar dan orang dewasa. Jika banyak jenis makanan diberi pada satu masa, agak susah untuk menentukan makanan mana yang menyebabkan reaksi alahan. Justeru, anda sepatutnya memperkenalkan jenis makanan secara berperingkat; satu jenis untuk satu minggu. Jika ia boleh diterima dengan baik barulah perkenalkan makanan lain kepada bayi anda. Melalui cara ini, anda boleh mengenalpasti makanan mana yang boleh menyebabkan alahan pada anak. Mulakan dengan bijirin diikuti buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan lain seperti sumber protein (daging) diperkenalkan lebih lewat iaitu apabila anak berusia tujuh bulan. Beri anak makan melalui sudu supaya bayi anda boleh belajar teknik pemberian makanan yang baru. Pada umur enam hingga sembilan bulan, kanak-kanak biasanya sudah pandai memegang makanan dan membawanya ke mulut. Jadi mereka perlu digalakkan untuk makan sendiri. Anda perlu berhati-hati kerana bayi mudah tersedak atau tercekik oleh makanan keras seperti kacang, lobak mentah, gula-gula atau biskut kraker. Elakkan makanan ini. Jika mahu diberikan, pastikan ia dikisar. Anda boleh menyediakan sendiri makanan untuk si kecil dan langkah ini lebih menjimatkan. Walaupun bayi suka makanan manis, tetapi gula bukanlah nutrien yang penting dan sepatutnya diberikan dalam kuantiti kecil; jika perlu. Jika tidak, jangan perkenalkan gula kepada anak anda. Jangan berikan sajian manis kerana tidak bermanfaat untuk anak anda. Jangan berikan anak anda makanan pejal terlalu awal dan sebaiknya tunggu bayi berumur antara empat hingga enam bulan. Perkenalkan sedikit makanan baru kepada bayi apabila dia lapar iaitu sebelum dia diberikan susu. Kemudian, perlahan-lahan tambah kuantiti makanan untuk anak anda. Jangan biarkan neofobia (takut kepada makanan baru) melanda anak anda. Jangan paksa anak untuk menerima makanan baru tetapi perlahan-lahan ajak dia makan. Ingat, susu sudah cukup untuk membekalkan keperluan anak sehingga dia berusia enam bulan. Paling penting, jadikan masa makan sebagai masa yang menyeronokkan. Kasih sayang dan perhatian anda akan merangsang anak untuk makan dan menikmati suasana seronok bersama keluarga.

