Tuesday, December 28, 2010

Tetamu Istimewa

Semalam terima kunjungan dari rakan sepejabat yang juga balik kampung rupanya dekat dengan rumah saya jugakla rumah mak Kak Zaini. Sebelum balik dah cakap dengan Kak Zaini kalu balik kampung datangla rumah bawa famili sekali. Ha yang pakai tudung putih tu la Kak Zaini bersama suami dan anak-anaknya.
Dimurahkan rezeki Kak Zaini pun datang bawak semua famili termasuk emaknya sekali. Untuk menyambut kedatangan Kak Zaini saya sediakan Nasi beriani bersama Kuzi Ayam, Kari Daging,papadom dan Kerabu nenas. Tapi semuanya tak sempat nak ambik gambar masakan tu.Lepas makan kami semua duduk bersembang dan saling bertukar-tukar pendapat dan saling mengenali antara satiu sama lain.Terima Kasih pada Kak Zaini yang sudi hadir ke teratak hamba di kampung.

Monday, December 27, 2010

Santapan Diraja




Sempena dengan cuti hujung tahun tapi bukan nak perabih cuti, tapi ambik cuti disebabkan sepupu kawin di kampung kami pun balik ke Penang. Dengan memegang tangungjawab oleh mak saudara minta masakkan untuk santapan raja sehari tapi kali ni dua pasang raja 'Abang Long dan Abang Ngan' bersama pasangan mereka. Jenuh fikir nak buat resepi apa...bukannya apa sebab saya cuba sediakan yang terbaik bukan alah membuat jer.. Saya sediakan Siakap Sweet Sour, Udang Sanggul berampai dan Puding mangga serta Puding Dragon fruit.Gambar makanan tu tak sempat amik yang ni jer yang sempat ambik. Nasib baik dapat sediakan sebelum pengantin tiba sempat nak make up meja santapan lagi.Nasib baik adik-adik dan hubby bantu sama..bolehla kami buka katering adik beradik nanti..hahah..berangan..Tapi sebelum balik tu sediakan juga muffin dalam 500 biji perasa pisang dan chocolate untuk diberi pada keluarga kedua-dua rombongan pengantin perempuan.

Thursday, December 23, 2010

Red Velvet Cheese Brownies

Untuk bekalan bawa balik ke kampung saya sediakan RED VELVET CHEESE BROWNIES. Resepi ni saya ambik dari dapur ILHAM DAPUR. Memang tak sia-sia buat memang sedap. Tapi tersalah teknik jugakla sebab guna loyang saiz 9x9 jadi brownies ni takla tinggi sangat. Sebab loyang saiz 7 tu tak ada.Rasanya kena tambah kolehsi loyang lagi nih..Resepi seperti dibawah.

  • 125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 60g mentega - suhu bilik
  • 110g gula halus
  • 1 biji telur saiz A - suhu bilik
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • 120ml susu segar - suhu bilik
  • 1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
  • 1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi
  • kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emolco
  • 1/2 sudu kecil cuka
  • 1/2 sudu kecil baking powder

Lapisan Cheese
  • 200g cream cheese - suhu bilik
  • 1 biji telur saiz B@A - suhu bilik
  • 60g gula galus
  • 1 sudu besar jus lemon

Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.


2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.


3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.


4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.


5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.


6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.


7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.


8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.


Lapisan Cheese


Cara


1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.

2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay.
3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan.

Tuesday, December 14, 2010

Almond Chocolate Pic Triffle

Hari ini saya sediakan Almond Chocolate Pic Triffle antara menu jamuan di ofis tengahari tadi. Triffle ni buat semalam. Ini resepi sendiri. Nasib baik menjadi, laris pulak tuh. Tapi dah buat untuk ofis buat jugakla untuk sendiri. Kiranya rasa yang dekat rumahla dekat ofis tak sempat rasa dah habis.Resepi seperti dibawah:


Bahan:

2 gulung swiss roll perisa oren

Bahan jeli
serbuk jeli segera
air
strawberry emulco

Bahan kastard Chocolate
3 sudu besar tepung kastard
chocolate yang di double boil
susu cair ideal
gula kastard
air buah pic (ambil air yang dalam tin buah pic)

almond yang dipanggan
Buah pic yang dihiris
chocolate strawberry (saya guna hershey)
whipping cream

