Sunday, October 31, 2010

3th Anniversary

Semalam penat seharian kami sekeluarga pergi berjalan-jalan..sempena menyambut anniversari yang ke-3 tahun ni. Alhamdulillah dah 3 tahun umi dan papa diijab kabulkan..dikurniakan dengan seorang puteri yang sekrang ni semakin petah berkata-kata..segala rezeki Allah kurniakan..sejak kahwin lagi bertambah rezeki.. pernah juga dengar member-member takut nak kawin awal sebab takut tak cukup perbelanjaan rumah nanti..huhh..mengeluh juga saya dengar bila ada orang beranggapan begitu.
Ooo balik cerita semalam, sebenarnya anniversari pada 3/11 ni tapi memandangkan banyak aktiviti-aktiviti dah tersenarai dalam jadual untuk hujung minggu hingga awal tahun depan jadi kami sambut awalla skit. Papa bawa hi-tea dekat Empayar Hotel, dapat request untuk celebrate anniversari. Ok juga makan-makan kat situ tak terlalu sibuk macam hotel lain sebab hotel tu masih baru lagi dalam tahun ni. 4 bintang ooo.

Latte
Yang best nyer air dekat sini boleh request nak cappucino ker, nak latte ke semua ade termasuk dalam pakej hi-tea tu la. So sempena anniversari ni dapatla hadiah dari papa tapi umi tak bagi apa pun dekat papa sebab umi memang tak beli apa-apa lagi pun barang yang nak beli tu tak cukup duit lagi untuk beli..nantila bila dah cukup duit baru umi belikan ya... apa pun terima kasih sayang..
Tak pernah terfikir nak minta papa belikan handphone baru..dah dapat Alhamdulillah..:) Dah siap congfigure semua cuma guna terus jer..
Yang ni bagi Aisyah..Umi guna handphone ni sejak masa belajar dulu..hingga kini

Tapi nak shopping dekat Empayar tu rasanya cam bosan skitla..jadi papa ajak umi pergi Mid Valley itula tempat yang paling happening. Dah lama tak ke sana sejak pindah rumah. Buat julung kalinya kami sampai rumah lepas shopping kol 11.45 malam. Sempat pergi masuk toys 'r' us beli mainan si puteri sambil melayan dia main kat situ..

Bihun Soto Mambo

Entah kenapa sejak-sejak ni asyik nak makan jenis mee-mee jer, laksa, mee kuning, bihun...laksa kena tunggu balik kampung mak buatkan sebab saya takkan buat laksa disebabkan my hubby memang tak makan laksa. Hari tu beli kat kedai ermmm tak sedap pun dengan kuahnya yang ceroi..Tapi teringin nak makan bihun soto sebab hari tu makan masa jamuan dekat ofis rasa cam tak puas jer yerla sebab terlalu banyak makanan jadi yang soto ni letak tepi takla consentrate makan sangat..lepas pada tu baru teringin sangat nak makan...jadi hari ni buatla Bihun Soto Mambo ituew..ikut selera sendirila..lagipun ada rempah soto instat beli kat Melaka hari tu kira sedap juga pakai rempah tu dengan adunan bahan yang lain..Nak tau kenapa namanya Bihun Soto Mambo?sebab umi letak macam-macam tak seperti yang diletak dalam soto, ok nak tahu apa yang diletak layan ya...


Bahan:
1- 1 paket rempah soto segera(yang dibeli di Melaka tu/kalau ada yang lain pun boleh)
2- 1/2 ekor ayam di potong
3- 3 ulas bawang merah*
4-1 biji bawang besar*
5-1/2 inci halia* dimesin
6- Bawang goreng
7-Daun sup dan daun bawang dihiris
8-Garam secukup rasa
9-4 gelas air kosong


rempah soto
Cara untuk buat kuah soto:

1- Panaskan air
2- Masukkan semua ayam masak hingga empuk
3-Setelah masak, asingkan semua isi ayam dalam bekas berasingan
4-Masukkan bahan mesin, rempah soto masak hingga mendidih
5-Perasakan dengan garam. Padam api dan tabur daun sup serta daun bawang tadi.

