Thursday, December 31, 2009

Mee Siput Hailam


Makan malam malam nih ringkas jer masak aper yang ada dalam peti doremon tu (peti ais).. Masih ada bekalan stok mee siput Muar tapi beli dekat Air Itam, Johor yang belum dibuka, harga sepeket rm 5.00 jer entah aper rasanya tak pernah cuba pun.. tapi malam nih cuba gak la masak.. Masak hailam... ringkas jer..rupanya bila dah siap masak memang sedap buat mee hailam guna mee siput nih...rasa cam makan yee mee pulak..ok layan resepi yer.
Inila rupanya mee siput tu. Sedap rasanya.. Dalam sepeket nih ada 20 keping. Tapi untuk hidangan malam nih umi dan hubby jer makan so masak 6 keping dah cukup sorang 3 keping..


Bahan
6 keping mee siput
10 ekor udang saiz L
2 ekor sotong dihiris
3 ulas bawang putih diketuk
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
kicap pekat ikut kehitaman
1/2 sudu serbuk lada hitam
4 cawan air
Hirisan sayuran(lobak merah,sawi,baby corn,kobis)
garam secukup rasa

Cara
1-Tumis bawang putih dalam minyak sedikit dan hingga naik bau
2- Masukkan udang dan sotong goreng sekali tambah air dan masukkan semua bahan sos tadi termasuk kicap dan lada hitam.
3- Agak semua dah sebati perasakan dengan garam dan letak mee dalam kuah tersebut(mee ni agak lambat skit nak kembang tetapi masak jangan terlalu kembang nanti tak sedap)
4-Akhir sekali masukkan semua sayuran tadi dan dihidangkan..selamat mencuba.

Wednesday, December 30, 2009

Blender Baru




Selalunya orang guna blender bertahun-tahun boleh tahan.. tapi entah kenapa blender nih tak sampai 2 tahun dah berasap masa blend.. apa maksudnya? maksudnya kene beli blender baru jika guna juga nanti terbakar sapa yang susah.. so dengan penuh kasih sayang hubby belikan yang baru.. tak rugi pun beli benda-benda ni untuk digunakan selalu..memang best guna blender PHILIPS nih.. tapi yerla kalo selalu guna mesti naik bil letrik rumah aku.. Beli dekat kedai gajah tu..COURTS.. Apa yang bestnyer blender ni ada speed untuk mesin ice so bolehla buat ice blended selalu. Mesin buah pun ok tak payah nak tapis..kira bestla blender ni..thanks papa.

Monday, December 28, 2009

Aktiviti Princes Aisyah

Papa dan umi cuti 3 hari.. .. melayan puterihati..memang best dok dekat rumah.Pada umi tak perlu habiskan masa dan wang ringgit semata-mata nak tenangkan fikiran kat hotel-hotel luar tu..dok kat rumah lagi best..lagi tenang..Syukur pada Allah mahligai yang umi dan papa bina sungguh tenang dan selesa. Rezeki yang dilimpahkan berkat kelahiran puterihati kami. Itula orang tua-tua kata setiap anak yang lahir pasti ada rezekinya. Harus diingat juga itu semua adalah ujian dari Allah.
hmm ni adalah kereta kesayangan puterihati kami dengan bearnya

Masa zaman umi tak merasa pun minum Solilite nihh.. Ini buka jer peti ais dah boleh ambil sendiri Solivite nih..



Rekriasi petang mandi dalam kolam..



Bukan senang nak keluarkan Bb dari kolan nih..kene guna kemahiran yang tinggi supaya Bb dapat keluar dari kolam..kalau tak... banjir


Ni posing anakku yang dah pandai menekan-nekan punat di tv tuh

oops posing dolu..
Haa..ni makanan baru Bb makan mini Cornetto.. Habis comot..




























Sunday, December 27, 2009

Blueberry Muffin


Hari ni nak buatkan Blueberry Muffin order by nursery.. Nak hantar dekat nursery my little princes ni.. Buat cukup-cukup jer..kesian kat papa makan skit jer..Sedap muffin nih.. tak muak sangat bila makan sebab rasanya masam-masam manis tu..

Saturday, December 26, 2009

Asian Makaroni Goreng

Hari ni banyak kenduri yang wajib di hadiri... Bak kata orang tua-tua kalau tak pergi kenduri orang jemput nanti kenduri rumah kita orang tak nak datang...so pergi la.. jadi takla masak cuma sediakan sarapan pagi jer untuk hubby. Sarapan pagi yang ringkas dan semua bahannya hanya menggunkan bahan yang ada dalam peti ais tu.. Asian Macaroni Goreng



Bahannya

2 cawan macaroni - direbus dengan 1 sudu kecil minyak zaiton dan toskan

1 cawan ayam yang dicincang- brand Ramli

1 cawan sayuran campur

2 ulas bawang putih di ketuk

4 sudu besar tomato puri

sedikit herba oregano

garam dan serbuk lada hitam secukup rasa dan pedasnya

Caranya:

1- Masukkan minyak Zaiton dan tumis bawang hingga naik bau

2-Masukkan ayam, sayuran campur dan tomato puri,jika kering tambah air skit jangan banyak

3-Masukkan makaroni, lada hitam,garam dan herba oregano gaul hingga sebati

4- Sedia untuk dihidang.


Friday, December 25, 2009

Masak Lemak Cili Api Siput Sedut



Haaaa.. pagi tadi pergi pasar tani dekat Kg Budiman.. memang tak pernah pergi pasar tani dekat situ iala.. buat pun hari Jumaat mana nak boleh pergi buatla hari Sabtu ke Ahad ke bolehla pergi..Lagi pun umi and papa baru jer tau dekat situ ada pasar tani iala tempat baru belum habis jajah lagi semua lorong-lorong sekitar dengannya.. Dekat situ ikan,udang murah tapi sayur mahal , mungkin sebab kebun sayur di Cameron highlands kena tutup kot.Alih-alih hubby ternampak orang jual siput sedut kat situ.. itu pun tinggal sebungkus jer..seumur hidup umi tak pernah makan siput sedut tu.. inilah kali pertama.Mak pun tak pernah masak siput tuuuu..Demi suamiku tercinta ku cuba gagahi untuk memasaknya..Tapi bila dah siap masak huhhh memang sedap..berbaloi-baloi..Kita layan resepi yer


Bahan

1/2 kilo siput sedut dibuang hujung basuh dgn asam dan garam supaya tidak hanyir
15 biji cili padi*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih* (ditumbuk lumat)
200ml santan
garam secukup rasa
2 keping asam keping-tak perlu masam sangat
2 batang serai dititis


Caranya:

1- Tumis dengan sedikit minyak semua bahan tumbuk dan serai tadi, jangan terlalu pecah minyak.