Bercerai Susu

Info dari Harian Metro
BERCERAI SUSU. Inilah istilah digunakan untuk proses pertukaran daripada susu badan kepada susu botol (formula), susu badan atau botol kepada penggunaan cawan dan susu badan atau botol kepada makanan pejal. Bayi anda akan melalui satu atau lebih daripada fasa bercerai susu ini. Biasanya proses bercerai susu akan berjaya jika dilakukan secara perlahan-lahan atau berperingkat dalam masa beberapa minggu atau bulan. Memberhentikan penyusuan badan kadang kala boleh menyebabkan perubahan besar kepada ibu dan anak. Selain kesan fizikal, anda juga akan mengalami kesan emosi. Sesetengah wanita berasa sedih kehilangan keakraban antara ibu dan anak ketika menyusukan bayi mereka. Tetapi anda akan berasa lebih bebas kerana ada ‘pihak’ lain yang akan menyusukan bayi mereka. Jangan terkejut jika anda berasa sedih dan gembira; anak anda akan belajar untuk berdikari. Bagaimana anda tahu adakah anak anda bersedia untuk bercerai susu? Tanda seseorang bayi sudah sedia bercerai susu biasanya datang apabila mereka mula belajar merangkak atau berjalan. Bayi yang menyusu badan akan mula menunjukkan tanda hilang minat untuk menyusu.
Bayi yang menyusu botol pula bersedia untuk bercerai susu apabila mereka mula buat perangai, tidak lagi mahu mengemam puting susu atau menyorokkan botol sebelum habis. Bayi anda akan mula menunjukkan minat untuk minum menggunakan cawan. Bila masa terbaik untuk bercerai susu? Tiada masa yang betul atau salah. Malah, bayi anda mungkin mengambil masa lebih lama berbanding kanak-kanak sebayanya; ia bergantung kepada kesediaan anda dan bayi untuk melalui proses ini. Ada ibu menunggu sehingga anak mereka lebih besar kerana tidak bersedia melepaskan keakraban dengan anak ketika proses penyusuan. Sebaliknya, ada ibu mahu proses berkenaan lebih cepat kerana tanggungjawab lain. Untuk proses ini, andalah yang perlu membuat keputusan dan menentukan masanya. Jangan cuba memberhentikan penyusuan ketika anak atau keluarga mengalami tekanan. Tekanan ini ada pelbagai bentuk, termasuklah ketika bayi tumbuh gigi, berpindah ke rumah baru atau anda mula menghantar anak ke pusat jagaan. Apakah cara terbaik untuk bercerai susu? Cara terbaik untuk ibu dan anak ialah dengan melakukan proses ini secara berperingkat atau perlahan-lahan. Perhatikan tanda-tanda jika anak anda sudah sedia. Apabila sampai masanya, cuba berhentikan satu langkah dalam masa lima hingga tujuh hari. Ini akan memberikan anda dan bayi masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Jika anda menyusukan badan, bercerai susu secara perlahan-lahan akan membantu mengelakkan buah dada anda daripada menjadi terlalu 'penuh' yang boleh membuatkan ia bengkak. Dalam tempoh ini bagaimana anda boleh memenuhi keperluan pemakanan bayi? Berikan susu badan kepada bayi anda sekurang-kurangnya setahun atau selama mana anak mahu. Perkenalkan makanan pejal yang diperkaya dengan zat besi apabila bayi berumur enam bulan untuk melengkapkan susu badan. Bagi bayi yang diceraikan-susu badan atau botol sebelum berumur 12 tahun, berikan susu formula yang diperkaya dengan zat besi bukannya susu lembu atau kambing. Malah, anda juga boleh memberikan susu badan (diperah) melalui botol susu atau cawan; mengikut kesesuaian. Apa yang boleh dilakukan jika bayi tidak mahu bercerai susu? Masalah ini memang kerap berlaku. Kadang kala si ibu mahu memberhentikan penyusuan tetapi bayi masih belum bersedia. Jika boleh, teruskan pemberian susu untuk sedikit masa lagi. Cuba tawarkan susu dalam cawan sebelum anda memberikan susu badan. Atau anda juga boleh cuba menukar puting susu. Sesetengah bayi sukar untuk ‘berpisah’ dengan botol susu mereka. Untuk keadaan ini, jangan biarkan anak anda merangkak, berjalan atau tidur bersama botol susu mereka. Namun, penyusuan ketika tidur malam adalah saat paling sukar untuk tidak memberikan anak anda susu. Cuba gantikan waktu menyusu ini dengan tabiat baru seperti membacakan mereka buku atau melihat bintang bersama-sama.

Thursday, January 21, 2010

Blueberry Cheese Cake

Petang ni terasa lapang sebab banyak hampir kesemua urusan rumah sudah selesai. Hari ni pun umi cuti sebab ada kerja skit diluar ofis. So umi memang tak boleh dok diam dan tak suker buang masa melainkan tido..Bila bukak jer peti doremon tuh ader jer bahan yang apabila direka akan menjadi sesuatu..so petang ni terjadila sebiji 'Blueberry Cheese Cake' letak cream cheese banyak-banyak.

Udang Goreng Kacang Buncis

Dinner malam tadi masak nasi dan lauk disebabkan my brother datang outstation sini so stay kat rumah I ler.. Balik jer dari kerja terus bersilat dekat dapur tu nak siapkan makan malam.. kene siapkan cepat sebab dalam kol 8.30 malam tu hubby ada meeting pulak.. hmm masak yang simple-simple jerla antaranya masak udang yang sangat mudah nih. ok layang ler..

Bahan

300 gm Udang
15 batang sayur buncis
1 biji tomato dibelah 4
bawang merah dan bawang putih dihiris
1/2 sudu serbuk kunyit
1/2 gelas air
garam secukup rasa



Caranya

1- Tumis bawang hingga naik bau
2- Masukkan udang, kacang buncis, serbuk kunyit dan air
3- Perasakan dengan garam
4- Masukkan tomato tadi lebih kurang 7minit padamkan api dan hidangkan

Tuesday, January 19, 2010

Accident..