Bahan untuk ayam :
1- Ayam yang direbus tadi
2- Sos tiram

Caranya:
1=- Gaul semua ayam dengan sos tiram dan goreng.
2-Biar sejuk dan potong

Bahan untuk begedil:
1- 4 biji kentang direbus hingga empuk
2-1 sudu lada hitam
3-1/2 sudu kecil jintan manis ditumbuk(optional)
4-hirisan daun sup dan daun bawang
5-garam secukup rasa
6-Daging cincang(saya guna yang ramli punya)
7-Telur

begedil
Caranya:
1- Lenyek ubi tadi
2- Campur semua bahan diatas dalam ubi kecuali telur
3-Kepal-kepalkan, celup dalam telur dan goreng dengan minyak terendam dan ketepikan

Bahan sambal kicap:
1- cili padi
2-bawang putih
3-kicap pekat
4-gula dan garam
5-perahan air limau nipis

Cara:
1-Campur semua dan mesin, ketepikan.

Bahan hiasan

1- Bihun yang dicelur dengan air panas hingga lembut dan toskan
2-Hirisan daun sup dan daun bawang
3-Fish Ball yang telah digoreng dan dihiris
4-telur rebus
5-Bawang goreng
6-Ayam yang telah digoreng tadi
7-Begedil

Cara hiasan:
1- Letak bihun kedalam mangkuk
2-Tuang kuah soto dan letak semua bahan hiasan tadi.

########huhhh memang sedap...dimakan masa panas-panas


Tuesday, October 26, 2010

Bikers Girl Posing

Si Puteri ikut papanya pergi survey barang dekat kedai motor dekat Saujana tu. Ada la pulak motor-motor kecik tu..tak tau la sapa yang nak beli motor tu.. kalu beli pun buat lenguh lutut jer nak pandu..terutama orang yang rendah.. Apa lagi papa dia yang sibuk letak dia atas motor tuh...nak posingkan puteri hatinya.. Haaaa...kereta ni untuk bawak pergi sawah kot..tapi kawasan kami mana ada sawah..mungki pengerusi pendudk boleh guna kereta ni untuk lawat anak buah tamannya..

ni pulak bikers untu muda remaja sesuai la naik nih..

Ha... ni bagi dewasa yang hampir-hampir 40an..tapi to my doter mungkin umi takkan beli kot kenderaan sebegi ni membazir jer..

Sunday, October 24, 2010

Pulut Inti

Punyala semalaman dok fikir nak sarapan apa pagi ni.. perlu masa yang singkat untuk disiapkan dan perlu guna bahan yang sedia ada di rumah.... then abih berkerut kepala ni, baru teringat ada pulut.....ada kelapa parut.. gula merah pun ada dan santan pun ada...hmmmm maka terciptala pulut inti.Bukan apa disebabkan papa akan pergi ke workshop di Shah Alam untuk major service car awal lebih kurang jam 9.00 pagi papa akan pergi, dan akan mengambil masa yang lama lebih kurang dalam 4 jam untuk major service complete, jadi sebagai isteri mithali tak nakla suami ku kelaparan dekat bengkel tu sementara tunggu kereta siap.. memang dah tahu suami ku ni takkan makan di luar kalau dia tahu isteri dia ada kat rumah.. cam mana lapar sekali pun perut dia tuh.. Jadi pagi tadi sediakan pulut inti dengan kopi susu...Ni juga antara makanan kegemaran umi masa kecik dolu..teringat dulu masa lebih kurang tadika cam tu selalu beli pulut inti yang dibalut dengan daun pisang dengan sorang nenek tu rm0.20 je..pastu nenek tu akan pergi mengaji quran sama-sama dengan umi dekat rumah tok cik..tapi dua-dua ni dah arwah..moga Allah merahmati roh mereka..layan la resepi tuh yer..

