Saturday, March 19, 2011

Non Baked Blueberry and Manggo Flavour



Sebelum Cream Cheese monopos saya dah siap-siap merancang untuk buat Non Baked Cheese Cake dengan Manggo flavour dan blueberry...huhhh very creamy....Hubby memang suka makan yang creamy-creamy cam nih...dapat idea tambah mangga ni dari CMG..Cream Cheese dengan rasa kemanisan mangga..huhhhh...


Bahan:
250gm biskut digestive
100 gram mentega, dicairkan
350 gram cream cheese
60 gram gula halus
1 biji mangga didadu isinya
1 1/2 camca besar gelatin halal
125 ml air suam
200 ml whipping cream
Hiasan:
Blueberry Filling
Hirisan Peach
Cara:
1. Biskut digestive dihancurkan kemudian masukkan mentega cari sedikit demi sedikit sehingga boleh dikepal dan masukkan dalam bekas, sejukkan dalam freezer lebih kurang 2 jam
2. Putar cream cheese dengan gula halus hingga berkrim, masukkan mangga tadi, putar rata. Kemudian masukkan whipping cream hingga kembang.
3.Dalam bekas lain bancuh gelatin bersama air suam, kacau hingga larut dan kelihatan jernih. Tuang ke dalam adunan cheese tadi, kacau rata dan masukkan mangga yang didadu tadi, gaul rata. Tuang dalam tin yang disejukkan dalam freezer tadi, ratakan.
4. Simpan semula tapi kali ni dalam peti sejuk selama 3 - 4 jam atau semalaman Keluarkan dari tin, hias atasnya dengan blueberry dan buah peach

Thursday, March 17, 2011

Pavlova- New Desert

Today I lunch with papa at Empayar..since papa ada meeting dekat-dekat sini so senang skit nak pergi Empayar tu.. sambil peluang untuk berdating...hehhehe.. Sebenarnya tak la lapar sangat tengahari ni sebab dah pekena roti sardin dekat kedai mamak tu sebelum masuk ofis..saja jerrrr... nak cuci mata sama..Wakyu lunch memang la ramai kan kat semua restoran ni.. tapi kaki ringan jer melangkah masuk dekat satu kedai ni SERAI Empayar..sebab apa..sebab terpandang nih......ni first time saya makan benda alah nih..walaupun first tima makan tapi betul jangkaan saya benda ni diperbuat dari putih telur yang banayk sebab tu rasanya begitu..rapuh dan mencair skit dimulut..dia bukan kek tapi macam deset tuh..bahan dia sikit jer tapi harga dia mahallll...iala sewa mahal kat situ kot..Tapi air limau kasturi dia sedap, perahan limau dan ada daun pudina segar dalam gelas tu bersama air..nyaman rasa tekak..sesapa nak rasa boleh la singgah kat situ SERAI EMPAYAR

Friday, March 11, 2011

Strawberry Cake and Rich Chocolate Banana

Pagi tadi terima tempahan dari Kak Shereen untuk celebrate anak-anak taman kat rumah. Kak Shereen pesan Chocolate kek 2 biji. Nasib baik hari ni cuti so tak la kalut sangat nak buat sempat la siapkan 2 biji chocolate kek yang simple. Dan juga bernasib baik sebab semua bahan memang tersedia ada kat rumah termasuk buah strawberry tu yang sebenarnya saya beli untuk buat strwaberry lassy untuk jamu pada famili yang kebetulan ada dekat rumah saya. Tak perla nanti saya buatkan lagi lassi tu. Gandingan strawberry dengan chocolate memang ngam budak-budak memang suka sangat tu, saya sendiri pun suka.
Ni Rich Chocolate Banana. Dalam guna chocolate whipping cream dan layer dengan pisang. Luar choclate ganace ala-ala cam secret recepi tu.

Ni pulak Chocolate Strawberry Cake. Gandingan Strawberry dan peach..