2-Tambahkan secawan air dan masukkan siput, asam keping tadi rebus dan masukkan santan

3- Perasakan dengan garam secukup rasa, rebus dalam 10 minit lagi padamkan api.

4-Siap dihidang.




Thursday, December 24, 2009

Ayam Kicap Lada Hitam


Hari nih tak rancang nak masak apa..cuba buka jer peti ais belek-belek bahan apa yang ada dalam peti ais tu hmmmm... siap dapat satu resepi.. sebab selalunya kalau nak masak akan ku singgah ke dapur maya sapa-sapa hmm pas tu terus buat tapi hari ni tak sempat nak singgah so inilah hasilnye..resepi sendiri..


Bahan untuk ayam

Ayam separuh dipotong

Serbuk kunyit dan tepung jagung digaul bersama ayam dan goreng separuh masak


Bahan Kuah

3 ulas bawang merah - mesin
3 ulas bawang putih - mesin
1 inci halia - mesin
2 sudu lada hitam dimesin
garam, gula, kicap pekat
2 keping asam keping
Daun bawang dan daun sup untuk ditabur

Caranya

1- Tumis semua bahan mesin hingga naik bau
2- Tambah air lebih kurang 2 cawan ikut kepekatan. Perasakan dengan kicap, gula,garam,lada hitam dan asam keping.
3- Masukkan ayam gaul sebati masak lebih kurang 15 minit,padamkan api dan tabur daun sup dan daun bawang.

Tuesday, December 22, 2009

Sambal Tumis Petai


Sedap... dan banyak khasiat.. sekarang nih musim buah petai..rata-rata pasar malam, pasar pagi, pasar minggu kita akan bergantungan buah petai kalau dekat KL ni satu papan mau dalam rm3-5.00.. Ok antara khasiat petai ialah berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.
Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan. Oleh itu kita jangan la pandang rendah pada pengemar-pengemar petai nih banyak khasiatnya..Untuk resepi pulak hmmm umi selalu masak sambal tumis petai tapi letak udang bukan letak ikan bilis..i tak sukerrr.. layan resepi ya



Bahan
2 papan petai dikikis kulitnya dan hiris(i tak buang kulitnya sebab banyak khasiat dekat kulitnya)
15 ekor udang L ker (tak kisah saiz apa pun sebenarnya lagi besar lagi sedap)
15 tangkai cili kering
2 ulas bawang besar#
3 ulas bawang putih #
1 inci belacan# (dimesin sekali)
Jus asam jawa
Gula dan garam secukup rasa


Caranya

1- Tumis semua bahan mesin tadi hingga naik bau. Cili terutamanya mesti di masak hingga cukup masak supaya dapat hasilkan masakan yang lebih sedap.

2-Masukkan petai tadi hingga agak lembut

3- Masuk pula udang, air asam jawa, garam, gula secukup rasa

4-Hingga betul-betul masak bau padam api dan dihidangkan.

Monday, December 21, 2009

Telur Bistik

Ini menu yang di order hari tu... Tengokla tu hidangan telur bistiknya..Naktau harganya ialah rm5.00.

Minggu lepas singgah makan dekat satu restoran dekat rumah restoran baru buka..huh nampak grand jugala kedai ni..dah terfikir mesti makanan kat situ harganya sesuai dengan kedainya..tak ramai pun orang pergi makan kat situ.. Biasanya kedai makan ni jika sedap hidangannya mesti orang akan singgah makan lagi dekat situ tapi jika tak se.... mesti orang tak singgah dah.. Hubby macam biasa jika singgah kedai makan baru mesti akan order 'TELUR BISTIK' jika telur bistik ok so.. lain hari baru dia akan order yang lain.. hmmm bila hidangan dah sampai.. huhhh.. umi cakap last.. tak masuk dah kedai nih.. sebab tula umi nih jenis yang tak suka makan dekat luar sebab rasa termampu untuk masak yang lebih baik lagi dekat rumah.. so apalagi lepas tu ari nih umi masak telur bistik untuk hubby..

Bahan

2 ketul isi ayam dihiris nipis

2 Biji telur

3 sudu sos tomato

2 sudu sos cili

2 sudu sos tiram

1 ulas bawang besar dihiris

2 ulas bawang putih diketuk

5 tangkai cili padi

sayuran (bunga kobis, sayuran campur, baby corn,lobak merah dipotong)

Daun bawang untuk di tabur

garam ikut rasa


Cara:


1-Untuk Telur - Pecahkan telur dalam bekas masukkan sedikit hirisan ayam tadi, pukul hingga berbuih dan goreng hingga masak.

2 - Tumis semua bawang dan cili padi dengan sedikit minyak sahaja, masukkan semua sos tadi, jika pekat tambahkan setengah gelas air hingga sebati.

3-Tambah ayam yang baki tadi dan sayuran.

4-Dah siap masak tuangkan kuah atas telur yang telah siap digoreng tadi.

5-Siap dimakan bersama nasi putih.

Sunday, December 20, 2009

Pari Berlada



Hari nih masih cuti lagi... ada stok ikan pari dalam peti ais tuh.. ada lebih masa buat ikan pari bakar hari tu.. So masakla resepi ringkas dan sedap sangat..masak pun tak sampai setengah jam dah boleh siap..itupun kalau bahan semua lengkapla.... kena pulak dengan nasi panas memang sedap punyalah.. ok layan resepi yer..


