Thursday, March 25, 2010

Tetamu dari Bumi Kenyalang

Hujung minggu lepas tetamu dari bumi kenyalang datang MIL and hubby's saudara tak terkirala berapa orangla yang datang. Bak kata orang tetamu datang bawa rezeki. Me and hubby suke kalo ada tetamu datang di rumah.. boleh masak-masak layan tetamu.. yang jauh kita dekatkan yang dekat, dekat kan lagi...

Inila keluarganya ada lagi yang tak masuk dalam gambar nih
MIL and aunty and sepupu hubby
Princes and pakcik la kot
Ha.. masa bersantap


Saturday, March 20, 2010

Kek Coklat

Dah lama tak buat kek coklat, so sempena nak meyambut tetamu keesokkan hari buatla juga kek coklat nih. Resepi asal ambik dekat blog 'En Mat Gebu' tapi dah diubah suai skitla.. Sempat juga mom minta bawa balik Sabah. Kek ni rich coklat dan tak manis sangat just nice gitu. Layan resepi ya..
BAHAN - BAHANNYA
250 g mentega
300 g gula perang
4 biji telur gred A
1 camca besar coklat paste
1 camca teh esen vanilla
300 g tepung gandum*
100 g serbuk koko*
Secubit garam*
1 1/3 camca teh soda bicarbonate*
1 1/3 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
325 ml susu segar


CARA
1-Lenser tin bulat berukuran 11 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Panaskan oven ada suhu 175C.
2-Putar mentega dan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu sambail terus memutar hingga kembang. Masukkan esen vanilla, coklat paste dan putar rata.
3-Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar rata.
4-Tuang dalam tin tadi dan bakar selama 50 minit atau hingga masak, ikut tahap kepanasan oven masing-masing.
Untuk Coklat Ganache
300gm Non Dairy Whipping cream
400gm cooking chocolate
1 sdb butter / majerin
2 sdb madu (untuk dapatkan coklat yang berkilat)

Cara:
1- Masukkan whipping cream dan coklat yang telah dicincang (secara double boiled)
kacau hingga sebati
2- Tambahkan butter dan madu kacau lagi
3- Biar hingga semalam untuk dapatkan hasil ganache yang sebati dan jika masih cair masukkan sekejap dalam peti ais dalam 2 jam selepas itu hias atas kek ikut kreativiti. Selamat Mencuba ...

Sunday, March 14, 2010

Jus Slurpe Hijau

Teringat masa zaman single duduk rumah sewa.Adela sorang member ni selalu balik dari kampung mesti bawa air hijau nih.. ader gak dia offer suruh minum, bila minum rase sedap pulak.. dia kata mak dia selalu buat air nih.Tapi bila minta resepi cara macam mana nak buat boleh pulak dia kata resepi tu rahsia.. geram betoi pada orang yang suker kedekut ilmu nih bukan nye rugi pun kalo bagi dan bukannya suruh mak dia buat pun.. suatu hari I search cari resepi nih maka terjumpala cara nak buat jus nih.. Jus Slurpe.. sedap..
Bahan:
1) 1 Kilo gula
2) 200 ml sunkist oren
3) 5 sudu besar esen pisang.
4) 1 sudu kecil pewarna epel hijau
5) 2 little air


Cara:
Masuk gula dan gula dan air masak hingga gula larut.
Tambah sunkist dan pewarna epel hijau kacau dan larut
Lepas tu masukkan esen pisang.
Biar sejuk simpan dalam botol.Nak minum bancuh dengan air dan ais.