Bahan:
1- Pulut
2-santan
3-secubit garam
4-1 helai daun pandan
5-air untuk mengukus
6-1 keping asam keping

Caranya

1-Rendam pulut semalaman dengan sekeping asam keping(tujuan asam keping supaya pulut yang dimasak akan kelihatan berkilat)
2-Keesokkan masak air hingga mendidih dalam pengukus, kemudian masukkan pulut, santan dan garam gaul sebati.
3-Kukus hingga masak dan ketepikan


Bahan inti
1-Kelapa parut
2-Gula melaka/gula merah
3-secubit garam
4-1 helai daun pandan


Cara:

1-Masukkan semua bahan dalam kuali dan masak ningga kering.
2- Hidang inti bersama pulut tadi.


******resepi ikut anggaran sendiri.

Thursday, October 21, 2010

Bila Isteri 'Mengamuk'

###Petikan dalam majalah Solusi

Kekadang isteri mengamuk
Dengan ombak prasangka dan lautan cemburu
Apa bukti setiamu suami?
Atau apakah kau sedang berkira-kira
hendak 'mendua','mentiga' dan mengempatkan'ku?

Kekadang disergahnya suami
Ketika keringat masih membasah
Baru melangkah masuk pintu rumah

Ketika itu musibahlah diri
Mungkin suami berdosa dengan Tuhan,
atau bersalah dengan insan
Mungkin banyak penzaliman dan penganiayaan
yang telah dilakukan
Lalu datang 'serangan' itu sebagai peringatan

Suami,
Hadapkanlah diri ke cermin hati
Kaji dirimu satu persatu
Kalau liar, berhentilah
Kalau berdosa, bertaubatlah.

Jangan berkira-kira hendak 'berdua'
kalau yang satu itu pun tak termampu dijaga
Jangan kemampuan harta dan fizikal sahaja
diperhitungkan
Tetapi mampukah meratakan keadilan
memimpin penuh kasih sayang?

Sebaliknya jika ternyata isteri melulu
Nasihatkanlah dia baik-baik
Ingatlah mestika kata dalam kitab-kitab tua
Suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala nabi Ayub.

Atau ingatlah pesan Umar al-khattab
ketika didatangi seorang suami
yang dileteri isterinya:
'Bersabarlah,kerana sesungguhnya isteri
telah banyak membantu kita
Dia yang menyelamatkan kita
daripada amukan nafsu
Dia yang membantu menjaga anak-anak kita
Dia yang membantu menjaga makan-minum kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
Dia yang membantu mencuci kain baju kita
Lalu apa salahnya kita bersabar dengan kerenah mereka?'

Taburkanlah segengam salji
pada secubit api
Insya-Allah,
Cinta itu akan semarak kembali!

Udang Celup Tepung

Udang celup tepung ni memang digemari oleh last brother, pak su Aisyah. Memang sedap. Buat ni pun sebab Pak Su Aisyah datang kat rumah. Kalo makan kat luar udang celup tepung ni mahal tau 5 ekor dah rm9.00, baik buat sendiri puas hati makan. Resepi seperti dibawah yer:

Bahan:

1- Udang saiz sederhana dibuang kepala dan kulit tinggal ekor
2-serbuk penaik
3-sedikit jintan manis dimesin
4-secubit garam
5-air
6-Minyak untuk menggoreng terendam


Caraya:

1-Masuk semua bahan kecuali udang dan ketepikan
2- Udang dilap dengan kitchen towel lepas tu bahagian kepala di celup dalam tepung, terus goreng hingga kekuningan
4- Angkat dan hidang dengan sos kegemaran anda.