Bahan


300 gm ikan pari
1 inci halia - ditumbuk
1/2 inci lengkuas - ditumbuk
1 batang serai - ditumbuk
5 biji cili hidup-ditumbuk
5 biji cili padi- untuk pedaskan lagi
2 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
jus asam jawa, gula, garam secukup rasa
daun sup dan daun bawang untuk ditabur


Caranya:

1- Basuh ikan pari dengan asam jawa dan toskan.
2- Goreng ikan pari dengan serbuk kunyit hingga garing dan letak sebelah.
3-tumis semua bahan tumbuk tadi hingga bau harum..
4- Perasakan dengan asam, gula dan garam
5- Masukkan ikan pari tadi gaul sebati.
6- Tabur daun sup dan daun bawang hidangkan dengan nasi panas...



Mandi Kolam


Minggu nih cuti lagi 3 hari sempena awal muharam.. Bestla princes Aisyah nih dok rumah umi ngan papa ada. Skit-skit sebut 'pa..pa..pa..' macam dia sorang jerla yang ada papa.. selalu mandi. Petang nih bagi baby mandi dalam pool tuh, pool tu baru beli..rasa best nak beli sebab anak jiran semuanya beli.. tapi anak diorang mandi ramai-ramai beli yang besar la anak kita baru sorang so beli yang kecik skitla.. hmm mandi sampai tak nak keluar dari kolam tuh..tapi tak boleh letak air sampai penuh nanti tenggelam anakku... papa masukkan air skit jer..tu pun sampai mengigil mandi..

Saturday, December 19, 2009

Blueberry Cheese Tart




Tart ni memang kegemaran umi dan hubby masa zaman belajar dulo-dulo la.. masa keluar pergi jalan-jalan dekat Sri Kembangan, mesti singgah Bakery Cotatge dekat situ..sedap sangat rasa tart tu.. ,masa tu harga rm 2.20 sebiji rasa macam mahal sangat beli pun kadang sorang satu jer.. iala rasa jerla.. tapi sekarang dah tau cara nak buat rasa senang sangat nak buat.. sedap lagi buat sendiri dan takla was-was nak makan.. hubby apalagi..bila tart dah siap... makan secukupnya la dia.. iala kalo bukan hubby yang tolong habiskan siap lagi yang nak tolong habiskan masakan umi nih.. kalo tunggu bb yang habiskan alamatnya bertahun la... ok untuk resepi tart seperti dibawah. Kalau ikut acuan tart yang sedang nih boleh dapat dalam 35 ketul la..




untuk pastri
240 gm tepung gandum
60 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
140 gm mentega

untuk cheese

160 gm cream cheese
2 sudu kecil perahan lemon
40 gm gula halus
sedikit filling blueberry
1 biji telur
30 gm mentega




Cara:

1- Untuk pastri- masukkan mentega dan gula pukul hingga kembang.
2-Tambahkan telur esen vanila pukul lagi hingga sebati dan masukkan tepung sedikit demi sedikit.
3- Adunan agak lembut masukkan dalam acuan tart, trim biar cantik ikut ketebalan sendiri. Bakar sehingga kekuningan dalam suhu 180c lebih kurang 15min.
4- Untuk cream cheese - Masuk cream cheese,mentega dan gula pukul hingga sebati. Lepas tu masukkan telur dan perahan lemon pukul hingga sebati. Lemon digunakan supaya cream cheese tahan lama.Dan rasanya tidak akan muak sangat.
5- Siap masukkan cream cheese kedalam pipping bag dan pipekan kedalam tart tadi. Buat hingga siap. Lepas tu letak filling blueberry tengah-tengah cream cheese dan bakar dalm 10min hingga nampak cream cheese kekuningan.




Friday, December 18, 2009

Bendi Goreng Belacan




Kacang bendi memang mempunyai banyak khasiat kesihatan antaranya
dapat membantu menguatkan otak serta menambah daya ingatan serta kecerdasan. Biji, akar serta bunganya kalau direbus boleh membantu melawas pembuangan air kecil serta mengurangkan bengkak atau radang. Ada orang kata ia juga dapat mengurangkan masalah sukar bersalin. Air rebusan biji,akar, serta bunganya jika disapu pada pelbagai kudis dan bisul, mujarab juga. Air rebusan buahnya kalau dicampur dengan gula memang sesuai dijadikan sebagai sirap ubat batuk atau merawat sakit kerongkong. Lendir yang terdapat dalam buahnya boleh dijadikan krim penyejuk serta melembutkan kulit. Ok antara resepi yang boleh dimasak menggunakan kacang bendi seperti dibawah. Resepi nih memang mak selalu masak..mudah.


Bahan

20 biji kacang bendi dihiris
5 tangkai cili kering dimesin dengan 1/2 inci belacan
15 ekor udang hidup yang saiz kecil
2 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris

garam,gula, air asam jawa dan kicap ikut rasa

Cara

1- Tumis semua bawang tadi hingga naik bau dan masukkan cili yang dimesin tadi
2-Selepas itu masukkan udang dan kacang bendi
3- Perasakan dengan garam,gula,asam jawa dan kicap
4-Sedia untuk dihidang makan dengan nasi panas dan ikan goreng pun sedap sangat...

Saturday, December 12, 2009

Daging Goreng Kunyit Berlada

Hari nih teringin nak masakan lauk daging. Bak kata hubby 'masak yang simple-simple jer' bagi umi semua masakan simple itu pun kalau tahu masak dan kene pada caranya. So masakla daging goreng kunyit berlada senang jer..

Bahannya:

500gm daging batang pinang lebih lembut dihiris
3 biji ubi kentang dihiris kasar
2 biji cili merah dihiris
1 ulas bawang besar dihiriss kasar
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu serbuk kunyit
garam dan 2 sudu besar serbuk lada hitam ikut kepedasan
air asam jawa
daun sup dan daun bawang dihiris.

Caranya

1-Tumis semua bawang tadi, masukkan sedikit air dan daging dan serbuk kunyit rebus hingga daging empuk/lembut
2- Masukkan air asam jawa, serbuk lada hitam,perasakan dengan garam dan tambah ubi tadi.Rebus lagi hingga ubi empuk. Padamkan api gaul dengan cili dan tabur daun sup dan daun bawang. Siap dihidang.

