Monday, August 23, 2010

HAPPY 2 YEARS PRINCES AISYAH


'HAPPY BIRTDAY TO YOU, HAPPY BIRTHDAY TO AISYAH NUR BASYIRAH, HAPPY BIRTHDAY TO YOU'.
Errrmmmm...birthday girl today 23/08/2010, genap baby umi and papa 2 years old. Umi and Papa cuba beri yang terbaik untuk Sayang. Love You Very Much. Tapi 2,3 hari hampir my doter mencecah usia 2 tahun nih.. ya Allah banyak betul ragamnya... terutama meragam dengan papa dia. Mungkin dia tahu papa dia akan layan dia..drypers basah skit jer terus buka drypers sendiri, dah tu semalam boleh pulak bukak drypers dekat masjid masa umi tengah solat.. huhh geram betoi.. lepas tu kalo bukak jer drypers terus nak mandi, 10 kali bukak 10 kali dia nak mandi..semua dia nak buat sendiri.. dah pandai baca doa makan, nyanyi 1,2,3, baca alif, ba, ta, baca A,B,C.. cakap tu boleh skit-skit.. tapi kadang memang umi and papa tak faham apa yang baby sebut... tapi baby faham apa yang umi and papa cakap.. Haa lagi satu my doter nih suker tengok 'youtube' paling dia suke tengok 'mr bean' selalu dia akan panggil 'papa sitdown here' nak suruh papa dia buka youtube tu. tapi sekarang no..mr bean, i will say to her ' no mr bean sleep'. Kadang tu my doter ni minta papa dia dukung dan tido atas papa kene sambil berdiri tak boleh letak atau duduk.. kesian betul kat papa.. kalau letak hahah nangis la dia.. memang geram gak tapi nak buat cam mana..Lagi satu dia dah pandai ambil makanan sendiri dalam peti ais tuh. apa yang boleh dimakan semua dia nak ambil, even letak carrot ker tomato ker semua dia nak ambik makan.. My doter nih suka makan sup sayur dan juga ikan.. kalu nasi tu letak kicap dia sendiri yang akan ambil botol kicap tuh. Lagi satu pantang tengok makanan semua dia nak makan.. Bab makan tu tak risau sangatla. Punya la rajinnya my doter bila umi sapu jer sampah dia akan cepat-cepat ambil penyodok dan letak dekat tempat sepatutnya. Kadang tu saja jer dia keluarkan bajunya dan ambil iron,iron sendiri..kira buat-buat iron bajula..
Walau apa segali pun ragammu, Umi and Papa akan tetap menyayangi mu dengan sepenuh hati, berusaha membesarkanmu dan memberi yang terbaik untukmu AISYAH NUR BASYIRAH. Umi and papa doakan supaya Aisyah jadi anak yang Solehah dan berjaya duniawi dan ukhrowi ya Sayang. OOO satu lagi kene fikir cam mana nak pos baby umi ni ke bilik belakang dangan nak stop 'breastfeeding'' sebab anak umi ni dah 2 tahun dah...
Ni masa nak potong kek semalam, potong kek masa dekat nak buka pose

Sukernyer dia makan kek ni. Umi hanya sempat buat kek simple ni jer.. ORANGE BUTTER CAKE WITH BLUEBERRY FILLING, kene letak ceri sebab princes memang suker makan ceri semua ceri hiasan atas kek dia makan...

Friday, August 20, 2010

Chocolate Avocado Blended

Haa oleh kerana terlebih rajin juga semalam, minuman untuk berbuka saya sediakan Chocolate Avocado Blended. Dah lama nak buat ni. Kebetulan tercapaila buah avocado ni masa pegi giat tengahari tadi.. Sangat-sangat menyegarkan.. Layan ler resepi yer:

Bahan
1- 2 biji buah avocado dibaung kulit dan biji
2- 1 liter fresh milk
3- 2 sudu besar susu pekat
4- ais ketul
5- Syrup Chocolate untuk topping.

Caranya:
1- Blend semua bahan kecuali Syrup Chocolate hingga hancur
2- Siap tuang dalam gelas dan letak topping chocolate tu. Hidangkan.