Cara buat:
1- potong swiss roll dan susun dalam bekas untuk 1 lapisan. Kemudian susun buah pic separuh lagi simpan.Sirap sedikit chocolate strawberry ke atas swiss roll tadi
2-Untuk jeli ->Masukkan air dan jeli masak hingga mendidih, kemudian masukkan strawberry emulco. Biar hingga sejuk tuang separuh ke atas swiss roll tadi biar beku sekejap.
3-Untuk Kastard Chocolate- Masukkan susu, tepung kastard, gula dan air buah pic tadi kacau sebati kemudian masukkan chocolate yang telah di double boiled tadi kacau atas api perlahan hingga agak pekat kemudian curah atas swiss roll tadi.
4-Ulangi proses tadi untuk lapisan swiss roll yang kedua hingga habis.
5-Untuk Whipping Cream-Pukul whipping cream dengan gula kastor hingga gebu, kemudaian curah atas lapisan teratas swiss roll.
6-Lepas tu hias dengan almon dan baki hirisan pic serta chocolate yang dicincang.
7-Sejukkan semalaman untuk dapatkan hasil yang memuaskan.

Saturday, December 11, 2010

Happy Birthday to Me...

Sungguh surprise pagi ni...awal pagi mother in law call wish birthday..saya bangun pagi seperti biasa selepas siap di atas jadi turun kebawah nak siapkan sarapan pula untuk puterahati tercinta dan juga puterihati yang sorang ni.Tiba-tiba ada kek sebiji, lantas ada ucapan 'Happy Birthday Sayang'. Apa yang istimewa kek tu bukannya kek SC ker atau dari bakeri mana-mana tapi ni homemade.Papa buatkan kek untuk Umi..Ya Allah sungguh surprise..suamiku ni bunkannya jenis nak masak ker (kecuali masak air dan masak nasi) apatah lagi nak buat kek, walaupun ianya bukannya yang dihiasi dengan fondant ker aising ker tapi ianya lebih dari itu pada saya..Patutla malam tadi papa tido lambat sangka buat kerja ofis kat bawah rupanya buat kerja lain..Thanks Sayang..sedap kek tu..menjadi pulak kek tuh..

Tuesday, December 7, 2010

Berbakti Pada Tanah

Tanah sekangkang kera...saya guna sepenuhnya untuk mendapatkan hasil. Tanam pokok yang boleh mengeluarkan hasil dan boleh dimakan. Tapi tak la tanam sepenuhnya atas tanah tanam dalam pasu jer bila nak masak kutipla kat belakang rumah tuh. Kadang tu nak guna sikit jer tapi kena beli banyak sebab mana orang nak jual skit-skit kan contohnya serai nak guna dalam dua batang jer kena beli segengam pas tu baki bagi tido dalam peti ais hingga layu pas tu buang..kan dah membazir..tak mo cam tuh..membazir perangai syaitan...Antara tanaman yang ditanam :
Pokok Serai
Pokok pudina. Pokok ni dah merayap dekat tanah umah sebelah jadi saya pindah kan dia kat tempat lain, tumbuh subur pulak kat atas tanah rumah sebalah tuh.
Pokok kunyit, pokok ni dalam proses rawatan sebab ada la pulak ulat suka makan daun dia. Kat bawah tu pokok bawang putih..boleh tumbuhker bawang putih kat situ?
Ni daun pandan
Ni pokok asam limau sedang berbuah..cepatla besar buah tu boleh petik
Ni pokok limau purut dalam proses rawatan jugak ni sebab ulat suka makan daun dia jugak
ni daun kari tengah bercambah
Ini orkidla. Kena ingat bila nak bubuh baja ikut jadual supaya hasilkan bunga yang cantik. Ada lagi pokok mengkudu yang masih kecil, pokok cili padi dan baru tanam pokok tembikai. Depan rumah ada juga pokok nangka yang developer tanam dan pokok betik ni tumbuh sendiri tak tau sapa yang tanam.

Kerutup Ayam Kampung dan Kerabu Perut Thai vs Pineapple Lassi


Rasanya bulan ni bulan untuk masak dari buku 'Sedapnya' resepi Chef Wan. Oleh kerana ada lagi ayam kampung lagi separyuh jadi saya buatkanlah Kerutup Ayam Kampung dengan Kerabu Perut Thai. Kerutup ni kalau buat guna daging pun sedap. Resepi untuk mencuba:

Bahan:

1/2 ekor ayam kampung yang dipotong
minyak masak untuk goreng terendam
2 sudu besar pes cili kering
2 batang serai dititis
1 helai daun pandan
1 sudu besar ketumbar serbuk
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 cawan santan
2 sudu gula melaka/gula merah
1/2 cawan kerisik
2 keping asam gelugor
garam dan gula secukup rasa


Bahan perapan(dikisar)
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
scm lengkuas
1 batang serai dihiris halus

Caranya:
1-Gaul semua bahan kisar dengan ayam dan perap semalaman.
2-Panaskan minya dan goreng ayam tersebut kekuningan. Toskan
3-Baki minyak tersebut kalau banyak simpan separuh dan tumis pes cili,ketumbar,jintan manis dan jintan putih,kulit kayu manis,buah pelaga, serai dan daun pandan hingga wangi.
4-Tambah santan kacau dan masukkan ayam tadi.Renehkan selama 20 minit.
5-Campurkan kerisik, gula melaka, asam gelugor dan renehkan selama 5minit kemudian perasakan dengan garam dan gula. Padam api.