Tuesday, December 1, 2009

Bamia Daging


Dah lama tak upload n3 nih.. Agak sibuk skit hujung tahun nih. Ha.. ni baru lepas menyambut raya haji. Dah tentu banyak berlaku pertumpahan darah di kampung-kampung dan juga bandar.. korbankan lembu, kambing, unta dan sebagainya bukan ayam atau itik untuk dikorban. Banyak dapat daging, pelbagai resepi dapat disediakan berasakan daging. Hmmm ari ni cuba buat Bamia Daging, lebih sedap juga jika buat Bamia Kambing.. Bamia ni makanan arabla biasanya. Makan dicicah dengan roti.. Roti Bengali..macam English Breadla..tapi yang ni sedap lagi..Layan resepi dolu

Bahan:

1 kilo daging lembu/kambing dihiris ikut cita rasa sendiri
400 ml minyak masak
100 ml minyak sapi
200 ml susu cair ideal
10 ulas bawang merah - mesin
4 ulas bawang besar - mesin
5 ulas bawang putih - mesin
3 inci halia
5 sudu besar rempah beriani lauk
7 sudu besar rempah bamia / rempah daging
3 sudu serbuk ketumbar
2 sudu serbuk lada hitam
20 biji kacang bendi
5 biji tomato
1 tin besar tomato puri henz
1 pokok daun ketumbar
garam secukup rasa
2 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang dan buah pelaga


Cara


1- Panaskan minyak
2- Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
3- Tumis semua bahan mesin, serbuk ketumbar dan lada hitam hingga naik bau
4- Masukan semua rempah, jika pekat tambah sedikit air hingga harum aromanya..
5- Tambah tomato puri dan 3 litter air
6- Masukkan daging dan rebus hingga daging empuk dan sebati dengan rempah tadi
7 - Lepas tu masuk bendi dan tomato rebus lagi hingga bendi agak lembut dan padam kan api
8- Taburkan daun ketumbar yang dipotong memanjang dan sedia untuk dimakan.. cicah dengan roti benggali huhuu..memang sedap..



Saturday, November 21, 2009

Beriani Udang Galah

Makan makanan laut nih memang sedap... lain dari yang lain rasanya.Tapi kena pelbagaikan masakan makanan laut nih..Udang.antara makanan laut yang sangat sedap tapi awas..bagi pesakit-pesakit gout..memang tak boleh makan.. udang nih lagi besar lagi sedap lagila...mahal..Ok menu kali ni, selalu makan nasi beriani dengan ayam.. hari ni kita cuba pula lauk beriani Udang Galah...


Bahan :
1.5 kg Udang Galah
5 ulas bawang merah - dimesin
5 ulas bawang putih-dimesin
1 inci halia-dimesin
5 camca besar rempah beriani lauk
2 biji cili merah dihiris
lobak merah di hiris tebal
daun sup, daun bawang
garam secukup rasa
3 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
2 camca besar bawang goreng
Caranya:
1- Tumis buah pelaga dan kulit kayu manis, tambahkan semua bahan mesin dan tumis hingga naik bau
2- Masukkan rempah beriani, masak hingga naik bau jika kering tambah sedikit air lebih kurang
2 cawan, masukkan udang dan tambah garam ikut rasa sendiri. Masukkan lobak merah tadi.
3- Udang dah masak gaulkan dengan bawang goreng dan padamkan api.
4-Tabur daun sup dan daun bawang serta hirisan cili merah tadi. Siap.