Thursday, March 10, 2011

Lasagna Daging

Malam ni sempena dengan famili semua ada dekat rumah, balik kerja saya buatkan lasagna daging. Cadangnya malam ni nak pi pekena dekat Saba' lagi bawa famili tapi cam penant jer pas tu semua dok pulun makan nasi dengan gulai sembilang yang mak masak huhhh..memamg sedap kari ibuku ni..jadi cancel esok baru pergila..Untuk tambahan makan malam saya buatla lasagna daging. Resepi serperti dibawah ya:
Bahan:
1- 1 kotak instant lasagna


Untuk kuah daging
- 250gm daging cincang
-3 sudu tomato puri
-parutan lobak merah
-bawang bengala di cincang dadu
-garam dan lada hitam secukup rasa
-cincangan daun pasli
-1 sudu besar minyak zaitun

Cara:

1- panaskan minyak dan pan
2-Tumis bawang hingga layu
3-Kemudian masukkan daging dan tomato puri serta parutan lobak merah tadi. Jika terlalu pekat tambah 1/2 air.
4- Perasakan dengan lada hitam dan garam serta tabur cincangan daun pasli tadi.
5-Masak hingga kuah agak pekat dan padamkan api.

Untuk kuah putih

Bahan:
-200 ml fresh milk
-100gm mozarella cheese parut
-garam dan lada hitam secukup rasa
-cincangan daun pasley
-sedikit serbuk ayam know

Cara buat:
1- Masukkan semua bahan dalam non stik pan dan panaskan hingga cheese larut dalam susu.

Penyediaan lasagna
1- Gris bekas caserole dengan butter terlebih dahulu
2- lapiskan kulit lasagna dalam bekas tahan panas atau caserole.
3-kemudian letak inti daging selapis. Kemudian lapis lagi dengan kulit lasagna. Buat lapisang hingga habis yang diakhiri dengan kulit lasagna.
4-Akhir tuang kuah putih atas lapisan terakhir dan bakar pada suhu 180 c selama 20minit.
5-Hidangkan masa panas.


Tuesday, March 8, 2011

Assorted Cupcakes

Alhamdulillah dapat juga siapkan cup cake yang di pesan oleh Cikgu Azni. Terima kasih pada Cikgu Azni kerna sudi order Cup Cakes ni dan Tahniah pada Cikgu Azni sebab dapat cahayamata yang kedua. Cikgu Azni nak bagi cup cakes ni pada staff hospital yang jaga dan sambut baby beliau tempohari.
Cup cakes perisa chocolate, kiwi dan blueberry

Ni antara cup cakes yang sempat dibuat..
Assorted cup cakes..Simple design and rich...

Sunday, March 6, 2011

Kelas Blueberry Cheese Tart dan Fruity Tart

Hari ini saya buatkan kelas Blueberry Cheese Tart dan Fruity Tart untuk penduduk wanita di taman rumah saya. Bukan apa sekurang-kurangnya ada aktiviti untuk wanita dan dapat perturunkan serba sedikit ilmu yang ada. Setiap sesi saya hanya ambik 5 ke 8 orang sahaja bukan apa takut nanti tak termampu. Sambutan menggalakkan dan permintaan seterusnya disusuli dengan minggu-minggu lain yang saya free. tapikan bagus betul kawan-kawan saya ni lepas jer semua siap depa siap tolong kemas dan basuh semua pinggan mangkuk lagi..terharunya..terima kasih semua.Kawan-kawan yang sibuk menyiapkan adunan mereka
Tengok tu antara yang dah siap
Ha nila hasilnya..boleh dibawa pulang
Ni la kawan-kawan yang hadir untuk kelas ni...nanti balik boleh buat untuk anak-anak

Saturday, March 5, 2011

Brownies Chocolate Cheese Blueberry

Hari ni saya buatkan Brownies Chocolate Cheese Blueberry. Sedap dan moist sangat..untuk santapan minum petang. Resepinya seperti dibawah ya..