Kerabu Perut thai

Bahan
300 gm perut dibasuh dan direbus hingga empuk lepas tu dihiris
2 batang kacang botol dihiris
1 gengam taugeh dicelur separuh masak
1 sudu pes cili kering
3 sudu kerisik
5 biji cili padi dihiris
1/2 batang bunga kantan dihiris
1 batang serai dihiris nipis
1/2 limau nipis diambil airnya
2 sudu besar kacang tanah dimesin (optional)
garam secukup rasa

Cara:
1- Gaul semua bahan diatas kecuali limau nipis hingga sebati. Kemudian masukkan air limau nipis dan gaul lagi. Sedia dihidangkan

###Penyediaan kerabu biasanya awal sebelum masak yang lain supaya ianya akan set dan sebati dengan semua bahan yang digaul setelah dibiarkan beberapa ketika.

Untuk minuman pulak saya sediakan Pineapple Lassi. Oleh kerana hari ini tersangatla terik cuaca jadi memang nyaman minum lassi nih. Resepi seperti dibawah:

Bahan
1/2 biji nenas dipotong dan dihiris
500 ml susu segar
1 bekas yogurt
3 sudu gula
kiub ais

Caranya:
1- Campur semua bahan dan mesin hingga sebati. Tuang dalam gelas.

Egg Tuna Puff

Untuk sarapan pagi ni saya buatkan Egg Tuna Puff Untuk yang tersayang. Puff pastri tu ada lagi baki 3 keping, tuna pun ada jadi saya cipta resepi ni la pulak. 3 keping dengan teh tarik cukup la untuk kami 2 orang makan kira makan sorang 11/2 keping hahaha Aisyah tumpang skit-skit ker...Tak der la siap sarapan pagi kol 9.00 pagi lepas tu dalm kol 12.00 tu saya dah siapkan makan tengahari pulak so tak perlu heavyla untuk makan pagi kan..Nak buat ni punyala senang dan kejap jer penyediaannya nak buat sarapan ke buat minum petang pun boleh nak buat jual pun boleh la jugak..Resepi cam ni yer:


Bahan:
1 biji telur
2 sudu besar Tuna (saya guna chili tuna)
bawang besar yang dihiris

Cara:
1- Masuk semua dan gaul

Untuk pastri

3 keping kulit pastri
1 biji kuning telur
serbuk lada hitam untuk ditabur

Cara:
1-Kulit pastri dipotong keliling lepas tu dilipat
2-letak bahan tuna tadi
3-sapu kuning telur dan tabur lada hitam
4-Bakar pada suhu 180 c selama 15 minit
5-Hidangkan

Sunday, December 5, 2010

Bread Sugar Cheese

Sesekali teringin juga nak meroti. Jadi malam tadi buat roti bangun jer pagi dah boleh sarapan roti buatan sendiri.Untuk resepi roti ni mudah sangat tak perlu banyak bahan mewah yang susah nak cari tu kecuali kena pergi kedai bakeri.Bahan dibawah hasilkan 6 biji roti.

Bahan A

250g tepung

2 sudu besar gula

4g yis @ 1/2 sudu besar yis segera (mauripan)

2 sudu besar susu tepung

1/2gm sedu kecil garam halus (spt halagel)

Bahan B

1 bj telur

115 ml air

Bahan C

1 sudu besar margerin / butter

Bahan D (untuk tabur atas roti)

Keju yang diparut

gula

Cara 1 ( uli mesin )

Masukkan Bhn A dlm mangkuk doh. Putar sehingga sebati. Masukkan bhn B. putar lagi sehingga sebati dgn kelajuan sederhana (1.5). Masukkan bahan C. putar sederhana laju. Bila dah sebati, putar dgn kelajuan tinggi (2). Putar selama 15 minit. Off kan mesin.

Biarkan selama 30 minit atau sehingga kembang 2 kali ganda, tumbuk2 semula doh. Bentukkan mengikut citarasa. Letak di atas dulang pembakar dan tabur cheese dan gula Biar selama 1.5 jam. Panaskan oven 15 minit. Bakar roti selama 15 minit atau sehinga perang. Dah siap.