Thursday, November 19, 2009

Pelbagai Jenis Tepung

Infomasi yang berguna... jelajah-jelajah terjumpa info nih tapi cuma copy paste dan tak ingat pulak dari web maner dapat info nih..Boleh la kongsi bersama berkenaan dengan pelbagai jenis tepung
TEPUNG SERBA GUNA
Tepung serba guna yang sesuai untuk sebarang jenis masakan. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum (biasa) kerana lebih mudah didapati. TEPUNG BERPROTEIN TINGGI Tepung berprotein tinggi untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis.
TEPUNG BERPROTEIN RENDAH
Tepung berprotein rendah pula adalah lebih sesuai untuk dibuat kuih pau dan seumpamanya.
TEPUNG GANDUM
Tepung gandum biasa yang banyak dipasarkan secara komersial. Fungsinya serupa dengan tepung serbaguna.
TEPUNG KRIMER
Krimer adalah seperti susu (berlemak tambahan) yang sering dibubuh ke dalam minuman seperti Nescafe atau teh. Boleh dibeli di dalam pek atau di dalam botol sebagai Non-Dairy Creamer. Yang dimaksudkan di sini, adalah tepung susu daripada jenama “Carnation”.
TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR
Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayak 250 gm tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.
TEPUNG SUPERFINE
Superfine sama dengan flourcake flour.
Tekstur Tepung ini halus,seperti self raising flour tapi tiada bahan penaik didalamnya seperti self raisingflour.Tepung nie dikotegeri dalam tepung low protien.
TEPUNG ROS
Tepung ros sebenarnya mengandungi bahan tepung jagung yang boleh merangupkan biskut. Namun anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung itu tidak terlalu banyak dalam resepi sedia ada. Dikatakan hasilnya adalah lebih baik dari biskut yang diperbuat daripada tepung gandum.
TEPUNG HONG KONG
Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih sering kali digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (sama ada berkutu atau berkulat). Sebagai gantinya, gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lain yang bersamaan nilai-nilai protein di dalamnya) walaupun hasilnya mungkin tidak serupa tetapi rasanya tetap serupa.
TEPUNG PULUT
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (berwarna putih) dan diimpot dari negara jiran, Thailand. Plastik pembungkusannya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi, jangan terkeliru. Dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang. Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli. Yang dimaksud dengan beras merah bukanlah beras itu berwarna merah, sebaliknya beras yang telah dibuang bahagian merah pada mata padinya. Selain kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna, pengidap penyakit kencing manis dan ibu mengandung, sesuai mengamalkannya.
TEPUNG OPTIMA
Tepung optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya dan sesuai dibuat kek keju. Bagaimanapun penggunaan tepung serba guna, tepung jagung atau tepung kastad boleh digunakan sebagai pilihan bergantung pada resepi.
TEPUNG WHOLEMEAL
Tepung gandum tulen yang mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak dan jika digunakan, hasil roti atau muffin agak berat (heavy-textured).
TEPUNG HOEN KWEE
Tepung hoen kwee digunakan untuk buat kuih muih bagi sesetengah masyarakat. Namun di pasaran teoung jenis ini mempunyai pelbagai jebis warna pembungkusnya. Plastik berwarna oren mempunyai adunan tepung kekuningan (pastel yellow). Manakala plastik hijau mengandungi adunan tepung kehijauan (pastel green) tetapi anda perlu mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang terang. Sementara plastik biru mengandungi adunan tepung putih. Gunakanlah mengikut kesesuaian anda.
TEPUNG KASTAD
Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek lebih rapat. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan juga tepung gandum dengan tepung naik sendiri dan lihatlah hasilnya.
TEPUNG UBI
Tepung kanji adalah teoung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat, biasa juga menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour).
TEPUNG JAGUNG
Tepung jagung fungsinya memang memekatkan walaupun agak berbeza dari penggunaan tepung ubi.
TEPUNG NAIK SENDIRI
Apa yg dimaksudkan dgn tepung naik sendiri dan gula kastor? Tepung naik sendiri adalah SELf-RAISING FLOUR atau ‘Flour with Added Raising Agent’. Tepung naik sendiri mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder and/or soda bicarbonate)
TEPUNG ROSE
Rose Flour ada mengandungi bahan yg boleh merangupkan biskut tetapi anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung itu tidak terlalu banyak. Biskut yg diperbuat dengan Rose Flour akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum.Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies.Elok kalau dibuat Biskut Almond London.
TEPUNG HONGKONG
Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour sejenis tepung yg sangat putih, digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek/biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (berkutu/berkulat). Oleh kerana faktor inilah juga maka ia tidak dijual di pasaraya. Jika anda ingin membuat kuih pau, boleh gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lainnya) walaupun hasilnya mungkin tidak sama tetapi rasanya tetap serupa.
TEPUNG GLUTINOUS RICE
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (putih) yg dijual di merata kedai (termasuk kedai mamak). Ia diimport dari Thailand. Plastik pembungkusnya hampir sama dengan paket rice flour (tepung beras), jadi, jangan terkeliru.
TEPUNG KEK
Tepung kek atau cake flour tidak banyak bezanya dengan superfine flour (boleh dibeli di dalam kotak) tetapi, anda akan dapat hasil yg agak sama jika anda mengayak tepung gandum sebanyak 3 kali.
TEPUNG OPTIMA
Tepung Optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya. Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk kita menyediakan Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan mixer sehingga adunana menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar. Tetapi dalam resipi Kek Marble Blackmore ia adalah salah satu bahan yang kita gunakan untuk buat kek tersebut. Berbanding dengan Kek Marble yang hanya menggunakan tepung gandum/ tepung naik sendiri sahaja, kek marble yang menggunakan tepung optima ini lebih gebu dah halus hasilnya.ila kita ke kedai yang menjual bahan-bahan membuat kek seperti Bake with Yen di Malaysia misalnya, ia juga dapat digantikan dengan tepung sponge cake mix yang telah sedia ada. Anda boleh beli ready made sponge cake mix, perasa original dan gantikan dengan tepung optima.

Tuesday, November 17, 2009

Ayam Manis Pedas





Selalu kita masak 'masam manis'. Kali ni kita cuba pula 'Ayam Manis Pedas'.Dah selalu masak resepi ni tapi tak sempat nak upload gambar masakan dan resepinya. Ini baru sempat ambik gambar masakan. Masakan ni memang sedap dan ringkas. Boleh dimakan dengan selain dari nasi putih atau dibuat lauk untuk nasi tomato, beriani, hujan panas dan segala nasi la.. layan resepi dibawah ya


Bahan untuk ayam:
1 ekor ayam dipotong ikut saiz sendiri
kunyit serbuk
garam sedikit


caranya:
Gaul bahan tersebut dan perap lebih kurang sejam lepas tu goreng garing.



Bahan kuah :

8 biji cili kering kisar asing
5 ulas bawang merah - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
3 cm halia -kisar
2 labu bawang besar dihiris
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
gula
garam
2 sudu besar kicap manis
bawang goreng
daun sup dan daun bawang


Caranya:
Tumis semua bahan kisar dan bawang besar hiris kecuali cili hingga naik bau
kemudian masukkan cili kisar
Tumis hingga pecah minyak (cili masak) masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap
gaul sebati perasakan dengan gula dan garam. Rasanya manis-manis pedas.
Selepas itu masukkan ayam goreng tadi dan gaul bersama bawang goreng hingga kuah bersalut ayam. Biar dalam 10 minit padam api dan tabur daun sup dan daun bawang.
Sedia untuk dimakan.






Monday, November 16, 2009

Giant Ginger


Woh dah lama tak update blog nih.. penat dan tak sihat.. umi dan baby sama-sama tak sihat. Tambahan pulak kena pergi outstation.. tapi ok la boleh balik kampung terus, itu yang suker tu.. seminggu dok di kampung... jenuh tok, ayah aji, pak cik, pak ngah, pak su, melayan si comel princes nih.. cuba tengok apa yang si comel nih pegang. OOOO Giant ginger.. besarkan.. tu ayah aji princes yang beli dekat pasar cuma rm 3.00 jer.. beli sebab nak buat air halia, untuk buang angin.

Thursday, November 12, 2009

Mocca Layer Cheese Cake



Teringin nak makan kek. Tapi nak buat sendiri tak nak beli kat luar..selalu kek beli dekat SR jer kedai lain tak mau.. Singgah ke dapur Mat Gebu ada resepi nih..So apalagi cubala..tapi ada yang modify skitla.. ikut citarasa sendiri..Bila tengok stok ada cukup bahan untuk dibuat so hasilnya jadilah kek seperti dibawah:



Bahan

180 g mentega
150 g gula kastor (dikurangkan tak nak manis)
3 biji telur
15 g serbuk koko #
15 g serbuk nescafe#
120 g tepung gandum#
1 camca teh baking powder#(#disatukan dan diayak)

Bahan B:-

100 g cream cheese (ada skit jer dalam freeze)
30 g gula halus (gula kastor)
1 camca teh esen vanilla
1sudu jus lemon
1 biji telur
Cara membuatnya:-
1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin . Alas dasar tin dgn kertas minyak. Ketepikan.
2. Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanilla ,gula,jus lemon. Putar hingga sebati. Masukkan telur dan putar sehingga gula hancur dan adunan berkrim.
4. Tuang 1/2 bahagian adunan coklat, ratakan. Tuang kesemua adunan cream cheese dan ratakan. Tuang baki adunan coklat dan ratakan. Bakar 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek atas jaringan sebelum dipotong...