Saturday, March 13, 2010

Masak Lemak Daging Salai

Dulu dekat ofis lama kalo buat makan-makan mesti ader lauk nih masak lemak daging salai.. rasanya memang sedap..dengan kelembutan daging..iala daging tuh dah disalai terlebih dahulu lembutla.Tapi kalo nak ikutkan I memang tak suke makan masak lemak segala jenis masak lemak masa zaman muda remaja dulu, entah kenapa bila lepas kawin nih dah suke.mungkin sebab my hubby suke makan masak lemak kot walaupun dia bukan la dari negeri minangkabau..
layan resepi ya

Bahan:

1-1/2 kilo Daging batang pinang (basuh, salut garam skit dan panggang hingga masak)
2-15 biji cili padi *
3-1 inci kunyit hidup*
4- 1/2 halia *
5- 3 ulas bawang putih*
6-4ulas bawang merah* ( * semua bahan ni tumbuk sekali)
7-8 biji belimbing buluh
8- 3 batang serai diketuk
9-200ml santan pekat
10- garam secukup rasa
11- 2 keping asam keping
12- 1 sudu kecil gula
13- 400ml air

Cara:

1- Hiris daging yang dipanggang tadi dan gaul dengan semua bahan tumbuk tadi
2-Masukkan dalam periuk semua bahan tadi tambah air dan serai masak biar sebati
3- Masukkan asam keping dan belimbing buluh tambahkan dengan garam dan gula juga santan
4- Masak biar mendidih padam api.. sedap dimakan dengan nasi panas..

Watermelon Blended

Cuaca panas petang nih sedap minum yang berais.. Tadi pagi jalan-jalan dekat ACE ada jual buah tembikai merah yang nampak mengiurkan... huhh terus capai separuh.. kalo sebiji lambat nak habis.. apalagi balik terus jer buat Watermelon Blended...


Thursday, March 11, 2010

Spagetti Segera

Mood malas nak masak masih belum kebah lagi.. tak tahula kenapa sebabnya.. tapi hati ni tetap nak makan.. memang tak nak makan kat luar sebab segala stok bahan mentah tu ader dalam peti doremon tuh.. walau malas cam mana pun ku gagahi juga langkah ke dapur.. Makan malam yang simple Spagetti daging, walaupun simple apa yang penting sedap.. selalu sos buat sendiri tapi dah nasib baik terjumpa sos spagetti brand Kimball so cubala.. layan yer resepi nih

Bahan:
1- 3 ulas bawang putih dicincang
2- 5 sudu besar daging cincang (brand Ramly)
3-parutan lobak merah
4-1 sudu kecil herba oregano
5- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
6- 3 sudu sos tomato
7- 4 sudu besar sos spagetti (I used KIMBALL)
8- 2 sudu minyak zaiton
9- 200 ml air


Cara

1- panas minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau
2-Masukkan sos spagetti, sos tomato,daging cincang, lobak merah dan air
3-Agak sebati masukkan herba oregano dan lada hitam masak 3 minit padamkan api.


Untuk bahan mee

1- Ikut angaran berapa orang nak makan, rebus spagetti dengan beberapa titis minyak zaiton hingga masak dan toskan.

Siap tuang sos atas mee dan boleh santap.