14/01/2010 pagi tu papa baru tampal road tax dekat cermin keta.. baru renew road tax dan insuransla.. hmm keta baru 2 tahun.. qoda dan qodar Allah yang tentukan.. Dalam pukul 6.30 papa call umi bagi tau...'keta accident' Kak Minah nih break keta mengejut.. memang tak boleh elak.. Kak Minah ni pulak boleh kata keta dia dah 3 kali kena langgar belakang.. itu maksudnya memang dia nih selalu suker break mengejut.. papa memag tak dapat elak.. tapi Allahmdullillah papa selamat tak ada apa-apa cuma keta jer kena masuk hospital... nasib baik umi tak ada masa tu kalo ada dah tentu kene dah Kak Minah nih.. Sikap lalai dia menyebabkan kemalangan pada orang lain.. memang geram betoi.. Esok tu umi ikut papa pergi workshop tengok keta..memang sedih betoi tengok keta tu.. iala walaupun skit tapi.. sedih gakla.. mungkin dalam 2/3 minggu baru keta siap..

Sunday, January 17, 2010

Marble Cheese Kek



Disebabkan masih terdapat stok cheese dalam peti doremon tu.. maka ada jerla idea untuk membuat sebiji marble cheese kek.. untuk minum petang hujung minggu nih.. lagi pun sebab terajin gak kalau termalas memang tak buatla.. Cara dan bahannya mudah jer, makan pun senang nak abihkan... ok layan resepi yer


Bahan-bahan A
180 gm. Butter
20 gm. cocoa powder - ayak
170 gm. Gula castor
3 biji telor 120 gm.
185 tepung gandum - ayak
1 tsp. baking powder - ayak
1/2 tbs choc emulco
Bahan-bahan B
250 gm. cream cheese
60 gm. gula castor
1 tsp. vanilla essence
1 biji telor

Cara-cara :-
1. Pukul butter and gula.
2. Masukkan telor sebiji demi sebiji.
3. Masukkan tepong, cocoa dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata.
4. Di sebuah bekas yang lain, pukul kesemua bahan bahan B hingga kembang.
5. Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang dan ratakan. Saya guna loyang 9x3x3. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.
6. Tuangkan baki adunan A.
7. Bakar di oven 150 deg C - selama 40 mins atau hingga masak, test dengan lidi.
8. Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang.

Saturday, January 16, 2010

Family Day Ibu Pejabat

Dah lama tak joint family day nih sejak-sejak dah kawin.. bila nak joint jer ader jer aktiviti lain..so hari nih dapat joint dengan baby sekali..buat dekat DESA WATER PARK, KL.Masa tinggal kat KL selalu lalu tapi tak pernah singgah kat situ ni baru ada peluang masuk..yer la masuk free.. best nyer.. nasib baik sebelum nih dah train baby mandi dalam kolam so tak la dia rasa kaket.. mula-mula bagi mandi tuh memang dia cam takut skit..lepas tuh sampai tak nak naik.. hmmm mandi puas-puas.. baby, umi dan papa mandi dalam kolam 0.3meter tapi sempat gak mandi kat kolam 1 meter tuh yerla sebab bawa baby.. memang best la.. nanti family day ofis papa 6/2/10 nak joint gak lah.. haaa nih la aksi-aksi perenang umi and papa..

Haaa ni masa baru sampai dekat water park tu dengan seronoknya princes nih
Ni masa mula-mula nak ajar bb naik pelampung tuh..

Dah naik sampai tak nak keluar pulak..

Ni bila dah penat main air, lapar princes Aisyah makan sampai habis


Ni memang gaya penat betoi nih dan ngantuk pulak



Haaaa sampai tertido tak ingat dunia dah.. minum pun tak habis air tu..


Wednesday, January 13, 2010

Mee Kari Ayam

Hari ni terajin untuk buat Meriah kerry merangkap MEE KARI ..I memang tak suke kalo makan dekat luar mee kari setakat ada mee, kuah kari, taburan daun sup dan daun bawang, telur sebijik.. dengan harga rm 4.00 owhwhwh.. memang tak suker.. disebabkan juga papa tak nak makan nasi so umi buatkan kari makan dengan mee...kebetulan pula sebab ada lebihan sambal yang masak dengan keow teow sup hari tu so bertambahla kesedapannya... resepinya seperti dibawah




Bahan

3 ulas bawang merah#
3 ulas bawang putih#
1 inci halia# (mesin halus)
3 Sudu besar rempah kari daging Baba's
200 gm ayam dipotong
Tauhu pok 3 biji dipotong 2
100 ml santan
600 ml air
Minyak untuk menumis
Jus asam jawa
Garam secukup rasa



Caranya

1-Tumis semua bahan mesin hingga naik bau.
2- Masukkan rempah kari dan sedikit air.. hingga pecah minyak
3-Masukan ayam, masak hingga ayam empuk
4-Tambah jus asam jawa dan perasakan dengan garam
5-Tambah santan dan tauhu pok tadi dan biar mendidih padamkan api. Tabur bawang goreng dan tutup tudung periuk tu.