Friday, November 6, 2009

Jalan-jalan JB




Pak ngah and Mak ngah sungguh selera makan




ABC yang sedap sangat ni. ABC ni cuma harganya rm3.00 jer..tak percaya tau..murahhhh..
































Hujan masa ni berhenti rehat kejap..sambil mengkaji aksi unta













WoOo best nyer.. nak pergi outstation.. outstation di JB jer. Tapi disebabkan umi and papa dan juga ayah aji, tok, Pak ngah dan Mak ngah semua akan turun ke JB pegi umah Mak Uda.. Lepas jer umi abih keje Mak Uda bawa semua orang pergi jalan-jalan pusing JB. Yang best nyer bawa Princes Aisyah pergi Zoo JB. Hmmm dapat tgk harimau, burung, gajah, unta dan macam-macam lagi. Hari hujan, papa tolong payungkan. Jalan-jalan pusing Zoo.. lepas tu makan-makan pulak.. sedap makanan dekat sini. Makan ABC sedap, satay pun sedap.. sungguh menyelerakan..

Tuesday, November 3, 2009

Makan Malam



Hari ni 3/11/2009 hari istimewa untuk umi dan papa. Kebetulan sambut dirumah baru. Tapi tak sempat nak prepare apa-apa sangat sebab baru balik dari outstation so penat pun tak hilang lagi.. tapi umi cuti hari ni saja ambik cuti sebab nak siapkan makan malam istimewa dengan hubby and baby. Hmm tengok tu puterihati kami dah bersedia untuk menyantap makan malam bersama malam ni.. Sempena menyambut aniversary umi dan papa 2 years.. last year umi baru lepas pantang.. this year bolehla siapkan apa yang patut.. Makan malam yang ringkas tapi amat penuh bermakna bagi umi dan papa tambahan dengan kehadiran si comel ni.

Kek BlackForest


Buat kek juga hari ni.. sebab hari istimewa... hubby memang suka makan kek.. sebab tu umi suka buat kek..resepinya seperti dibawah:


Bahannya:

1 biji kek sponge coklat (kek ni umi buat sendiri)
250ml (non diary) whipping cream
5 sudu besar blueberry filling
ceri untuk hiasan
badam kisar kasar untuk hiasan

Caranya:

Whipping cream dipukul hingga betul-betul kembang
kek tadi dibahagi pada 3 bahagian dan disapu setiap bahagian dengan whipping cream dan blueberry filling

Lepas tu sapu semua whipping cream yang baki tadi kesemua bahagian kek dengan spatula.
hiasankan dengan blueberry filling diatas kek, ceri dan badam kisar.
Boleh dihindangkan.

Chicken Chop Blackpeper Sos


Hari ni hari yang istimewa. Fikir dah beberapa hari nak masakkan yang istimewa untuk papa.. tapi bagi papa, setiap hari umi masakkan istimewa untuk papa..ok la dah dapat jawapan nak masak chicken chop la makan western pulak malam ni..sekali-sekala makan western buatan sendiri ni sedap dan ada kelainannya.ok kita layan resepinye..


Bahan perap ayam

Paha ayam 2 ketul dibuang tulang
Serbuk lada hitam 2 sudu kecil
Garam halus 1 sudu kecil
Sos sotong 2 sudu kecil

Caranya:
Campur semua dan perap lebih kurang 3 jam


Bahan sos
1 sudu kecil minyak zaiton
2 sudu besar serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 sudu besar sos tomato
1 cawan stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung

Caranya:

Masukkan semua bahan dalam pan dan masak hingga mendidih kecuali tepung jagung.
Lepas mendidih tambah tepung jagung mengikut kepekatan yang dikehendaki..


Bahan ayam untuk menggoreng
1 biji telur ayam
1 cawan tepung gandung
1 sudu kecil soda bikarbonnat
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil lada sulah

Caranya:

Tepung, soda bikarbonat, garam dan lada digaul sekali (gaul kering)
Ayam yang diperap tadi di celup bersama telur dan lepas itu gaulkan bersama tepung
terus digoreng hingga masak lebih kurang 10minit dalam minyak terendam.

Bahan Tambahan

Twister Kentang digoreng
Red Bean dimasak dahulu
Kacang buncis digoreng bersama lada dan garam menggunakan minyak zaiton.
Selepas semua dah siap boleh la menyantap bersama....

Thursday, October 22, 2009

Mee Udang Tradisi



Hmmm resepi ni memang resepi mee yang simple.. kot-kot kalau orang datang rumah mengejut ada jer mee dalam peti ais tu boleh la buat mee ni senang jer..

Ok kita layan resepi nyer...


Bahan kuah

1 kilo udang saiz l ke xl ke
cili kering kisar
sos tomato
sayur sawi atau kubis
gula
garam
kicap
air 4 cawan
bawang merah dan bawang putih dihiris


Bahan Hiasan

1 kilo mee kuning
telur, ubi kentang direbus dan hiris
bawang goreng
cili hidup dihiris dihiris
fish kek dan fish ball di goreng dan hiris
hirisan limau nipis
taburan daun sup dan daun bawang


Cara


Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.

Masukkan cili kering. Masak hingga dah tak bau cili pas tu masukkan sos tomato.

Masukkan udang tambah air ikut kepekatan masing-masing untuk kuah. Jangan terlalu pekat sangat atau cair sangat dan perasakan dengan sos, garam dan gula.

Semua dah sebati cukup rasa masukkan mee dan tambah sayur.

Dalam 3 minit padamkan api dan hiaskan dengan bahan hiasan dan silalah menjamu selera..