Bahan untuk kek
250gm Butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur - gred B
1½ cwn gula kator
½ cwn susu cair
1½ cwn tepung gandum*
1 sdt Baking powder*
1 sdt Soda bikabonat* (diayak dahulu)
1 sdt esen vanilla

Lapisan Cheese
250gm Cream Cheese
1 cwn gula kastor
1 biji telur - gred B

Blueberry filling secukupnya

Cara :-
1- Cairkan butter - masukkan serbuk koko & kacau rata.
2- Dalam mangkuk lain, pukul telur & gula (guna wisk saja) smpiai sebati.
3- Kemudian campurkan dgn bancuhan butter td...kacau smpai sebati.
4- Masukkan susu cair, kacau lagi...
5- Masukkan tepung, kacau sehingga sebati & masukkan esen vanila.
6- Panaskan oven
7- Alas loyang saiz 10 X 10 X 1inci dgn griss paper (biarkan terjuntai sedikit)
8- Masukkan bancuhan coklat ke dlm loyang

9- Bakar selama 20min - guna api atas bawah

Sementara tggu bahan choc. masak sedikit, kita sediakan bahan cheese..
- Pukul cream cheese sehingga gebu.
-Masuukan gula > pukul lg hingga sebati.
-Masukkan telur > pukul lagi hingga sebati

-Selepas 20min..keluarkan bahan choc yg separuh masak tadi...tuangkan bahan cheese..ratakan keseluruh atas kek...
-Paipkan blueberry filling dan lorekkan ikut suka..
-Bakar lg selama 15min atau sehingga cheese masak...
-Hidangkan bila dah sejuk

Saturday, February 26, 2011

Laksa Penang & Red Velvet Cake lagi

Sempena dengan Birthday Pak Jang Aisyah, jadi saya masakkan makanan kegemaran Pak Jang Aisyah hmmm..Laksa, dah tentu laksa Penang la kan..Birthday Pak Jang Aisyah semalam sebenarnya tapi hari ni baru buat sebab semalam kan kerja jadi mana nak sempat buat. Pak Jang Aisyah berulang-ulang makan memamg beria sungguh dia makan..nak tau saya beli laksa tu 3 kilo (yang siap rebus la cuma balik celur jer ngan air panas) saya ngan dia jer makan hubby tak sangat makan laksa. Memang saya buat kuah banyak dan pekat. Hari juga ada reunion sekolah rendah dekat rumah my friend kebetulan rumah kami dekat jer lebih kurang 20 minit jer perjalanan..untuk reunion tu saya buat Red Velvet lagi..dengan rich cream cheese.. Cream cheese tu saya main letak jer malas nak decorate cake tuh..letak jer apa yang boleh dicapai..so jadila hasilnya sebegitu..


Condiment untuk Laksa

Bahan:

1 kg ikan sardine siap dibersihkan
20 tangkai cili kering*
1 inci belacan* dimesin (optional)
1 batang bunga kantan dibelah 4
6 keping asam keping (agak-agak masam)
5 kuntum daun kesom
Garam secukup rasa
1 paket laksa di rebus hingga lembut

Bahan hiasan:
Timun dihiris memanjang
Cili hidup dihiris
Limau kasturi dibelah 6 setiap biji
Nenas dihiris
Bawang besar dihiris
Salad dihiris halus
Daun pudina dihiris

Cara:
1- Rebus semua ikan tersebut.
2-Isi ikan dan tulang diasingkan.
3-Lebihan air rebusan ikan dimasukkan dalam periuk dan tuang sekali cili yang telah dimesin tadi
4-Mesin isi ikan tadi dan tuang sekali dalam periuk berkenaan.
5-Tulang ikan tadi juga mesin berasingan, tapi dan tuang dalam periuk tadi.
6- Dengan buka api perlahan, kacau sebati dan masukkan bungan kantan, daun kesom sertam asam keping. Jika kuah terlalu pekat boleh tambah air.
7- Rebu hingga mendidih dan masukkan garam ikut kesedapan.
8-Masak lagi 5 minit dan padamkan api. Hidangkan dengan laksa dan bahan hiasan tadi.

Tuesday, February 22, 2011

Mee Sup lagi...

