Tuesday, September 28, 2010

Menu Open House 2010

Secara tak sengaja maka terjadilah open house pada tahun ini. Dibuat pada 26/10/10. Sebenarnya disebabkan kawan papa nak datang rumah. Disebabkan 25/10 ada banyak jemputan open house dari pagi hingga ke petang disekitar rumah jiran-jiran maka kami dengan ringan mulutnya menjemput sekali tuan rumah open house yang kami pergi untuk daatng ke rumah. Huhh dengan kelam kabutnya menambah menu supaya makanan mencukupi. Nasib baik dah beli periuk besar senang skit nak masak. Malam tu siap buat persiapan untuk masak keesokkan hari. Iala kita tak guna khidmat katering so kenala siap awal. Dengan bantuan hubby dapatla disiapkan semua menu yang tersenarai di kotak fikiran. Bukan senang kita nak menjamu selera untuk orang makan. Makanan biarlah yang mencukupi dan hidangan yang membuka selera orang. Makanan pulak janganlah teralu membazir. Alhamdulillah semua yang dihidangkan sold out dan ada yang kena masak lagi siap ada tetamu yang minta nak bawa balik lagi..heheheh.. resepiku main campak jer sebenarnya.. depa nak bawa balik ok la aku bagila bawa balik..Puas hati jika kita hidangkan, tetamu makan hingga habis..dan nasib baik semua tetamu yang hadir jenis yang kaki makan.. baik yang kecik mahupun yang besar..okla kalu cam tuh InsyaAllah tahun depan boleh buat lagi.. Terima Kasih pada semua yang sudi hadir.Maaf la jika ada menu yang korang tak sempat makan dah habis..Ni antara menu yang disediakan:
Mee Rebus dan Spagetti

Aksesori untuk mee rebus


Kuah kacang dan kuah spagetti
Pulut Kuning dan Rendang Ayam

Mini Fruit Tart. Memandangkan tahun ini kuih raya tak ada jadi ni la pengganti kuih raya untuk tetamu datang

Ni semua menu yang terhidang. Pulut kuning, nasi impit, rendang ayam,kuah kacang, mee rebus, spageti, muffin, cup cake dan mini fruit tart serta air oren sunkist.

Ni assorted Muffin ada rasa vanila, chocolate dan juga pandan

ni pulak assorted cup cake. Ini aku main hias jer sebab nak cepat.

Ni antara tetamu yang hadir.Kawan-kawan ofis lama hubby dan juga jiran tetangga.

Friday, September 24, 2010

Menu apa ya???

Menu apa ya untuk open house yang selalu orang buat? hahah ni bukan nak buat open house tapi sebab tetamu nak datang rumah dibulan syawal nih so tak kan nak sediakan makanan cam biasa mesti nak ada ketupat rendangkan dan ada dua tiga jenis makanankan.... huhh..lagi pun masa balik beraya di Sabah hari tuh tak ada ketupat dan kuah kacang..rasa cam kurang skitla.. sebenarnya kawan-kawan hubby nak datang rumah hujung minggu nih tapi kepala nih masih dok pening dok fikir nak masak apa..last minit punya hal la nih..sebab yang nak datang tu geng kawan kerja lama dan kawan belajar dolu.. so saya cakap biarla depa datang hujung minggu nih senang sekali siap untuk semua tak yah la dok masak meriah-meriah setiap minggu..lagi pun kami setiap minggu ada jer aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan.. ya la aku nikan jenis yang suka masak sendiri.. kuih raya semuanya tak ada, tak kan nak gagah buat kuih raya lagi kot..masalah lagi satu pulak nak kene pergi mencari periuk yang besarla untuk masak meriah-meriah nih..sebab selalu pinjam kat umah mak tak terfikir nak pinjam lagi, tapi tak per la beli jer la tak rugi pun..sebenarnya banyak menu yang terfikir dalam kotak kepala nih.. tapi..huhhh..tengokla hujung minggu ni menu apa yang sempat dihasilkan..

Monday, September 20, 2010

Cerita Raya 2010

Persiapan tahun ni untuk raya disediakan awal terutama bab pakaian memang dah beli awal lagi sejak bulan Jun hari tu, memang sikap ku yang sentiasa prepare awal, tak suka la kelam kabut terutamanya nak membeli pada bulan puasa huhh sure penuh shopping complex dan parking pun full. Iala lagi pun tahun nih Alhamdulillah banyak tempahan kuih muih yang diterima jadi memang tak boleh keluar rumahla setiap hujung minggu asyik dok pulun buat kuih tu.Dengan harapan boleh siap sebelum balik kampung rupanya ada juga tempahan yang diterima dihujung-hujung garisan, nak tolak kesian la pulak...tapi apapun terima kasih pada semua pelanggan yang sudi membuat tempahan dengan saya. Kuih raya untuk di rumah..ooopss sooorry semuanya sold out tak sempat nak buat pun..rasanya kalu ada tamu yang nak datang tu akan difikir menu apa yang perlu dibuat untuk menggantikan kuih raya..