Bahan Mee

Mee 400 gm dicelur
Tauhu di goreng dan hiris
Fish Cake digoreng dan hiris
Tauge rm 0.20 dicelur
2 tangkai sawi dipotong dan dicelur
Hirisan limau nipis
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng


Masukkan mee dan tuang kuah kari tadi dan lepas tu satukan semua bahan di atas dan hidangkan.

Puding Jagung

Ni adalah resepi puding yang paling senang di dunia.. kalo sesape yang nak belajar buat puding tu boleh mula cuba buat puding nih dulo.. Caranya mudah makannya sedapppp..layang yer..



Bahan

3 sudu besar tepung kastard
200 ml susu segar (I just used susu pekat dibancuh dengan air sebab susu segar dah kehabisan stok)
2 sudu besar gula
1/2 tin jagung dalam tin cap ayam brand
250 ml air


Caranya

1- Campur semua bahan kacau skit baru buka api perlahan dan kacau hingga pekat
2- Siap masuk dalam bekas dan sejukkan baru potong... mudahkannn..

Sunday, January 10, 2010

Marble Cheese Brownies

Selalu buat kek hari ni cuba pulak untuk buat Brownies.. nampak sedap jer bila tengok cara pembuatannya dalm fp sis Rinchan cam best jer... Oooo sudah tentu sedap brownies ni bila dah buat dan rasa.. memang sedap dengan kelemakkan cheese nyer... jangan terlebih lemak dah lerrrr.. risau gak bila buat masak makan yang sedap-sedap nih akan menambahkan kilo body nih..

Ni gambar lapisan bawah yang belut diletak cream cheese lagi. Umi guna tin berukuran 9x9x3 so jadi macam tinggi skitla..

Ini yang telah di make up cheese ke atasnya...

Keow Teow Sup Ayam

Dah seminggu hubby tak makan nasi.. masakan minggu ni semuanya berasaskan sup.. nak jaga body shape dan untuk kesihatan.. tapi umi tak dapat controlla untuk tidak memakan nasi dalam tempoh percubaan selama seminggu ter....makan gak.. so this weekend umi buatkan keow teow sup ayam.. baby Aisyah pun memang suke hirup kuah sup tuh..resepi nih untuk dua orang...ok layan yer resepi..





Bahan Kuah Sup


Ayam separuh dipotong kecil dan cuci dengan tepung supaya tak bau hanyir ayam
4 ulas bawang merah#
4 ulas bawang putih#
1 inci halia # (dimesin)
1 sudu lada hitam mesin
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
garam secukup rasa
Daun sup dan daun bawang untuk ditabur
Bawang goreng untuk ditabur
Air 4 liter



Cara

1- Rebus semua bahan di atas kecuali daun sup dan daun bawang juga bawang goreng.
2- Asingkan ayam.
3- Padamkan api. Tabur daun sup dan daun bawang serta bawang goreng.



Untuk Ayam


1- Gaul ayam bersama sos tiram dan serbuk kunyit dan goreng hingga garing.
2- Biar sejuk hiris isi ayam tersebut untuk ditabur semasa hendak makan.



Untuk Keow Teow

1 - Basuh keow Teow dan rendam sekejam dengan air panas kemudian toskan (kalau orang utara panggil celur keow teow)



Untuk Sambal



3 ulas bawang merah &
3 ulas bawang putih& (dimesin halus)
6 tangkai cili kering dimesin halus
1 ranting daun kari
air asam jawa secukup rasa
gula dan garam secukup rasa
3 sudu besar sos tomato



Cara



1- Tumis semua bawang, cili dan daun kari hingga garing
2-Masukkan Air asam jawa
3- Perasakan dengan gula, garam dan sos tomato.
4- Cukup masak hidangkan



Cara hidangan


Taugeh rm0.30 dicelur
Tauhu goreng dan hiriskan
Daun Sup dan Daun Bawang dihiris
Lobak masin dicincang
Bawang Goreng untuk ditabur
Fish Ball digoreng dan hiris
Fish Cake digoreng dan hiris


1- Masukkan keow teow dan tuang kuah sup.
2- Tabur semua bahan di atas dan letak sambal
3- Sedia untuk disantap.