Ini malam resepi masakkan gerai..tak yah pergi gerai jauh-jauh makan kat umah jer..kalo balik keja pas tu nak pergi makan kat luar pas tu nak tunggu order lagi..kalo kedai tu ramai orang mau kol 9.00 baru boleh makan.. tak suke semua tuh...sebab tula saya masak sendiri dalam kol 7.00 - 7.30 dah siap makan dah, leh solat dengan tenang pas tu boleh berehat lagi.. oklah layan resepila yer:
Bahan:
1 paket mee
2 ulas bawang putih diketuk
1/2 batang carot
3 tangkai sawi dipotong dan ketuk batangnya
100gm daging dihiris
1 ketul dada ayam dihiris
1/2 kiub ayam maggi
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu minyak untuk menumis
3 gelas air
Garam secukup rasa
Daun sup dan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Hirisan limau nipis

Caranya:
1-Panaskan minyak dan masukkan bawang putih hingga naik bau
2-masukkan isi ayam dan daging, masak hingga masak
3-Kemudian tambah air,serbuk lada hitam serta kiub ayam. Perasakan dengan garam
4-Masukkan semua sayur serta mee, masak hingga mendidih padamkan api.
5-masuk dalam mangkuk dan tabur dengan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng dan juga limau nipis. Hidangkan masa panas.

Sunday, February 20, 2011

Gula Melaka

Untuk minum petang saya sediakan gula melaka.Tempat saya panggil gula melakala tempat lain tak tau panggil apa.. Mudah sangat nak buat lagi pun hari tu ternampak nyonya dalm tv tu buat gula melaka dalam rancangan apatah dah lupa itu yang buat gak tu teringin nak buat. Resepi seperti dibawah ya:

Bahan:
2 cawan tepung pulut
air
sedikit garam
2 sudu besar air daun pandan/pewarna pandan
kelapa parut putih digaul dengan sedikit garam
gula melaka di dadu


Cara:

1- Masukkan tepung dalam mangkuk, gaul dengan sedikit garam.
2-Lepas tu masukkan air daun pandan dan air gaul sekali
3-Masak air dalam periuk, bulat-bulat dan letak gula melaka ditengah
4-Lepas tu terus masukkan dalam air mendidih tadi tunggu hingga timbul terus gaul dengan kelapa putih. Buat hingga habis adunan.

Bihun Soto Simple

Hari ni saya masak pulak Bihun soto simple..tapi ada banyak kederhakaan resepi la yer..tak derla nak tiru sebijik sebijut.Masak ikut apa yang ada di rumah tak perlu paksa diri kalo ini tak der kena jugak pergi cari. Pandai-pandailakan pelbagaikan resepi jangan terikat pada satu jer. Apa yang lain saya letak bebola daging buatan sendiri. Saya buat banyak yang selebihnya saya frozenkan. Jadi saya tak buatla begedil sebab dah ada bebola daging.ringkas, dan mudahkan..ok layan resepi ya..

Bahan untuk bebola daging

250 gm daging cincang
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1/2 sudu serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
1 biji putih telur

Cara buat bebola daging:
1- Masukkan semua bahan dan kacau sebati.
2-Kemudian bulat-bulatkan dan rebus dalam air mendidih. Bebola terapung tandanya dah cukup masak. Angkat. Untuk kuah saya hanya gunakan rempah soto yang dah siap yang dibeli dekat ofis tempohari. Tapi kena tambah halia,bawang merah dan bawang putih sedikit yang telah dimesin, kulit kayu manis.
Lepas tu masukkan ayam serta kaki ayam. Ayam tu saya potong kecik jer tak carik-carik pun..
Masak hingga mendidih. Perasakan dengan garam.
Biar 5 minit padamkan api dan tabur daun sup dan daun bawang serta bawang goreng.


Untuk cili

15 biji cili padi ditumbuk halus
kicap manis
garam
sedikit perahan asam limau

Cara:

1- masuk semua bahan dalam mangkuk dan gaul perasakan dengan garam

Bahan hiasan:
1 paket bihun yang telah direndam hingga lembut dengan air panas
Daun sup dan daun bawang yang dihiris
Bawang goreng
Taugeh yang dicelur
Tauhu yang digoreng dan dihiris
Serta bebola daging tadi.

Masukkan bihun dalam mangkuk, letak kuah dan semua bahan hiasan tadi atas bihun tersebut dan hidangkan.

