Saturday, May 29, 2010

Butter Pan Cake and Blueberry Honey

Minum petang hari ni saya siapkan Butter Pan Cake Blueberry Honey..huhh panjang namanyakan. Nama jer panjang buatnya mudah jer. Boleh buat minum petang, dan sarapan pagi pun sesuai..ala nama melayunya lempengla.. tapi telah dimodenkan..Ok layan resepi


Bahan:

1- Cawan tepung gandum

2-sedikit serbuk penaik

3-sedikit soda bikarbonat

4-1 cawan fresh milk (fresh milk dah abih saya ganti dengan susu pekat yang dibancuh dengan satu gelas air kosong)

5-sedikit garam

6-sedikit gula (kalau guna fresh milk letakla gula)

7-3 susu mentega dicairkan dan dibiar sejuk

8-1 biji telur


Caranya:

1- Pukul telur hingga kembang

2- Masukkan semua bahan kecuali tepung dan mentega, pukul lagi

3-Sebati masukkan mentega, pukul sebati masukkan tepung sedikit demi sedikit

4-Masak di atas non stik pan.

5-Hidangkan dengan blueberry dan honey.


Friday, May 28, 2010

Mix Tiramisu

Untuk minum petang sempena public holiday ni umi sediakan Mix Tiramisu untuk Papa dan Princes. Mix Tiramisu ni umi dapat dari kedai bakery. Beli jerla.. Rupa mix tiramisu macam kat bawah tu yer Cara nak buat dah ader kat label tu..ikut jer.

Ikan Mayo Berlada

Wohohh.. best betoi hari ni public holiday..bestnyer duduk kat rumah berehat..tapi hingga hari Sabtu ni jer berehat kat rumah lepas tu nak pergi bercuti sempena papa pergi outstation Umi and Princes pergi bercuti..dah lama tak bercuti..selalu outstation kene buat keje ..so kali ni nak bercuti.. Hari ni masak simple jer untuk makan tengahari sebab masa yang lain hendak digunakan untuk megemas rumah, mebasuh, melipat dan pelbagai lagila..hahah itula rutin wanita yang berkeluarga.. Tengahari ni Umi masak Ikan Mayo Berlada. Tak semestinya guna ikan Mayo ikan merah ker, ikan pari ker aper-aper jenis ikan pun bolehlah ikut selera masing-masing.

Bahan

1- 1 ketul ikan mayo-(sebab dua orang jer yang makan)

--Basuh bersih gaul garam kunyit dan goreng hingga garing, lepas tu ketepikan.

2-1 Batang serai **

3-2 ulas bawang merah **

4-2 ulas bawang putih **

5-5 biji cili merah ** mesin kasar

6-1/2 cawan air asam jawa

8-Garam dan gula nsecukup rasa

Caranya

1- Tumis semua bahan mesin hingga naik bau

2- Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.

3-Tuang lada tadi ke atas ikan yang telah digoreng.

Ayam Cencalok

Ada ofismate yang balik Melaka belikan cencalok ni. Kalau biasanya buat cencalok hanya masukkan cili padi, bawang besar dan perah asam limau...dah siap. Tapi kali ni terjumpa satu resepi lain dari yang lain saya ambil dari dapur En Mat..nak tahu cara buatnya dan resepi klik disini. Memang sedap hidangan tengahari makan dengan nasi panas..cubala resepi nih..

Sunday, May 23, 2010

Cucur Badak

Dah ader lebih ubi keledek tu bali dari buat kuah mee hari tu so inilah hasilnya... Cucur Badak.. pernah jugak terfikir naperla namanya cucur badak.. tak la nampak cam badak pun kan...tak pernah buat pun cucur badak ni, ni kali pertama buat siap frozenkan lagi untuk sarapan pagi sebelum pergi ofis..


Bahan inti

1- rm 1/2 Biji kelapa parut

2- 2 Ulas bawang merah dihiris *****

3- 2 batang serai *****

4-Cili kering 5 biji *****

5-30 gm udang kering ***** mesin hingga lumat

6-udang hidup yang jenis kecil tu sedikit

7-Garam dan gula sesedap rasa


Cara

1- Blend semua bahan yang bertanda **** hingga lumat, masukkan kelapa tadi dan blend kasar.

2-Panas minyak sesudu, masukkan semua bahan blend tadi, masukkan udang dan perasakan dengan garam dan gula.