Thursday, October 15, 2009

Puding Bread Custard

Hari ni ramai tetamu dekat rumah.. sebab malam ni nak hantar ke KLIA balik CAIRO.. dah masuk final year dah. Pastu abih belajar.. Dah ramai tu bestla nak masak-masak ni mesti licin punyala... ooo untuk minum petang resepi yang dicadangkan ... PUDING BREAD CUSTARD..


memang sedap puding ni Puding ROTI BAKAR BERSOS KASTARD.. ni nama melayula..


okies resepinya senang jer


Bahan

Untuk Roti

1 Litter fresh milk

15 keping roti putih


kismis


Untuk bahan bancuh

1 cawan fresh milk

2 sudu tepung jagung

1 sudu tepung kastard

2 biji telur

2 sudu gula

1 sudu kecil esen vanila

secubit garam



Untuk sos

1 cawan fresh milk

2 sudu tepung kastard

2 sudu gula



Caranya

Untuk roti

Potong empat setiap keping roti dan rendam dalam susu

Taburkan kismis di atas roti tadi

Masukkan dalam bekas pembakar


Untuk bahan bancuh

Masukkan semua bahan bancuh pukul sebati

Tuangkan semua bahan bancuh pada roti yang direndam tadi dan bakar dalam suhu 170 C

ikut oven masing-masing dalam 20 min



Untuk sos kastard

Masukkan semua bahan sos dan masak atas api kecil hingga pekat skit, tutup api

Apabila puding roti dah siap bakar hidangkan dengan sos kastard.

Boleh dihias dengan gula ising atas puding.

Friday, October 9, 2009

One Year Baby Aisyah

Birthday Girl potong kek tapi tgh bad mood..

Tahun ni 2009 Princes Aisyah dah setahun. Alhamdulillah, sehingga kini umi dan papa dapat menjaga Aisyah dengan memberi yang terbaik buatmu. Sambut birthday Aisyah masa raya ketiga sebenar tarikh ni 22/09/2009 setahun 29 hari. Dengan penuh harapan umi nak buatkan kek birthday untuk princes umi tapi apakan daya memang tak sempat sebab kalut sangat memasak iala buat open house sama masa tu.. penat.. papa advice suruh beli jer kat SC (secret recepie) ni bukanya kek tapi brownies.. carrot bronies.. sedap sangat ni.. Aisyah tolong potong skit jer yang lain tetamu yang makan.. Tapi masa ni mata Aisyah bengkak sebab kena gigit nyamuk.. Kesian Princess umi.. mood Aisyah masa ni pun tak la baik sangat... tahan mata la katakan.. Harapan Umi ngan Papa semoga Aisyah menjadi anak yang Solehah, berakhlak terpuji, cemerlang dan gemilang duniawi dan ukhrowi. 'Umi sayang Aisyah, papa sayang Aisyah semua orang sayang Aisyah..'


Wednesday, October 7, 2009

Masak Lemak Ikan Kering Nenas


Masakan kampung yang tak hilang dek zaman...


Bahan-Bahan
300 gm ikan kering talang di potong selebar 5 cm
8 oz santan pekat
1 biji nenas sederhana masak
2 keping asam keping
2 batang serai dititk
1/2 sudu kecil gula
garam secukup rasa
Bahan tumbuk
1/2 inci kunyit hidup
10 biji cili padi
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
Caranya
Ikan kering rendam selama 1/2 jam, tos sebentar
panaskan 2 sudu besar minyak, tumis bahan tumbuh hingga naik bau
masukkan serai, nenas dan asam keping masak dalam 5 minit supaya keluar air nenas
tambah sedikit gula masukkan ikan kering
tambah santan biar mendidih masukkan sedikit saja garam secukup rasa sebab ikan kering tersebut dah masin masak dalam 3 minit tutup api dan hidangkan.

Gulai Ayam Nenas Muda

Bahan-Bahan
1 ekor ayam
2 batang serai dititik
2 keping asam keping
1 kuntum bunga kantan belah 2
8 oz santan pekat
1 biji nenas muda dipotong ikut suka
Bahan Mesin
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
Caranya
Panaskan minyak tumis semua bahan mesin,serai hingga kekuningan naik bau
masukkan ayam hingga ayam empuk nanti akan keluar air dari ayam manis skitla tambah air sedikit dlm 1 gelas anggaran 8 oz
tambah nenas .., tambah asam keping agak-agak masam ikut selera
perasakan dengan garam, agak mendidih skit tambah santan dan bunga kantan
biar mendidih dan hidangkan.....

Thursday, October 1, 2009

Udang Masak Kunyit


Bahan-Bahan
1 kilo udang
2 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih dihiris/mesin
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa
1 batang lobak merah
2 biji ubi kentang
lada hitam secukup rasa
1/2 biji lada bengala merah
Cara
Tumis bawang masukkan serbuk kunyit, lada hitam
tambah sedikit air masukkan udang.
Udang agak masak masukkan ubi, lobak merah dan lada benggala tadi.
Masak hingga semuanya empuk dalam 15 min sedia untuk dihidang.

Wednesday, September 30, 2009

Raya 2009


Alhamdulillah tahun ni dapat menyambut hari raya 20/09/2009 bersama suami, princess Aisyah dan keluarga di Penang. Tahun lepas tak ada baju raya sebab dalam pantang so 'terpaksa' berpantangla.. tak jalan mana dok kat rumah jer.. Hmmm tahun nih raya sakan pegi semua rumah keluarga kat Penang.. Start bercuti dari 17/10 hingga 27/10.. lamakan.. Buat kuih raya hmmm sampai 8 jenis kuih buat.. yer la hubby suka makan kuih, princes Aisyah pun suke makan kuih dia la orang pertama yang rasmi kuih umi dia, umi buat kuih pagi sejuk jer kuih dia yang rasmi dulu.. masa buat kuih hubby la yang melayan kerenah baby.. terima kasih sayang..

ooo tahun ni gak buat baju raya sedondon.. ni kali pertama princes Aisyah pakai baju kurung..













