Thursday, March 10, 2011

Lasagna Daging

Malam ni sempena dengan famili semua ada dekat rumah, balik kerja saya buatkan lasagna daging. Cadangnya malam ni nak pi pekena dekat Saba' lagi bawa famili tapi cam penant jer pas tu semua dok pulun makan nasi dengan gulai sembilang yang mak masak huhhh..memamg sedap kari ibuku ni..jadi cancel esok baru pergila..Untuk tambahan makan malam saya buatla lasagna daging. Resepi serperti dibawah ya:
Bahan:
1- 1 kotak instant lasagna


Untuk kuah daging
- 250gm daging cincang
-3 sudu tomato puri
-parutan lobak merah
-bawang bengala di cincang dadu
-garam dan lada hitam secukup rasa
-cincangan daun pasli
-1 sudu besar minyak zaitun

Cara:

1- panaskan minyak dan pan
2-Tumis bawang hingga layu
3-Kemudian masukkan daging dan tomato puri serta parutan lobak merah tadi. Jika terlalu pekat tambah 1/2 air.
4- Perasakan dengan lada hitam dan garam serta tabur cincangan daun pasli tadi.
5-Masak hingga kuah agak pekat dan padamkan api.

Untuk kuah putih

Bahan:
-200 ml fresh milk
-100gm mozarella cheese parut
-garam dan lada hitam secukup rasa
-cincangan daun pasley
-sedikit serbuk ayam know

Cara buat:
1- Masukkan semua bahan dalam non stik pan dan panaskan hingga cheese larut dalam susu.

Penyediaan lasagna
1- Gris bekas caserole dengan butter terlebih dahulu
2- lapiskan kulit lasagna dalam bekas tahan panas atau caserole.
3-kemudian letak inti daging selapis. Kemudian lapis lagi dengan kulit lasagna. Buat lapisang hingga habis yang diakhiri dengan kulit lasagna.
4-Akhir tuang kuah putih atas lapisan terakhir dan bakar pada suhu 180 c selama 20minit.
5-Hidangkan masa panas.


No comments:

Post a Comment