Thursday, January 7, 2010

Dinner



Makan malam malam nih buatkan burger jer simple dan sedap.. Jalan-jalan lepas balik kerje singgah dekat kedai frozen dekat KLJ tu pas tu beli la LAMB BURGER DARABIF.. Dalam kotak tu ada 4 keping daging harga rm 9.50 kalo tak silap dekat Giant tu pun ada kot, sedap gak rasanya.. nampak pulak mayonis cam sedap jer rase nya beli gak la.. rasanya memang sedap pun lain dari yang lain..



Wednesday, January 6, 2010

Mee Sup Bebola Sotong

Malam nih nak makan yang berasaskan sup, sebab dalam peti ais tu ada beberapa jenis bebola yang boleh dimakan..bebola sotong, bebola sotong, bebola daging dan juga tauhu pok..bukannya aper saje beli sebab singgah di kedai barangan Halal dekat Saujana tu terus jer beli buat stok dalam peti doremon.. Ada lagi baki mee siput tu for dinner just made the Mee Sup Bebola Sotong. Our princes suker makan sup-sup nih ..hirup sampai licin..Ok cara pembuatannya seperti dibawah
Bahan Mee - Saya guna mee siput
3 ulas bawang putih - diketuk
beberapa biji bebola sotong
2 biji tauhu pok (tauhu yang kecil-kecil tu)- dibelah 2
1/2 sudu serbuk lada hitam
garam secukup rasa
sayuran dihiris(brokoli, bunga kobis,lobak,baby corn, tomato)
2 gelas stok ayam
Hirisan daun sup dan daun bawang


Caranya
1- Tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan bebola tadi bersama stok ayam.
2-Perasakan dengan garam dan lada hitam
3-Masukkan mee bersama semua sayuran tadi beserta tauhu pok
4-Dalam 5 minit padamkan api dan hidangkan
5-Boleh ditabur dengan daun sup dan daun bawang

Monday, January 4, 2010

Banana Lassi

Ada lagi baki pisang yang papa beli hari tu buat kek pisang dan kali ni buat Lassi pulak.. Lassi ni memang sedap kalo diminum waktu panas dan menyegarkan..Maklumla nak test blender baru sama sebab blender tu ada fungsi untuk blend ice...Jom layan cara buatannya..

Bahan
4 Biji pisang masak - dihiris kasar
100 ml plain yogurt
400 ml fresh milk
2 sudu besar gula
1 keping hirisan lemon untuk hiasan - tak letak pun tak per..
ais sedikit

Caranya

1- Masuk semua bahan dalam pengisar, kisar sampai halus dan tuang dalam gelas untuk menikmati keenakkannya...letak hirisan lemon di atas..boleh juga perah jus lemon tu ..memang sedap..

Sunday, January 3, 2010

Jalan Ke Ikano







Ari ni saje keluar jalan-jalan bawa baby Aisyah pergi Ikano.. dah pergi Ikano tuh singgah gak la kat IKEA tu..ada jela menda yang boleh dibeli..... huhhhu punyala ramai manusia dekat sini..nasib baik hubby terror cari parking... dapat juga parking siap boleh parking free lagi kat sini patula susah nak dapat parking.. itu bergantung pada harga barang yang kita belila baru boleh dapat parking free.. Singgah jugak Harvey Norman kot-kot ada barang yang mampu diangkut balik... tapi rasanya tak mampu la.. nantila dulo..

Choco Blended

Coklat masakan ada lagi suku dalam peti ais tu.. dah nak expired..tanpa membazir boleh gak buat ais blended yang sedap dan enak..Princes Aisyah pun sukeeer minum nih...Memang sedap.. bahan ikut sukatan sendirila ikut berapa ramai yang nak minum..jangan terlalu cair atau terlalu pekat..yang sedang-sedang saja..


Bahan
1/3 Coklat masakan-dikikis/cincang halus
400ml fresh milk
50ml whipping cream
ais batu
sedikit gula jangan terlalu manis

Caranya

1 - Campur semua bahan dalam bekas pengisar, kisar hingga halus dan sebati..
2-Tuang dalam gelas dan sedai untuk diminum..