Wednesday, September 23, 2009

Mula Menyusu


Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Alangkah indahnya saat-saat menyusu bersama si manja. Tetapi untuk 'breastfeed' perlukan keazaman yang bersungguh, pengorbanan dan yang paling penting sokongan dari keluarga atau suami. Alhamdulillah sehingga kini baby Aisyah dah nak masuk 1 tahun 2 bulan, masih lagi menyusu.
Masa mula-mula baby lahir.. ya Allah, air susu tak ada.. nak bagi susu formula memang tak nak, aku nak baby aku memulakan makanannya dengan air susuku dahulu sebelum memakan makanan lain...sebelum mengandung jer dah berazam memang nak susukan bayi 'fully breastfeed'.. nasib baik hospital yang aku masuk tu Pantai Medical Center memang menggalakkan ibu-ibu 'breastfeed'. Diaorang memang tak kasi bagi susu formula pada baby. Hari yang ketiga dok dalam wad (sebab caeserian) baru ada sorang jururawat macam bahagian lactation datang dan memberi skit ceramah tak formalla padaku berkenaan susu ibu dan cara mengendali susu ibu apabila mula bekerja nanti. Dalam masa yang sama jururawat itu pun periksa bahagian susuku untuk menyakinkan ku bahawa aku memang mempunyai susu badan..lepas pada tu ya Allah bersyukur sungguh baru aku nampak air susuku menitik satu persatu..baru aku mula yakin untuk menyusu..iala masa meyusu memang tak nampak pun yang kita ni ada susu.. sebab selama aku berada di wad, setiap kali baby nangis jer mesti ada jururawat yang akan hantar baby Aisyah padaku untuk aku susukan.. habis jer menyusu baby akan dimasukkan semula ke nursery di hospital. Sejak dari tu aku 'fully breastfeed' sehingga baby Aisyah berumur 6 bulan.
Zaman sekarang pelbagai teknologi moden digunakan untuk mengepam susu ibu. Pada peringkat awal sehingga 6 bulan aku menggunakan pump jenis pureen. Ok la juga guna pump ni. Senang nak bawa kemana saja sebab ianya menggunakan bateri dan kecil saiznya. Lepas 6 bulan aku menggunakan pump spektra.. kiranya lagi ok sebab air susu banyak dapat dikeluarkan.. tapi saiznya agak besarla.. Orang boleh tahu kita bawa pump susu.
Untuk mendapatkan bekalan yang mencukupi pada peringkat awal sehingga baby berusia 7 bulan aku akan mengepam paling minima 4 kali sehari. Iaitu pada 12.30 pm, 4.30 pm, 2.30 am dan 5.30 am. Aku kena pastikan aku mendapat bekalan sekurang-kurangnya 15 oz sehari, kalau lebih Alhamdulillah. Sebelum hantar baby ke nursery aku akan menyusu baby terlebih dahulu pada jam 6.30am. Malam macam biasa bila lapar hmmm baby Aisyah akan bangun..tapi dia takla menangis macam baby lain cuma hmm ada sek..sok..sek..sok.. skit bagi jer susu terus diam.. Jadi aku takla rasa tak cukup tido ker sebab jaga baby tengah malam..
Bila baby dah masuk 7 bulan aku dah kurang skit untuk mengepam sebab aku dah mula bagi makanan tambahan pada baby.. setiap pagi aku akan masak sendiri bubur untuk dihantar ke nursery. Aku memang tak beri babyku makan makanan baby yang dijual dipasaran..sebab aku nak anak-anakku menikmati makanan dari air tangan umi mereka sendiri bukan orang lain dan memang tak yakin dengan produk luar.Aku akan reka pelbagai resepi bayi dan ada kalanya resepi tersebut aku ambil dari internet. Seawal 6-8 bulan tu memang susah skit nak bagi baby makan sebab dia tak nak makan mungkin susu uminya lebih sedap kot.. dia hanya nak susu umi dia jer.. tapi aku paksa juga dia makan.. sebab nanti takut dia lapar.. nikan masa dia membesar..Tapi sekarang baby dah pandai makan macam-macam.. seronok tengok dia makan.. apa yang umi ngan papa makan itu yang dia nak makan. Makanan yang paling dia suka pisang dan buah Oren.. Hmmm mungkin sebab masa mengandung dulu hubby selalu buatkan aku fresh oren hampir setiap hari.. nak bagi kulit baby cantik..kononnyala..minum air sarang burung nak bagi mata baby cantik.. tapi ia kot sebab kalu pergi manapun memang orang akan tegur mata baby Aisyah macam mata anak patung.. tula orang selalu cakap.
Alhamdullilah buat masa ni semuanya ok.. Dari mula mengandung hubby selalu pesan pada baby 'nanti sayang jangan susahkan umi yer.. taat perintah Allah..taat perintah Umi dan papa' sampai kini bila baby tido jer selalu hubby akan pesan cam tu pada baby.. lagi satu banyakkan baca Alfatihah dan surah Al Insyiroh dan tiup ke ubun-ubun baby. Masa baby Aisyah lahir hubby, mak ngan bapa yang belah mulut baby. Belah mulut ni bertujuan supaya baby yang lahir tu akan manis mulutnya apabila berbicara dan disukai semua.

Sunday, August 23, 2009

Satu tahun


Alhamdulillah baby Aisyah dah setahun hari 23/08/2009. Tapi tak buat birthday lagi sebab tok Aisyah suruh buat dekat penang dekat umah tok. Dah boleh berjalan dan naik tangga turun tangga.. jenuh kejar.. dah bubuh pagar dekat tangga tapi dia boleh masuk bawah pagar tu nak naik tangga.. berani sungguh.. Gigi dah ada 4 batang dua atas, dua bawah. Baby Aisyah start berjalan masa 10 bulan seminggu usianya tapi belajar naik tangga masa 9 bulan.. walaupun dah setahun baby Aisyah masih menyusu badan huhuu memang tak boleh dilepaskan.. susu formula bukan pilihannya.. tapi tak per baik untuk umi dan baby.. Senang jaga baby Aisyah sebab tak banyak kerenah.. tak bnayak cerewet.. cuma makan jer cam susah skit, dia lebih suka makan buah oren, pisang, mangga..
Tido malam pun selalu nyenyak jer..