Wednesday, October 20, 2010

Bercerai Susu

Bermula 11/10/2010 saya dalam usaha untuk bercerai susu dengan puteri saya Aisyah Nur. Hari ni dah hari yang ke 7 Aisyah tak menyusu badan.Terjumpa dalam satu blog menggunakan asam jawa dan nescaffe dan diletakkan diputing susu. Bukan apa sekarang puteriku dah 2 tahun 2bulan. Lagipun kebanyakkan orang cakap mungkin disebabkan saya menyusu sebab itu susah sedikit untuk mengandung.Jadi untuk itu hendaklah berhenti menyusu badan. Betul rezekitu dari Allah tapi kita tetap kena usaha. Lagipun Aisyah dah pandai bermain dan dia perlukan teman sepermainan.
Masa malam pertama bila saya buat macam tu, macam biasa nak tido dia mau 'susu' then, bila buka jer dah dia cakap 'umi pain ker' sebab dia nampak macam pelik skitkan..terus dia tak nak, ok la selamat. Hubby cakap kalau plan ni failed, jadi kenala cuba cara lain pulak.Tapi sebelum tido saya dah berikan susu botol secukupnya supaya dia rasa kenyang. Lepas tu malam kedua buat lagi, masa nak tido dia minta susu then saya cakap 'umi still pain' then dia faham dan dia pun terus tido. Tapi di awal pagi dia terjaga menangis nak susu, bila dia cuba hisap rasa lain lagi dia nangis. Saya terpaksa buat tak tau jer cuma mengurut-ngurut kepalanya sahaja. Dalam hati ni Allah saja yang tahu, betapa sedihnya bila tengok anak menangis macam tu. Lepas tu malam malam ketiga nak tido dia nangis lagi nak 'nen' tu, terpaksala saya dan hubby pujuk lagi. Nasib baik makan saman anakku ini. Tapi malam seterunya malas nak letak nescaffe dan asam jawa, saya sapu minyak yuyi jer senang skit bila dia bau dia dah tak nak. Kira okla sambil tu pujukla juga cakap 'umi pain' dia faham. Cuma sebelum tido dia akan tekap muka dia 'disitu' sampai dia terlena. Masa dia buat cam gitu terasa betapa penuhnya kasih sayang terutama anak yang diberi susu badan sebab dia akan sentiasa dalam pelukkan uminya terutama saat menyusu. Rindu rasanya nak meyusu lagi tapi tunggu la untuk yang second baby pulak jika Allah izinkan. Tapi diingatkan kalau nak bercerai susu biarla dimulakan pada umur bayi dalam lingkungan 2 tahun sebab pada masa ini anak masih belum tahu sangat rasa apa-apa jadi bila dia tengok macam kotor skit ker dia dah tahu geli, tak tahula puteriku ini memang tak boleh tengok kotor skit dia macam tak suka sama jugak kalau kat rumah ada sampah ker dia akan sapu atau kutip buang kertas-kertas yang bertaburan. Cara laian kalau nak letak sos ker, letak kicap ker letakla cuma cakap jer 'umi sakit' dia dah faham. Janganla terus tak bagi tanpa bagitau sebarang sebab dekat anak. Tapi kalau bercerai susu umur anak 3 tahun ker memang dia dah tahu segala rasa letak jer apa pun silap-silap dia ambik kain dan lap pulak..terus dia hisap.. hahah failed. Usaha ini saya masih teruskan lagi hingga puteriku lupa tentang 'nen' tu.