Patato Puff Pastri

'No nasi tonight'...so menu buka pose semalam sepatutnya memang tak ada nasi. sebab hari-hari nasi,nasi, nasi.. ohhh bosan la jugak.. rasa teringin nak pergi bazar ramadan dekat rumah tu, sejak pose tak pernah pergi lagi bazar tu.. masa pergi tu tiba-tiba nampak ada jual rojak Singapore, ramai gak orang beli kat situ.. rojak Singapore tu macam cucur udangla, makan dengan kuah kacang.. so beli tu jer dekat bazar tu. Lepas tu balik terus buat Potato Puff Pastry, sebagai menu tambahan.. Tengah-tengah dok bakar puff tu tiba-tiba jiran sebelah panggil dan bagi sesuatu.. bukak tengok rupanya alala, 'Nasi beriani'. Penuh jugak makanan atas meja tu. Dah jadi kebiasaan pada hubby akan makan makanan isterinya terlebih dahulu. Jadi nasi tu carry for sahurla.. Selalunya juga masa sahur kami hanya minum Nesvita OAT dan kurma jer memang tak makan berat. Tapi hari ni makan nasi la sayang takut basi ker. Tapi sayangnya rojak Singapore tu tak habis pun makan dah jadi satu pembaziran.. Rasanya takla sedap mana pun. Lepas makan rojak tu terfikir pulak dekat fikiran ku, kalu jenis young tow fu dan seangkatan dengannya adakah bahan-bahan seperti fish cake, fish ball,tauhu, atau apa-apa lagila yang senagkatannya yang mereka jual tuh 'halal' dan buatan orang islam? padaku, memang aku tak rasa ianya buatan orang islam, Insyaallah harap tak terbeli lagi jenis makanan sebegini. Ok untuk Patato Puff Pastry yang dibuat tu ini caranya ya:


Bahan kulit:
1- 4 keping Puff Pasry
2-1 biji kuning telur
3-serbuk lada hitam untuk ditabur



Bahan inti

1-1 biji kentang*
2-1/2 ulas bawang besar* didadu
3-1 keping daging burger dihiris nipis(saya guna QUICK BURGER AYAMAS)
4-1 sudu cili kisar
5-Garam secukup rasa
6-hirisan daun sup dan daun bawang
7-1 sudu besar minya untuk menumis
8-1/2 gelas air


Cara buat inti:
1- Tumis bawang besar hingga layu
2-masukkan ubi tadi dan rebus hingga lembut/empuk.
3-Lepastu masukkan cili dan gaul sebati perasakan dengan garam.
4-Tambah daging burger tadi. Masak hingga air tadi kering
5-Padam api dan gaul dengan daun sup dan daun bawang, lepas tu ketepikan.


Cara balut pastri
1- sekeping pastri bahagi dua bahagian
2- letak inti dekat tengah lepas tu kulit yang satu lagi tu tampal diatas
3-Sapu kuning telur dan tabur serbuk lada hitam
4- Bakar pada suhu 160 selama 20 min.
(##sebelum bakar gris dulang pembakar dengan mentega sedikit.












Wednesday, August 18, 2010

Sambal Tumis Udang Tauhu

'Sambal Tumis Taukua', ni la makanan kegemaran my dad. Taukua tu tauhu la.. kalau dekat kampung orang panggil taukua tapi bila dah dok selatan ni orang sebut tauhu, mana satu yang betul ha? itu tak penting yang penting makan jer..Tapi kalu nak beli tauhu ni kena la hati-hati skit sebab mungkkin pembuatannya bukan dari orang islam. Itu la saya tak berani nak beli tauhu yang dah dimasak kat luar sebab tak pasti. Apa yang boleh kita elak, kita elakla kalau tak boleh nak buat macam manakan. Kalau buat sambal tumis ni mesti kena letak udang, I tak suker letak ikan bilis ker atau tak letak langsung. Buat sambal tumis ni lepas tu makan dengan ikan pekasam...huhhh.. memang sedap looo..

Bahan:
1- Tauhu 2 biji dibelah 6
2-10 biji cili kering *
3-1 biji bawang besar*
4-1/2 inci belacan* dikisar
5-udang hidup
6-Asam, garam dan gula secukup rasa
7-Minyak untuk menumis
8-1 gelas air


Caranya:

1- Panaskan minyak dan goreng tauhu yang telah dipotong tadi. Angkat apabila tauhu dah kekuningan dan asingkan.
2- Minyak yang sama tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.(Pecah minyak tu menunjukkan cili tersebut cukup masak)
3-Masukkan udang kacau
4-Tambah air dan perasakan dengan asam, gula dan garam
5-Akhir masukkan tauhu tadi. Masak dalam 10 minit, biar kuah meresap pada tauhu dan padamkan api.