Saturday, February 19, 2011

Lemak Rebung dan Daging

Pak Jang Aisyah request untuk makan makanan kampung. Memang ada rebung dalam peti doremon tuh ingatkan nak pergi pasar tani pagi ni cari perut lembu jadi boleh buat Lemak rebung dengan perut, rasanya Pak Jang Aisyah pun tak pernah makan Lemak Rebung dengan Perut sebab kami biasanya makan sambal tumis rebung dengan udang. Tapi malangnya cari kat pasar tani perut tapi malangnya dah habis jadi belila daging pun ok jugak. Okla layan resepi yang sedap ini ya...Bahan:
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
1/2 inci lengkuas*
10 biji cili padi*(semua bahan ditumbik halus)
2 batang serai diketuk
1 paket rebung jeruk
1/2 kilo daging dihiris
1 cawan santan pekat
1 gelas air
2 keping asam keping
garam secukup rasa

Cara:
1-masukkan semua bahan tumbuk dengan air sedikit dalam kuali masak hingga sebati.
2- Kemudian masukkan serai, daging dan asam keping. masak hingga daging betul-betul lembut.
3- Kemudian masukkan semua rebung beserta air dan santan masak hingga hampir mendidih, perasakan dengan garam.
4- Biar mendidih dalam 5 minit dan padamkan api.


Sunday, February 13, 2011

Marble kek


Hari ini saya baked cake lagi. Buat Trio marble kek (coklat, strawberry dan vanila). Tapi saya tak letak banyakla flavor strawberry tu dalam cake sebab tu nampak cam tak der jer color strawberry tapi rasa tetap ada. Kek ni boleh dipelbagaikan rasanya ikut kreativiti sendiri. Ok untuk rasa sama-sama kita buat resepi kek ni okies. Resepi seperti dibawah:







Bahan :
300 g mentega
280 g tepung naik sendiri*
1 camca besar susu tepung*(*gaul dan ayak)
5 biji telur gred A
250 g gula halus
1 camca besar Ovallate
20 g air
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh strawberry emulco
1 camca teh chocolate emulco

Cara:
  1. Pukul mentega hingga kembang dan putih, masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan telur, gula dan ovallate. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan baulu. Perlahankan speed dan masukkan adunan no.1 sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga semua sebati.
  3. Kemudian masukkan air dan gaul hingga semua sebati. Bahagi adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. Satu bahagian dimasukkan esen vanilla, satu lagi dengan strawberry emulco dan satu lagi dengan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
  4. Dalam bekas 9 inci, Lenser acuan dengan mentega dan alas dasar dengan kertas. Masukkan setiap adunan berselang-seli hingga habis dan buat beberapa lapis .
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 40 minit. Biar sekejap dalam oven,keluarkan dan Sejukkan kek atas jaringan hingga betul-betul sejuk.

Thursday, February 10, 2011

D'Arab Cafe Kelana Mall

Lunch dengan hubby tadi. Kebetulan hubby ada meeting dekat sini so apalagi. Bawa bekal juga hari ni tapi itula..nanti balik la panaskan bekal tu makan kat rumah. Ya la bukan senang sekarang ni nak berdating dengan hubby berdua sebab selalu bertiga..tapi bila berdua teringat pula pada pinces kami kat ofis tu(nursery).. Papa nak makan nasi so I ajak papa makan dekat D'ARAB CAFE Kelana Mall... Ia la sekarang ni kami memang tengah gila makan nasi arab. Hampir semua restoran arab sekitar Klang Valley termasuk dekat Seremban tu kami dah cuba..so dah boleh buat perbandingan tambahan makan dengan my brother yang pernah jadi tinggal di timur tengah tuh..lagi la buat perbandingan..ada pulak cita-cita nak buka restoran nasi arab..sebab nasi arab ni dah dok ranking pertama selepas nasi beriani kat Malaysia nih.. Saya order Chiken Kabsa (nasi dengan ayam) dan hubby order Chiken Aukdah (roti cam capati ngan chiken yang dihancur pas tu dimasak dengan kunyit, campur tomato cincang, kentang goreng dan ada lada hitam dan sedikit rempah)dan minum Strawberry Barbiccan..
ni antara menu yang ada kat situHuuu tengok nasi pun dah tau mesti rasa lain ya la resepi lain kan.. Dekorasi kedai okla nampak cam exclusive laTapi biasanya kalo makan nasi arab selain dari segi rasanya kita juga tengok pada beras yang digunakan.. Terus terang saya katakan tak seperti semua restoran arab yang saya penah pegi cam Saba', Damsyik...beras dia pun cam pakai beras mongul biasanya. Kalo betul nasi arab guna beras pakistan yang gemuk lagi panjang..pas tu nasi arab ni kalo kita makan mesti rasa cepat kenyang pas tu cepat lapar..kalo tak caya pi try dulu kat Saba' tu.. tapi D'ARAB ni memang out... dari segi harga hmm... mungkin lokasi sama dan sewa mahal kat situ kot so mahal skitla..Sekarang ni saya tengah buat research untuk mencari beras Pakistan yang digunakan untuk buat nasi Arab sebenar..sapa tau bagi tau ok..bukan beras Mongul tu tau..sapa nak invest untuk buka restoran ni pun bagi tau juga ok..kita runding...hahahah..