Cara 2 ( uli tangan )

Masukkan bhn A dlm dulang besar. Gaul hingga sebati. Masukkan bhn B. uli hingga jadi doh. Masukkan bhn C. uli lagi sehingga licin. Doh tersebut memang lembik sedikit dan melekat di tangan, cuma perlu ambil sedikit tepung (serbuk) letak di tangan dan teruskan menguli sehingga doh tidak melekat di tangan. Uli selama 15 – 20 minit.

Biarkan selama 30 minit atau sehingga kembang 2 kali ganda, tumbuk2 semula doh. Bentukkan mengikut citarasa. Letak di atas dulang pembakar. Biar selama 1.5 jam. Panaskan oven 15 minit. Bakar roti selama 15 minit atau sehinga perang. Dah siap.

Asam Pedas Nenas Ayam Kampung

Hari ini saya masak Asam Pedas Nenas Ayam Kampung, ayam bandar dah tak lalu seketika ya..saya beli ayam nih dekat ofismate, hubby dia buat jual ayam kampung. Sebab saya singgah dapur CMG, tengok punyala sedap CMG masak asam pedas nenas nih, jadi saya pun masakla..Memang sedap, berbaloi-baloi saya tunggu ayam kampung order 2 hari baru sampai. Resepi seperti dibawah ya, ini ikut sukatan yang saya masak untuk 2 orang makan.
Bahan :

1/2 ekor ayam kampong di potong
Bunga kantan dibelah2
Daun kesom
1 biji tomato masak belah 4
1 sudu besar lada hitam dimesin
1/2 biji nenas madu dipotong (tak der nenas madu, nenas biasa pun ok)
2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air dalam 2 gelas

Bahan kisar
2 cawan cili kering yang dikisar
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2 biji buah keras
1 cm lengkuas
1cm halia

Cara:
1- Tumis semua bahan kisar sehingga naik bau.
2-Masukkan ayam tadi dan tambah air ikut kecairan yang dikehendaki.Reneh ayam tersebut hingga empuk.
3-Perasakan dengan garam dan gula serta lada hitam. Tambah nenas, daun kesom,asam keping dan bunga kantan, masak hingga sebati lepas tu masukkan tomato dan padamkan api.
Hidang dengan nasi panas.

Item Ikea

Selepas habis semua urusan rumah lepas zohor cam tu ajak hubby keluar pergi Munawarah sempena ada sale kat Munawarah. Dah dekat dengan Ikea, lepas habis beli tudung yang patut singgah pulak Ikea. Macam-macam pulak fikir nak beli kat Ikea ni. Semua ni berguna beli pun tak rugi sebab diguna selalu dan memudahkan kerja. Belum sampai Ikea tu berdoala banyak-banyak supaya cepat dapat parking..huh nasib baik tak sampai 15min dah dapat parking. Parking dekat Ikano kalau masuk ikut Ikea memang sampai isyak pun belum tentu boleh dapat parking. Ni antara barang yang disempat dicapai:)

Saturday, December 4, 2010

Mee Kari ketam

Rasanya musim ketam mendarat kot sekarang. Kalau pergi mana-mana pasar banyak jer ketam bergelimpangan dalam talam. Tapi harganya masih jugak mahal walaupun hanya berat kulit dari isi..rasa dekat semenanjung tak masih tak ada lagi oranga yang jual isi ketam saja tanpa kulit, tapi kalau dekat Sabah tu ada la sebab pernah jumpa sebab tu di sesetengah restoran sea food ada jual sup ketam ooo sedap..memang terasa isi ketam betul.Oleh kerana nak kelainan saya cuba pulak buat Mee Kari Ketam. Nak tau sedap ker tidak cubala ya resepi seperti dibawah:

Bahan:

2 ekor ketam di potong 2 setiap SATU

1 cawan kerang yang telah direbus dan dikupas kulit

Bahan kisar

4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 cm halia

2 sudu besar rempah kari daging (saya guna baba's)

1 cawan santan

air asam jawa dangaram secukup rasa

minyak untuk menumis

air kosong

Bahan Hiasan

1 peket mee kuning dicelur

1 biji tauhu digoreng dan dihiris

2 keping fish cake digoreng dan dihiris

Sawi dicelur dan dipotong

1 biji tomato dibelah 8

Limau nipis yang dihiris

Bawang goreng untuk ditabur.

Cara:

1- Tumis semua bahan tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari, dan tambah segelas air kosong masak hingga sebati hingga agak pecah minyak sedikit.Jika terlalu pekat boleh ditambah air lagi.