Wednesday, March 10, 2010

50 RANGSANGAN MUDAH MENJADIKAN ANAK BIJAK

Info ni dapat email dari ofismate.. amat berguna untuk pendidkan awal simanja. Kebanyakkan perkara yang disenarai dibawah I already practice to my doter memang menjadi . Kadang bila naik tangga jer dia dah boleh kira one, two, tree, four... sampaila keberapa dah tak faham dia sebut.. then selalu bagi nonton youtube Bunny, atau lagu kanak-kanak siap dia boleh angkat beg notebook papa dia nak suruh buka notebook tu..my doter dah pandai ambil drypers sendiri then pakaian sendiri ikutla dia capai baju aper..Perlu banyak berinteraksi dengan baby supaya dia cepat belajar dan faham apa yang dikata.
1-BERTENTANG MATA
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.
2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.
3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN
Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..
4-JELIRKAN LIDAH
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.
5-HASILKAN BUKU BINATANG
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.
6-GELETEKLAH BAYI ANDA
Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.
7-TUNJUKKAN PERBEZAAN
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.
8-BERKONGSI PANDANGAN
Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.
9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA
Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin....") . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.
10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.
11-SENTUH DAN RASA
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.
12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.
13-BERI KATA KUNCI
Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.
14-BERI KEJUTAN
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.
15-SEDIAKAN BANYAK TISU
Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.
16-BACA BUKU
Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.
17-MAIN CAK-CAK
Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.
18-JANGAN LUPA REHAT
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.
19-MAIN DENGAN WARNA
Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.
20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.
21-ANGKATKAN SAHAJA
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.
22-BIAR DIA MEMBEBEL
Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.
23-LATIHAN MENEKA
Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.
24-BINA LALUAN HALANGAN
Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.
25-IKUT RENTAKNYA
Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.
26-BUAT MUKA LAWAK
Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.
27-RASA SEKELILING ANDA
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.
28-CERITAKAN KISAH DONGENG
Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.
29-BAYANGAN WAJAH
Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.
30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS
Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.
31-GOYANGKAN BADAN
Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.
32-JADILAH TAMAN PERMAINAN
Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.
33-KIRA SEMUANYA
Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.
34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA
Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")
35-TUTUP TV
Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.
36-TUKAR PEMANDANGAN
Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yang lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.
3 7-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA
Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .
38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA
Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.
39-MAIN HUJAN
Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.
40-MENANGKAP SERANGGA
Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.
41-BERGURAU- SENDA
Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.
42-MAIN DENGAN PAKAIAN
Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.
43-AJAR TENTANG ISIPADU
Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.
44-HASILKAN ALBUM KELUARGA
Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.
45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA
Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.
46-PERGI KE PERPUSTAKAAN
Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.
47-CONTOHI CARA SESAME STREET
Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.
48-MAIN BERULANG-ULANG
Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.
49-MAIN "TIRU-MENIRU"
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.
50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN
Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Monday, March 8, 2010

Transformasi Kitchen2

Yeyeyey...hari ni kitchen umi siap.. huhh mengemas sakan nih.. Terima kasih hubby sebab tolong kemaskan semua barang. Hadiah-hadiah pinggan mangkuk yang dapat masa kahwin dulu baru mau buka dari kotaknya setelah 2 tahun lebih kahwin dah tak ingat saper yang bagi hadiah tuh. Apa pun terima kasihla pada mereka semua..Walaupun dah ader dapur baru nih tapi tak taula macam malas pulak nak memasak.. entah kenapala jadi cam nih... mungkin angin dari barat ker timur ker sudah datang..tunggula lagi seminggu dua untuk tahu aper sebabnya yang malas nak memasak nih.. Alhamdulillah terasa selesala skit nak buat keje kat dapur.. Harap anak gadisku tidak la rajin mengexplore segala ruang dapur yang boleh ditutup buka tuh. Hmmm next project pulaks... tunggu...


Haaa ni pulak geng solid surface. Pasang solid surface lebih kemas skit tapi high maintenance skitla..
Ha nih ROCA tab yang umi suker..





Monday, March 1, 2010

'UMI...,UMI...UMI....'

Princes Aisyah dah setahun enam bulan so bulan Mac nih masuk setahun tujuh bulan. Sejak Princes Aisyah setahun umurnya dah pandai sebut 'PAPA' skit-skit papa..papa..papa.. kadang-kadang rasa jelous pulak sambil menanti bilala anakku akan sebut 'umi'.. Syukur dan gembira sangat sejak kebelakang ni baby dah pandai sebut 'umi'.. 'umi' kadang tu kejap-kejap sambil sebut tu dia datang dan kiss sekali.. huhh bahagianya rasa.. sebab tula rasanya cam nak tambah zuriat lagi.. my doter gak dah pandai jika makan mesti bagi kat papa ngan umi skit.. bila umi sidai kain dia pun tolong sidai, tolong suakan kain pada umi.. tolong sapu lantai pantang umi pegang penyapu berebut dia nak ambik dari umi dan 'tolong' sapu, paling terror sekali my doter nih kalau pakai kasut terus dia akan capai kunci kereta ker atau kunci motor (ikutla mana yang dia capai dulo) beri pada papa dia, tanda suruh bawa jalan la tuh. hmm bahagia betoi ada anak nih. "I love you, you love me, we are one happy family, with a great big hug and a kiss from me to you, won’t you say you love me too…”