Saturday, January 2, 2010

Satay




Bila buka peti doremon tuh ada baki daging satay goreng yang belum dimasak.. Iala buat frozen banyak-banyak simpan dalam peti ais..balik keje terus masak jer cepat skit.. tapi pagi nih terlebih rajin cucuk la daging satay dekat lidi dan bakar...dapatla dalam 15 cucuk..sarapan satay tanpa kuah saja ... sedap gak sebab dah perap lama so cukup terasala kesatayannya...satay ni kalo diperap lama lebih sedap..my douter pun suker makan satay macam papa dia..ok resepi satay
Bahan
500 gm daging dihiris memanjang
3 inci lengkuas #
3 batang serai#
5 ulas bawang merah#(mesin halus)
1/2 cawan gula
garam secukup rasa
sedikit serbuk jinta manis
serbuk kunyit secukupnya
lidi secukupnya untuk mencucuk
Caranya
1- Campur semua bahan diatas dan gaul sebati. Perap dalam masa 3 hari.
2- Lepas 3 hari, cucuk daging pada lidi dan sedia untuk dibakar, renjis dengan serai yang direndam bersama minyak..

Friday, January 1, 2010

Kek Pisang Chocolate Chips


Tahun baru hari nih..Happy NEW YEAR..SEMOGA DILIMPAHKAN RAHMAT DAN KESEJAHTERAAN HIDUP DARI YANG ESA PADA UMATNYA.. Hari ni hubby beli pisang sebab teringin nak makan pisang tapi tak taula apa nama pisang tuh sebab jenis besar, makan skit pun kenyang.. so umi ambik beberapa biji untuk dijadikan bahan untuk minum petang.. pisang nih tak la manis sangat jika dibandingkan dengan pisang bunga atau pisang emas ker.. ok la baik untuk kesihatan.. Umi buat kek pisang untuk minum petang..Untuk resepinya

Bahan


4 biji pisang (ambil sajer pisang aper yang ada) - dilenyek
1 1/2 gelas tepung gandum #
1 sudu kecil baking powder#
1 sudu kecil soda bikarbonat# (#diayak bersama)
1 gelas minyak jagung (minyak masak pun boleh)
4 biji telur A saiz
1 sudu kecil esen pisang
30gm chocolate chips
1 gelas gula kastor


Cara

1- Tepung digaul dengan chocolate chip dan letak sebelah
2- Panaskan ketuhar 180 dalam masa 7minit.
3-Satukan (minyak,gula dan telur) pukul sebati
4-Tuangkan esen pisang
5- Masukkan pisang yang dilenyek pas tu kacau sebati
6- Masukkan tepung kacau kemudian masuk dalam pembakar dan bakar dalam suhu 180 dalam 45 minit. Kalau boleh biar semalam dalam peti ais supaya kek lebih moist


SELAMAT DATANG 2010

Semalam Kenangan hari ini perjalanan.. 2009 telah berlalu.. tinggal kenangan dan sejarah. Alhamdulillah semua perkara, kejadian, peristiwa semuanya dapat ditempuhi berkat kesabaran dan penuh usaha dan tawakal pada yang Esa. Syukur limpah dan rahmatNYA. Suka dan duka diharungi jua. Peristiwa lalu..

15/01/09 - 19/01/09 - Balik Sabah
5/03/09 - 08/03/09 - Outstation Langkawi (Best siap jalan-jalan lagi bawa denagn papa dan baby)
12/03/09-15/03/09 - Outstation Penang(Balik kampung skali la tu)
19/03/09- 21/03/09 - Oustation Sarawak (Ni pun papa dan baby ikut sekali)
10/04/09 - Outstation Pahang (Papa ngan baby ikut jugak)
14/04/09 - 15/04/09 - Sabah (Ni papa tak ikut sebab papa kene pergi outstation dekat Terengganu, baby tinggal dengan tok dekat rumah)
1/4/09 - Pindah rumah baru... yeyeye penat cuci rumah...
1/5/09 - Buat kenduri dekat rumah baru
17/8/09-19/8/09 - Team Building (Kesian baby and papa..umi tak sampai hati nak tinggalkan tapi terpaksa kena tinggalkan juga)
8/8/09 - 9/8/09 - Kenduri At.. huhh memang penat
22/08/09 - Awal Ramadan (Baru dapat berpuasa dengan hubby selepas kahwin sebab tahun lepas bulan pose dalam pantang)
18/09/09 - 27/09/09 - Balik beraya di Penang
29/10/09 - Outstation ke JB (Tapi mak ngan bapa semua berkumpul rumah Mak Uda Aisyah)
3/11/09 - Annivesary - Alhamdulillah dah 2 tahun bersama hubby
20/11/09 - Kemalangan dengan hubby(naik motor) masa balik dari kerja dekat dengan UITM Puncak Perdana
7/11/09 - 15/11/09 - Outstation Taiping ( Stay dekat rumah mak di Penang, hubby dekat KL..)