Monday, August 16, 2010

Daging Blackpaper Brocoli

Menu ringkas berbuka malam ni yang berorentasikan nasi lagi..Saya masak 'Daging Blackpaper Brocoli' dan simple cara masaknya.. dalam nih dah ada sayur, jadi tak perlu masak sayur dah.. sebagai tambahan saya hanya buatkan agar-agar lengkong.. nasib baik sempat mengeras sebelum berbuka tadi..




Bahan
1- 300 gm daging dihiris
2- Bawang besar, halia dan bawang putih ditumbuk kasar
3- 1 sudu Besar Serbuk lada hitam
4-2 sudu sos tiram
5-1 sudu kicap pekat
6-1 pokok brokoli dipotong
7-2 sudu besar minyak
8-400ml air
9-Hirian lobak merah
** saya tak letak garam sebab sos tiram dan kicap dah ada rasa masin

Caranya:
1-Tumis semua bahan tumbuk hingga harum
2-Masukkan daging dan air.
3-Lepas tu masukkan lada hitam dan semua sos tadi.
4-Masak hingga daging empuk, lepas tu baru masukkan brokoli.
5- Masak dalam 5 minit lagi dan padamkan api
6-Hidangkan dan tabur dengan hirisan lobak merah tadi.

Thursday, August 12, 2010

Kari Ayam Kampung Kapitan

Menu berbuka malam nih..Ayam kampung. Memang teringin lama nak makan ayam kampung nih. Jadi belila seekor rm 18.00 tau. Tapi yang kesiannya dekat ayam tuh..dekat kedai tu kita pilih ayam apa yang kita nak, lepas tuh taukeh kedai tu tangkap ayam sembelih dan saing terus.. huuhh memang kesain betul tengok, tapi nak buat macam mana dah makanan kitakan..untuk dibuat lauk...Saya buatkan 'Kari Ayam Kampung Kapitan' kari ni memang tak letak santan dan asam, sebab tu ditambah dengan tomato supaya rasa masamnya soft gitu.


Bahan:
1- 1/2 ekor ayam kampung muda dipotong dan basuh bersih
2- 2 sudu besar rempah daging
3-2 sudu besar kerisik
4-3 ulas bawang merah *
5-3 ulas bawang putih*
6- 2 sudu cili kisar
7-1 inci halia * di kisar halus
8- 1 biji tomato dihiris 8
9- garam secukup rasa
10- 1 liter air
11-minyak untuk menumis
12- 1 biji ubi kentang di potong 10


Caranya:
1-Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar serta cili kisar hingga naik baunya.
2-Masukkan rempah kari serta kerisik gaul sebati dan masukkan ayam serta air.
3- Tambah ubi kentang beserta air, reneh hingga ayam empuk
4- Perasakan dengan garam, gaul
5-Akhir masukkan tomato dan padam api, hidangkan.

Sunday, August 8, 2010

Ikan Bakar, Air Asam Tomato dan Masak Lemak Kacang Panjang

Menu tengahari ni simple jer masak apa yang ada dalam ais box tu jer. Punya la fikir punya fikir maka terhasil la resepi nih.. Bahan dan cara buatnya seperti dibawah ya:

Bahan:

Untuk Ikan
1- 2 ekor ikan selar dibasuh bersih dan gaul dengan garam dan kunyit., balut dengan daun pandan.

Caranya:

1- Ikan dibakar atas kuali atau pembakar hingga garing.


Untuk Air Asam Tomato

1- 1 biji tomato masak dihiris
2- 2 biji cili merah
3- 5 biji cili padi
4-1 ulas bawang besar dihiris
5- 2 sudu kerisik
6-Air asas jawa, sos tomato,, gula dan garam secukup rasa
7-1 inci belacan yang telah dibakar


Caranya:

1- Tumbuk kasar semua cili dalam lesung beserta belacan.
2-Masukkan tomato dan kerisik gaul dengan cili tadi
3-Tambah bawang, air asam, sos tomato, gula dan garam secukup rasa gaul sebati
4-Ketepikan

********nota (Lepas tumbuk semua cili saya ramas dengan tangan dalam lesung tersebut, hahah untuk rasa asli)


Untuk masak lemak kacang panjang

1- 3 Batang kacang panjang dipotong
2- 1/2 gelas santan
3- sohun
4- 1/2 batang lobak merah di potong
5- 1 biji tauhu dibelah 8
6- udang kering
7- 1 ulas bawang merah dihiris
8-1 ulas bawang putih diketuk
9- 1 sudu besar minyak masak
10- 1/4 gelas air
11-Garam secukup rasa


Caranya:

1- Panaskan minyak dan tumis semua bawang, tumis hingga bawang layu
2-Masukkan air dan masukkan udang kering, tauhu dan kacang panjang serta lobak merah tadi
3-Apabila sayur dah agak lembut masukkan santan dan sohon
4- Lepas tu perasakan dengan garam.
5- Rebus dalam 5 minit lagi padam api dan boleh dihidangkan bersama air asam dan ikan bakar tadi dengan nasi panas-panas.