Sunday, October 17, 2010

Makan-makan lagi.....and Basikal

Malam tadi pula ada makan-makan untuk semua rumah di lorong rumah kami la. Kiranya buat collection la untuk buat jamuan tu. Ada bbq satay, ayam, sotong, ikan dan ketam. Tapi kami hanay ambik ikan, ayam dan satay jer sebab terlalu banyak sangat makan. Ada char keow teow, kek, nasi, kuih muih dan buah-buahan. makan pulak ala santai. Kami semua makan duduk atas tikar dekat tepi jalan tu, makan beramai-ramai. Macam mana pun tetap rasa best sebab ala-ala santai dan lepak bersama jiran-jiran cerita pasal anak-anak, pasal nurserila, pasal masa depan anak-anak la..saling tukar pendapat...
Pada masanya sama our princes pulak dok sibuk naik basikal anak jiran tu.ya Allah tak sampai hati tengok dia naik basikal budak tu sampai tak nak turun dari basikal tu. Nasib baikla budak tu pun baik siap melayan puteri kami lagi.
Lepas habis jamuan tu balik rumah terus umi cakap kat papa 'esok kita pi belila basikal kat Aisyah' tak sampai hati ooo..tu la bangun pagi buat sarapan nasi lemak kukus dengan teh tarik.

Lepas masak dan sarapan terus jer pi Giant Shah Alam beli basikal. Ya Allah tengok muka dia masa naik basikal tuh.. huhh 'wahai anakku, umi dan papa sangat menyayangi kamu' tak tido petang si puteri ni dok asyik naik basikal dia, papa la tukang layan tolak basikal tu :)
Ni la wajahnya tu gaya 'best' yang selalu Aisyah suka buat

Saturday, October 16, 2010

Almon Pandan Nestum Muffin

Sempat jugala buat muffin bagi dekat adik bawak bekal, jadi perjalanan balik dia bolehla makan dengan kawan-kawannya. Tapi sebenarnya nak cuba pakai mould muffin yang baru beli tu. Dah lama tengok resepi Pandan Muffin Kelapa dekat blog CMG,En Mat minta permission yer tapi saya dah ubah sedikit tak ikut resepi asal guna bahan yang sedia ada, tapi rasanya huhh..mantap dengan aroma pandan dan nestum. Bahannya seperti dibawah ya.


Bahan:

125 gm mentega
2 biji telur gred A
80gm gula kastor
150gm tepung kek(self-raising flour)
30gm nestum
1/4 cawan susu segar
1 sudu teh paste pandan
1 sudu teh esen vanila
Sedikit almon keping yang dicincang untuk ditabur

Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, alas acuan muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Satukan tepung berserbuk penaik dengan nestum.Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga putih. Masukkan esen vanila kacau rata. Lepas tu masukkan pandan paste dan kacau rata.
  3. Perlahankan speed dan masuk tepung berselang seli dengan susu hingga selesai. Kacau rata. Sudukan 3/4 penuh ke dalam muffin cup tadi dan tabur sedikit badam tadi atasnya. Bakar 25 - 30 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan.
####hasilkan dalam 28 biji bagi standard 24 piece tray muffin.



Ni la rupa mould yang baru beli tu. Hubby yang belikan.

Kerang Masak Lemak Kering

Salam Sabtu untuk semua. Hari ni second last brother nak datang rumah dengan kawannya. Kalau nak ikutkan memang tak nak masak sebab tengahari ni ada jamuan depan rumah lepas tu lepas magrib pulak ada jamuan dekat hujung dekat rumah, tapi dah adik nak datang so masak la juga. Kiranya masak jer apa yang ada daalm peti ais tu. Kebetulan masih ada kerang yang telah di frozenkan hari tu so apa lagi korbankan lah.Ini pertama kali masak Kerang Masak Lemak Kering.Masak lemak ni tak berkuah sangat, entahla rasa cam tak sesuai kalau kerang ni dimasak berkuah banjir Resepi seprti dibawah ye.Bahan:

1- 300 gm kerang yang telah direbus
2- 6 biji cili padi*
3-1/2 inci lengkuas*
4-1/2 inci halia*
5-4 ulas bawang merah*
6-3 ulas bawang putih
7-1 batang serai dihiris* (dimesin halus)
8- 3 sudu besar santan pekat
9-1 gelas air
10- 2 keping asam keping
12- 1 sudu besar minya
13- Garam secukup rasa

Cara:
1- Panaskan minyak dan tumis semua bahan mesin
2- Hingga naik bau masukkan asam keping dan juga kerang.
3-Tambahkan air dan santan serta perasakan dengan garam.
4-Reneh sehingga agak kering dan padamkan api.