Kuih raya tahun ni yang dibuat :

Tart Gulung Nenas




Salju Samperit Pandan
Permata Gemilang NestumItalic

Ni sebahagian order yang sempat di snap
Untuk berbuka puasa pula tahun ni memang tak ada jemputan buka puasa dimana-mana dan tak pun berbuka dihotel sepeti tahun-tahun lepas yang menjadi agenda di bulan puasa,masak sendirila... Alhamdulillah segala masa yang ada selepas berbuka kami 3 beranak sempat pergi ke masjid untuk solat terawih berjemaah. Tapi merasa berbuka di atas awan (dalam flight balik kampung) sedap gak makan Beriani Ayam (Air Asia).Sempat juga berpuasa dengan famili di Penang dan juga famili di Sabah, kira farela kan..

Uit... tahun ni kami balik raya naik belon... ooo raya di kampung papa buat julung kalinya.Semua saudara mara semua berkumpul di kampung hubby so ramaila.Puteri kami tak tau nak katala...dilayan bagaikan puteri,segalanya disediakan dan dijaga oleh uncle dan auntynya.

papa and umi...where Aisyah..???


Umi and douther



sebahagian famili hubby

Dengan adik ipar

Puteriku yang sudah di make up oleh auntynya


ni antara pengikut puteriku

Dari kampung ke kampung dari bandar ke bandar dan dari Tawau, Semporna, Kudat semua dijelajahi..Huhh memang penat dari pagi, tengahari sampai ke malam beraya sakan..masanila dapat kenal betul dengan saudara hubby.Start balik ke Sabah pada 7/9/2010 hingga 15/9/2010. Segala menu masakan, masakan dari masakan Jawa, Bajau, Bugis, Melayu dan sebagainya dapat kami rasa..tapi sedihnya aku tak dapat makan ketupat pulut dan kuah kacang daging yang biasa dibuat dan juga rendang. Dekat sini dihidangkan BURAS(sejenis ketupat yang dibuat dari nasi dan dibalut dengan daun pisang). Nasib baik mak mertua request suruh buat nasi beriani..huhhh apa lagi ada la jugak menu kesukaan di pagi raya..Tapi... sedih tak dapat raya dengan keluarga sendiri..'mom..dad..dari jauh anakmu pohon maaf ya'. Dikampung puteriku dapat berkenalan denagn lebih rapat lagi dengan cat, duck, chicken, cock, cow.. sebab kalau di kampungnya di Penang tak ada semua tu..


sohun goreng pedas bersama hati-menu jawa


tapai pulut hitam

tapai pulut


ni pulak bakso MIL yang buat. Mil memang terer buat bakso ni..



Lepas saja balik dari Sabah, pada 16/9/2010.. terus balik Penang pulak..mana taknya si adik-adik ni dok menyanyi bila nak balik, bila nak balik..untuk tidak menghampakan harapan mereka kami pun balik la jugak..lawat Tok, lawat Mak Chak dah balik umah sebab keesokkannya dah nak balik KL semula. Lepas tu pulak 19/9/2010 kiranya beraya di Melaka sebab hantar my youngest brother balik kolej dia.. nak jugak kakak dia yang hantarkan..huhhh memang penat raya tahun nih..


Hari Isnin 20/9/2010 dah mula keje.. mood tu memang tak aderla nak keje sebab masih berangan lagik..























Saturday, September 4, 2010

Char Keow Teow

Balik kampung nak buka pose dengan famili sempena cuti nuzul quran, nasib baik hubby pun keje di Selangor so dapatla cuti. Nampak gayanya mungkin bukak pose dekat higwayla jawabnya sebab lepas keje terus balik... untuk mengatasi masalah kesesakan di higway nanti disebabkan mesti ramai orang yang mengambil peluang ini untuk bercuti so, masa balik kerja kami beli dulu nasi beriani untuk buka pose nanti tak kisahla terberhenti dekat mana pun janji ada makan.Memang sahlah masa berhenti buka pose tu ramai orang kat higway. Tapi tak per kami sempat makan sampai kenyang dan habis nasi beriani tu tambahan pulak si Puteri sedang beradu dalam kereta... Tapi apa yang nak bagi tau ni sampai jer Penang terus hubby ajak pergi pekena char keow teow kat Permatang Pauh. Biasanya kalo dekat Seberang Perai ni ada dua kedai char keow teow yang terkenalla, satu lagi dekat Sungai Dua. Yang bestnya dekat Permatang Pauh ni ada juga satay..dan dekat Sungai Dua tu ada nasi goreng udang..Tapi memang sentiasa penuhla kedua-dua kedai nih..

ni bahagian masak

Tengok tu orang ramai, itupun masa bulan puasa kalau bulan tak puasa lagila ramai orang

Menu yang disediakan

Ha ni Char Keow Teow Special tapi pinggan kecil la pulak..kena tambah lagi satu pinggan

ni pulak pembuka selera, kalu makan char keow teow kat KL jarang depa sediakan cili jeruk nih

ni satay huhh sedap gak satay nih