Mayong Lemon


Minggu ni terima masak ikut request by En Pak Su Aisyah, bila mana Pak Su Aisyah Check In di Villa Aisyah selama seminggu bersama kawannya untuk menguruskan perbelajaran mereka di luar negara nanti. So malam ni Pak Su request untuk makan ikan mayaong buat masak lemon . Dah pernah masak dekat dia ari tu, tu yang sibuk dok nyanyi nak makan ikan tu selalu. So semalam ada pasar malam jadi sempatla pergi beli ikan tuh. Kalo beli ikan ni ambik yang bahagian isi yang tak bercapur dengan tulang..ala cam kita makan ikan dori masak lemon la jugak. Resepi sepeti dibawah ya:

Bahan Ikan:
1 kilo isi ikan mayong (ikan merah ke, ikan dori ke lagi sedap) dicuci bersih
sedikit garam dan serbuk lada hitam
1 cawan tepung gandum*
2 sudu tepung jagung*
1 sudu kecil serbuk penaik*
sedikit air* dicampur dan kacau seperti nak buat cucur tapi lebih cair sedikit agak-agak boleh celup ikan dalam tepung tuh
1 cawan tepung gandum
minyak untuk menggoreng terendam

Cara untuk ikan:
1- ikan setelah dibersihkan dan dilap dengan kitchen towel.
2 kemudian gaul isi ikan dengan garam dan serbuk lada hitam.
kemudian celup isi ikan dalam tepung, lepas tu celup dalam bancuhan tepung tadi dan terus goreng hingga kekuningan kemudian toskan.

Untuk Kuah:

Bahan:
1- 1 biji bawang bengala dicincang
2- serbuk lada hitam
1 sudu tepung jagung
2 sudu besar air perahan lemon
1 gelas air
1 sudu minyak zaiton
sedikit kiub ayam maggi

Caranya:
1-Panaskan minya dan masukkan bawang besar masak hingga layu.
2-Kemudian masukkan air, lada hitam, kiub ayam maggi dan masukkan tepung jagung kacau hingga agak pekat.
3-Akhir sekali baru letakkan air perahan lemon kacau sebentar padamkan api.
4- Curah kuah atas ikan yang telah digoreng tadi. Hidangkan masa panas.

Monday, February 7, 2011

Tempoyak Ikan Patin

Hari ni saya masak Tempoyak Ikan Patin. Tak tau la dari mana saya belajar makan ikan patin ni. Sebabnya masak dulu dok ngan maka, memang la mak tak pernah masak ikan sungai sebab my dad memang tak makan ikan apatahla ikan sungai..Bila saya masak ikan ni kebetulan adik-adik pun ada kat rumah depa pun suka makan...Ni cara saya masak ikan ni.
Bahan:
1 ekor ikan patin dipotong dan cuci bersih dengan asam jawa dan air beras
3 sudu besar tempoyak
10 biji cili padi*
1ulas bawang merah*
1 inci kunyit hidup*
1 ulas bawang putih*(ditumbuk halus)
1 helai daun kunyit dihiris halus
2 batang serai diketuk
2 gelas air secukupnya
2 keping asam keping
garam secukup rasa