##sedap dimakan dengan nasi panas.

Saturday, October 9, 2010

Open House Mastana

9/10/10 Open House Mastana hari ni. Semua penduduk di sini sama-sama bergotong royong untuk menyediakan Majlis Open house yang diadakan pada malam ini. Dikesempatan ini juga kami semua mengambil kesempatan untuk mengenali lebih dekat antara satu sama lain.Ini majlis sambutan pertama dibuat di Taman rumah kami setelah hampir 90 peratus dah mberpindah masuk kerumah masing-masing. Umi ngan papa dan Aisyah turut joint sama dari pagi hinggala ke tengah malam untuk berkemas.
Tidak lupa si puteriku turut berjumpa dengan kawan-kawan se ofisnya . ha apalagi macam-macam aktiviti depa buat penat jugak nak melayan depa nih.. Tapi best... Jam 11.45 baru habis berkemas dan masing-masing balik ke rumah sendiri. Dah balik bersih badan puteriku, lepas tu dia tido tak sedar diri sampai jam 10.00 pagi.. Gambar sebelum majlis dan selepas majlis dah ambik tapi corrupted pulak. Haa ni video yang sempat papa rakam.

Sunday, October 3, 2010

Keow Teow Kerang dan Strawberry Smootie

Menu malam ni hanya goreng Keow Teow Kerang. Tengahari tak masak sebab dah kenyang makan cucur udang masa sarapan pagi tadi. Lagi pun nak rehatkan perut sebab terlalu banyak makan semalam. Lagi satu sempat buat Strawbery Smoties sebab lepas geram order strawberry blended dekat Pak Li Kopitiam tuh rasanya sekadar letak perasa strawberry saja. Resepi Keow Teow Kerang seperti dibawah ya. Untuk resepi Strawberry Smoties klik kat sini ya.
Keow Teow Kerang

Strawberry Smootie

Bahan
1- 1 Pek Keow Teow
2- 10 ekor udang
3- 100 kerang direbus dan ambil isi
4- 30gm taugeh
5-30gm kucai
6-1 ulas bawang merah dihiris
7-1 ulas bawang putih diketuk
8-1 sudu cili kisar
9-1 sudu kicap cair
10- 2 sudu besar sos ikan
11- garam secukup rasa
12- 3 sudu besar minyak
13- 2 biji telur
14- 1/2 gelas air

Caranya:
1- Panaskan minyak dan tumis bawang
2- Masukkan cili, kicap dan garam gaul sebati.Masukkan pula air
3- Tuangkan sos ikan lepas tu masukkan keow teow udang dan kerang gaul sebati.
4- masukkan kucai dan taugeh diikuti dengan telur kacau dan padamkan api. Jangan terlalu kering keow teow tersebut.

##sedap dimakan dengan cili jeruk

Cara buat cili jeruk

1- Hirisan cili merah atau cili hijau
2- gula
3- cuka

Cara:
1- Masukkan semua bahan dan simpan dalam bekas tertutup simpan semalaman. Boleh disimpan lama dalm peti ais.

Kuah Kacang Daging

Pagi ni hanya sediakan cucur udang sahaja. Insyaallah kenyang sampai tengahari. Mana tak nya makan tak berhenti mulut semalam start open house dari pagi sampai malam macam nak pecah perut. Kuah kacang ni di frozenkan jadi senangla nak makan dengan cucur udang just panaskan saja dan buat cucur udang. Tapi terlebih rajin umi goreng dengan fish kek, tauhu goreng dan juga dihias dengan sengkuang dan timun.Kuah kacang ni juga untuk nasi impit lemang atau dicicah dengan satay.Ok layan resepi ya.