Saturday, August 7, 2010

Ayam Bakar Nyonya

Huhhh sungguh best betul cuti hujung minggu. Segala urusan rumah yang tertangguh perlu diselesaikan pada hujung minggu macam gini. Dari bab membasuh baju hinggala ke mengiron baju, dari bab mengemop lantai atas hingga kebawah semua perlu ditunaikan. Walaupun semua ini perlu diharungi pada setiap hujung minggu tapi tanggungjawab untuk menyediakan makan minum untuk yang tersayang tetap diutamakan. Setiap hari pelbagai resepi terlintas dikotak fikiran untuk disediakan cuma antara jadi dengan tak jadi jer. Kadang tiu malam fikir nak buat lain tapi keesokkannya jadi lainla pulak.. hahah itu mengikut masa dan keadaan pada masa itu la kan...Disebabkan esok banyak keje yang perlu dibereskan so semalam saya dah siap mengadu dan marinated ayam untuk dibakar esok hari.. simplekan, esok bangun bakar jer tak yah susah ..kalo nak sampingan lain masak sayur skit dah..ok layan resepi ya..

Ayam yang siap dibakar


Sos Ayam Bakar


Bahan:
1-1/2 ekor ayam dipotong
2- 3 ulas bawang merah#
3-3 ulas bawang putih#
4-1 inci halia#
5-2 batang serai dipotong#
6-1 inci lengkuas#
7- 1 sudu besar serbuk kunyit*
8- 1 sudu besar madu*
9- 2 sudu besar gula*
10- 1 sudu kecil garam*
11- 1 sudu kecil serbuk jintan manis dan jintan putih*




Caranya:
1- Mesin semua bahan # hingga halus, kemudia campur semua bahan * mesin hingga halus lagi
2- Kemudian gaul pada ayam tersebut dan merinate semalaman.
3- Keesokkan bakar ayam tersebut suhu 200 C atau sehingga masak.




Bahan Sos

1- Ambil baki kuah dari ayam yang belum dibakar tadi, dan masak hingga pekat kuah tersebut.
2- Hidangkan dengan ayam bakar

Tuesday, August 3, 2010

Keow Teow Kung Fu

Makan malam, malam ni menu gerai..hhaha order 'keow teow kung fu 1' ...hahahahh..bukan order buat sendirila.. puas hati skit makan, jimat skit duit kan kalo makan kat kedai tu sepinggan dah rm 5.50 untuk keow teow kung fu kalu 2 orang makan dah rm 11.oo nak kene queue lagi.. huhhh baik tak payah buat sendiri.. ok resepinya mudah jer ..layan seperti dibawah ya
Bahan:
1- 1 pek keow teow (sesuai untuk 2 orang makan)
2- 2 biji telur
3- 10 biji udang
4- daging dihiris
5-6 biji cili padi diketuk
6- 1/2 labu bawang besar dihiris
7-2 ulas bawang putih diketuk
8- 1 pokok sawi, lobak merah, bunga kubis dan baby corn di potong
9-2 sudu sos ikan
10- 2 sudu sos tiram
11-garam secukup rasa
12- Minyak untuk menggoreng
13- 2 gelas air

Caranya
untuk keow teow

1- Bahagi 2 bahagian keow teow dan pukul dengan sebiji telur dan terus goreng setiap satu bahagian tersebut (biar keow teow bersalut telur) dah kekuningan asingkan. Lepas tu buat satu lagi dengan cara yang sama.


Untuk kuah
1- Tumis semua bawang dan cili padi hingga naik bau, masukkan air, lepas tu masukkan daging dan udang.
2- Apabila daging lembut masukkan sos tiram dan sos ikan dan juga garam secukup rasa.
3- Tambah semua jenis sayuran. Dalam 6minit sayur masak padamkan api.


Untuk hidangan
1- Letakkan keow teow yang digoreng tadi dan lepas tu curah kuah dan bahan sekali. Buat untuk 2 bekas. Hidangkan