Cara
1-Panaskan kuali masukkan semua bahan tumbuk dan sedikit air dahulu beserta serai
2-Kemudian tempoyak serta asam keping kacau sebati jika pekat terus masuk air tadi
3-Lepas tu masukkan ikan masak hingga ikan betul-betul masak kemudian tabur daun kunyit. hidangkan

Sunday, February 6, 2011

Rindu Dendam

Disebabkan terlalu geram dan dendam..semasa hantar Mak Uda balik ke Terminal Seremban..Pak Jang Aisyah ajak pi pekena lagi nasi arab Damsyik..Ia la masih rindu dendam nak makan nasi arab. Apa lagi kami pun singgah dulu di Ampangan tu pi pekena nasi arab kambing dan ayam. Huhhhh mau nangis kesedapannya..sedap tak menyesal singgah..
Ni muka semua tengah lapor..tunggu order
Posing dolu..sementara makanan tak licin..
Ni rupa nasi arab kambing..huuhh berasnya bukan saja panjang tapi gemuk
Ni antara mat'am jalan-jalan cari makan yang sedap dan patut disinggah

Saturday, February 5, 2011

Majlis Tunang Adik

Ini minggu cuti satu minggu...wowowo memang best sebab tak yah datang kerja. Tapi nama jer cuti saya tetap tak cuti malah lagi bertambah-tambah kerja adala yang perlu di seattlekan setiap masa dan juga yang ada due date. Untuk cuti ni pulak nak siapkan hantaran tunang Pak Cik Aisyah yang berlangsung pada 4/2/2011. Sapa lagi yang sibuk kalu bukan kakak sulong nih..Bab-bab ni semua kakak sulung ni la yang sibuk sekali. Pada adik-adikku hampa jangan lupa ya nanti anak kakak hampa nak kenduri-kendara sila hulur bantuan jugak tau..Hantaran cuppies oreo dan chocolate cadburry

Hantaran coklat buatan sendiri tau..coklat strawberry dan coklat nut. Nak tau naper saya buat coklat sendiri sebab dah tau bakal adik ipar mesti bagi coklat daim, ferrrro roshell tu sebab dia praktikal di Langkawi. Untuk kelainan jadi saya usah la buat coklat sendiri.
Ni semua siap untuk dihantar
Hahaah.. ni acara suap-suap gula..konon cam manisan la untuk bakal menantu perempuan sahaja. Aku pun tak tau warisan darimana adat ni.. buat jerla..Kepad bakal adik iparku nanti dah kawin jaga adik akak dengan baik okies..makan biar cukup ya..

Sunday, January 30, 2011

ChickenMiniPuffPastri

Salam Pagi semua ya.. pagi yang nyaman ini hari. Pagi yang banyak kerja perlu dibereskan..Walaupun sibuk macammana pun saya tetap sediakan sarapan untuk my love both hubby and doter also my brother..Saya hidangkan dengan Mint Tea(pudina tu ambik dekat dusun belakang rumah tau) Ringkas dan mudah jer senang jer nak buat. Resepi dibawah ya:

Bahan:
6 keping puff pastri kawan dipotong 4 setiap satu
4 sudu isi ayam cincang brand Ramli
1/2 biji bawang bengala dicincang
1/2 biji tomato dicincang
sos tomato
sos thousand island untuk dihias
sedikit serbuk lada hitam
1 biji telur di asingkan kuning dan putihnya

Cara:

1- Puff pastri setiap keping dipotong 4 kemudian di cantumkan kepada 2 bahagian
2-letakkan isi ayam, tomato cincang dan picit sos tomato ke atas puff pastri tadi.Lepas tu tuang sedikit putih telur ke atas puff pastri buat untuk semua
3-Kemudian sapu dengan kuning telur dan tabur lada hitam di keliling kulit puff tersebut
4-Kemudian bakar pada suhu 170 c selama 15 minit ikut kepanasan oven masing-masing
5-Dah siap bakar keluarkan dan picit sos thousand island ke atas puff tadi dan hidangkan.