2-Masukkan ketam dan kerang masak hingga sebati. Tambah pula santan kacau. Perasakan dengan air asam dan garam secukup rasa. Masak dalam 5 minit padam api.

Cadangan hiasan:

1- Letakkan mee dalam mangkuk.

2-Kemudian masukkan semua bahan hiasan dan tuang kuah kari tadi. Sedia untuk dimakan

Blueberry Cheese Cake (non baked, no egg)

Untuk menghabiskan stok cheese sebelum monopus saya buatkan non bake Blueberry Cheese Cake tanpa telur. Semua bahan tersedia ada so awal pagi lepas buat sarapan saya terus buat kek ni. Lepas buat masukkan dalam peti ais dan nanti petang dah boleh buat minum petang. Resepi seperti dibawah ya:


Bahan base:

150 gm biskut digestive
130 gm butter cair

Cara:

1- Campur semua bahan, tekan pada dasar loyang yang dialas dengan kertas minyak kemudian sejukkan.

Bahan Cheese
200 gm cream cheese
20 gm gula kastor
8 gm gelatin
60 gm air
200 gm whipped cream (whisk dahulu)


Cara:

1-Putar cream cheese sampai gebu, masukkan gula dan pukul sampai smooth. Kemudian tapiskan.
2-Dalam bekas lain, curah gelatin dalam air, biar seketika double boiled sampai gelatin hancur. Campurkan pada adunan cream cheese, gaul rata
3-Akhir sekali kacau dengan whipped cream, masukkan dalam loyang 7'i.
4- Sejukkan dalam peti ais

Topping
Bluberry filling secukupnya

Cara:

1-Bila kek sudah keras sapukan blueberry filling dipermukaan kek tadi hingga rata. Sedia untuk dihidangkan

Wednesday, December 1, 2010

Hidup Biar Sedap...

Hidup penuh ceria. Hujung minggu saya lebih selesa duduk dan bersantai dirumah dari pergi berjalan-jalan dan santai diluar.Rumahku Syurgaku. Tak seperti dulu sebelum ada anak dan menyewa huhh memang tak selesa nak duduk kat rumah mesti nak keluar hujung minggu. Mungkin sebab tak banyak aktiviti yang boleh dibuat bila duduk dirumah orang bukan rumah sendiri. Sekarang duduk dirumah sendiri start dari bangun pagi dah macam-macam aktiviti dah ada dalam senarai untuk disiapkan. Malam hari tu dah fikir apa yang perlu dilakukan.. Pada saya memang sungguh menyenangkan dan enjoy sekali bila berada didalam rumah walaupun rumahku itu tak seindah mahligai istana. Sambil melayan kerenah puteriku yang kadang-kadang tu tak berhenti-henti dengan persoalan..tambahan sekarang ayat yang dia akan keluarkan mula-mula ialah 'umi...kalau...kalau...' semua akan bermula dengan 'kalau' tak pun dia akan tanya 'apa tu umi?' huhh jenuh nak jawab semua barang disekeliling dia dia akan kata 'umi ni Aisyah punyakan...' semua dia punya..tahap kerajinan puteriku memang terserlah..harap rajin la hingga dewasa.. papa sibuk cuci kereta, motor dia pun tolong cuci skali..umi masak dia pun siap ambik pinggan mangkuk keluarkan..umi lipat kain dia pun tolong lipat kain, umi sidai kain dia pun joint sekali..Macam mak saya kata 'untung anak perempuan sulung perempuan, boleh tolong mak dia nanti' tapi pada saya tak kisah anak perempuan atau lelaki sulung yang penting pendidikan awal tu telah diberikan janganla terlalu manjakan anak hingga segala hal semua kita tolong buatkan..nanti anak dah besar kain baju anak pun mak yang lipat dan basuhkan silap-silap papa depa juga yang kena buat semua tu iala masa tu mak kan dah penat memasak untuk anak yang ramai dan suami. Sekurang-kurangnya dah didik anak tu mempunyai rasa tanggungjawab sejak umur meraka 1 tahun lebih la pada masa mereka dan boleh faham apa yang kita cakap contohnya suruh dia buang sendiri pampers yang kita salinkan untuk dia dalam tong sampah, kena pastikan tong sampah tu depa boleh capai la, baju yang dah pakai kat nurseri tu masukkan dalam bakul untuk dibasuh.. mainan depa kemaskan balik lepas main sekurang-kurangnya depa dah tahu menguruskan diri sejak kecil jadi tak la nanti bila depa dah besar kita akan mengadu 'ooo anak saya ni suruh apa pun tak nak buat' huhhh harap-harap saya tidak akan mengeluh mengenai ini suatu masa nanti...