Kuah Kacang

1- Kacang yang digoreng dan ditumbuk agak kasar jangan terlalu halus sangat.
2- cili kering #
3-Lengkuas#
4-Bawang Merah #
5-Bawang Putih#
6-Belacan bakar # dimesin
7-Serai **ditumbuk
8-Air gula merah
9-Gula
10-Garam
11- Air asam jawa
12-Daging dihiris halus
13-Minyak untuk menumis

Caranya:

1- Panaskan minyak dan masukkan serai tumis hingga naik bau.
2-Lepas tu masukkan semua bahan mesin masak hingga pecah minyak atau terbit minyak. Kemudian baru dimasukkan daging. Masak daging hingga lembut.
3-Perasakan dengan garam, gula, air gula merah, air asam jawa secukup rasa.
4- Akhir sekali baru masukkan kacang yang ditumbuk tadi. Gaul hingga sebati dan biar kuah memekat sedikit. Jika terlalu pekat boleh ditambah sedikit air. Padamkan api.

Tumis darat.
1- Bawang merah dihiris
2-Minyak untuk menggoreng

1-Panaskan minya dan goreng bawang tersebut hingga garing.
2- Tuang semua bawang dan minyak ke dalam kuahperiuk kuah kacang tadi dan tutup penudung periuk.

Untuk Cucur udang
1- udang
2- sedikit tepung gandum
3- Sedikit tepung beras
4-Garam dan serbuk kunyit
5-taugeh
6-sayur kucai
8- Bawang besar dihiris
9- Air
10- Minyak untuk menggoreng

Bahan tambahan
1- Tauhu digoreng
2- Fish cake digoreng
3-Ubi kentang rebus dahulu baru goreng
4-Fish ball digoreng

semua bahan dipotong sebelum di hidangkan


Caranya
1- Campur semua bahan di atas dalam satu bekas kecuali udang dan gaul hingga sebati.
2- Sendukkan dengan sudu dan masukkan dalam kuali untuk digoreng, lepas tu letak udang diatas adunan tersebut. Goreng hingga agak garing, angkat dan toskan.

********Resepi di atas perlu dibuat anggaran sendiri ya. Saya ni main masuk jer ikut kesesuaian.

Saturday, October 2, 2010

Minum-minum Jer

Tadi ada tetamu dari Sabah bertemu sebentar dengan saya dan hubby. Disebabkan Abang Rahman stay dekat hotel dekat Shah Alam jadi kami bawa Abang Rahman makan di Pak Li Kopitiam seksen 7. Sebab pernah dengar ofis mate kata dekat situ sedap. Tapi tak taula sedap ker tak sebab umi hanya order chocolate blended dan papa order strawberry blended dan abang Rahman order Nasi Ayam Lemon, tak sempat nak tanya sedap ker tak nasi ayam tuh. Price dia ok la tak terlalu mahal. Kami tak order makanan sebab perut terlalu kenyang sebab pergi open house tadi makan segala jenis makanan nasi beriani, satay, mee kari, soto dan macam-macam lagi la.Enviroment kat situ ok tapi menu dia nampak simple taste tak pasti la ok ker tak.Malam ni ada dua lagi open house kena pergi. Lepas balik dari situ ajak hubby singgah Ariani. Sempat jugakla capai dua helai tudung. Mana tak nya cadangnya nak beli satu jer pas tu aku cakap aku tak pernah beli tudung Ariani aku biasa beli tudung munawarah terus bos dia dengar dia suruh aku ambik lagi satu tudung yang aku nak dan dia bagi good price setengah dari harga tudung tuh.. apa lagi ambik jerla..
Pak Li Kopitiam seksyen 7
Abang Rahman dari Sabah

Strawberry Blended dan mix fruit
Chocolate Blended