Thursday, January 27, 2011

Olio Spageti Seafood

Menu makan malam malam ni simple dan sedap jer..Buka peti doremon tengok semua bahan lengkap untuk masak spagetti jadi saya hentam la masak Olio Spageti Seafood. Janamnji kenyang tak yah makan luar. Ooo nampak tak pokok pasley kat bawah tu kutip dekat kebun belakang rumah..saya tanam. Ok layan resepi dibawah ya:

Bahan:
250 gm spageti
10 ekor udang
2 ekor sotong dipotong
1/2 batang lobak merah di potong memanjang
2 sudu besar puree tomato
5-10 biji jeruk caper (dipotong 2)
1 sudu besar serbuk lada hitam
garam secukup rasa
2 sudu cincangan oregano (kalu tak der guna jer yang kering)
1 sudu minyak zaiton
1/2 biji cincangan bawang besar
2 biji cincangan bawang putih

Cara:
1-Rebus spageti dengan air dan titis kan sedikit minyak zaiton sehingga lembut. Kemudian toskan.
2- Panaskan minyak zaiton tumis semua bawang, masukkan udang dan sotong masak.
3-Lepas tu masukkan tomato puree jika agak pekat tambah 1/2 gelas air lebih kurang (300ml)
4- Kemudian masukkan spagetti, serbuk lada hitam, jeruk caper,garam kacau hingga sebati.
5- Akhir sekali masukkan cincangan oregano gaul sebati dan hidangkan.


Sunday, January 23, 2011

Asam Pedas Ikan Pari Nenas

Hari ni saya masak Asam Pedas Ikan Pari Bernenas. Dah lama tak makan asam pedas ala Melaka ni. Tapi kali ni lain skit saya masak letak nenas madu..huhh memang sedap rasa masam-masam manis asli bukan manis gula tuhh..Tambahan terasa isi ikan yang banyak iala dah ikan pari kan..banyak isi. Layan resepi seperti dibawah ya:


500 gm ikan pari
5 sudu besar cili kisar
1/2 biji nenas separuh masak dipotong serong
6 tangkai daun kesom
1 biji tomato belah 4
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar* dikisar
3 sudu besar minya untuk menumis
2 sudu besar sos tomato
2 keping asam keeping
1300 ml air

1/2 sudu besar lada hitam dikisar
Garam sesedap rasa

Cara:
1-Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar hingga naik bau
2-Kemudian masukkan cili kisar masak hingga hilang bau cili.
3- Masukkan ikan pari dan tambah air, gaul sekata tambah asam keping. Tambah serbuk lada hitam.
4- Kemudian masukkan sos tomato, daun kesom dan perasakan dengan garam.
5-Akhir sekali tambah nenas masak dalam 5 minit padamkan api dan letak tomato. Sedia untuk dihidangkan.

Nasi Arab Damsyik

Lepas saja balik dari PD dah alang -alang ada di Negeri Sembilan jadi saya pun ajaklah hubby singgah sekali makan di Restoran Nasi Arab Damsyik yang terkenal yang dah masuk TV beberapa kali dan pernah juga beberapa kali keluar dalam surat khabar. Lokasi terletak di Taman Bougonvilla atas skit dari Ampangan. Dalam kawasan taman kira kedai tu asalnya rumah dua tingkat la dia buat restoran.
Ni waktu operasi restoran ni.Dekorasi dalaman macam makan ala-ala dirumah orang arabla.Tidak mengecewakan makan disitu walaupun tiada muka-muka arab disitu berbanding makan di Saba' Cyberjaya...memang sedap.Saya order kabsa ayam.oo ayam ada kat bawah nasila Harga makanan ok nasi pun banyak dengan set tairu, timun dan sambal macam sambal tomato namanya salato. Pastu saya order lassi manggo..tapi air out rasanya..my homemade sedap lagi..Entah kena sekarang ni kami ni sekeluarga gila makan nasi arab. Rempah kabsa ada cuma sekarang ni tengah mencari brasmati yang digunakan di restoran-restoran arab rasanya lain dari brasmati biasa yang digunakan.