Untuk kulit

1- 2 biji ubi keledek putih di rebus hingga empuk

2- 2 cawan tepung gandum


Cara


1- Ubi keledek di lenyek dan campur dengan tepung gandum gaul hingga sebati.

2- Lepas tu buat bulat kecil-kecil dan masukkan inti ditengah.

3- Goreng hingga masak


####akan hasilkan lebih kurang 17 biji





Ni yang dibuat frosen, goreng separuh masak dan masuk dalam freezer. Nak bakar separuh masak pun boleh

Saturday, May 22, 2010

Sawi bebola daging

Kadang-kala penat jugak dok fikir nak masak resepi aper la dengan sayur nih.. takkan resepi yang sama jer setiap masa.. kene pelbagaikan jugak supaya nampak menarik dan sedap dinikmati tak la rasa bosan nak makan... maka terhasilla Sawi bebola daging..Senang jer nak buatnyer...





Bahan

1- 2 ulas Bawang merah dihiris

2-2 ulas bawang putih tumbuk kasar

3-minyak satu sudu

4- 2 Ikat sawi

5- 1 batang lobak merah - potong memanjang

6- 10 Biji bebola daging dihiris

7- air segelas

8- taburan bawang goreng

9-2 batang baby corn-dihiris tebal

9-garam sesedap rasa

Caranya

1- Tumis semua bawang hingga layu dan naik bau

2- Masukkan bebola daging tadi dan tambah air biar mendidih skit tambah garam

3- Tambah dalam kuali lobak merah dan baby corn, lepas tu diikuti dengan sawi

4-Sayur agak layu skit padam api hidangkan dan tabur bawang goreng.


Saturday, May 15, 2010

Egg Benedit

Menu sarapan pagi yang simple dan mengeyangkan....

Bahan
1- 2 keping roti gardenia(sebab kalo letak 1 keping nanti tak kenyang makan)
2-telur sebiji
3-Butter untuk disapu
4-lada sulah dan serbuk oregano sesedap rasa
Cara
1- Sapu butter sedikit pada bekas, saya guna remekin
2- Sapu butter pada roti yang sekeping tu masukkan bahagian dalam remekin dan sekeping lagi disapu butter jugak pas tu pecah telur atas roti tu dan tabur lada sulah dan serbuk oregano.
3-Bakar dlm 10min dengan suhu 160c, hingga telur separuh masak..
4-Hidangkan dengan air kopi panas...oooo sedapnyerrrr...

Sunday, May 9, 2010

Roti Jala

Buat Roti jala sempena mom and dad nak datang rumah petang nih.. mom cakap tak yah masak apa sebab mom nak bawa lauk dari Penang. Gulai ayam piru..ayam turkey la tuh. oo sedapnya.. Bab curry marry ni mom memang terror la masak.. memang sedap.. so to me rasa cam tak best pulak sebab tetamu nak datang tapi tak buat apa-apa. pikiq-pikiq..hah buat roti jala la senang.. menjala jer.. lagi pun mom and tak makan nasi malam. lauknya tak yah buat, makan dengan gulai ayam piru..bahan semua lengkap so buatla.


Bahan Roti:

1 - tepung gandum
2-santan
3-sedikit garam
4-sedikit kunyit serbuk untuk warnakannya
5- air
6-1 biji telur

Cara:
1-Pukul semua hingga sebati kecuali tepung
2-Masukkan tepung sedikit-demi sedikit ikut kepekatan yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam acuan untuk menjala.
3- Jala atas non stik pan. Cukup masak angkat dan gulung.
#jika adunan tu putus-putus masa menjala kene tambahkan tepung skit dalam 1 sudu jer

Wednesday, May 5, 2010

Roti Lapis Daging (ala lasagna)

Selalu kalau beli roti mesti beli yang panjang punyer.. walaupun hanya 2 orang jer yang makan. Dengan menggunakan roti pelbagai resepi dapat dihidangkan dan mengeyangkan selain dari nasi.Makan nasi selalu pun boring jugakkan.. Kadang papa said 'oo malam ni tak nak makan nasila..' so umi kene la pulak tanya mr google 'malam nih i nak masak aper yer' mr google sentiasa ader jawapan yang memberangsangkan.. so terjumpala resepi roti nih.. tetapi seperti biasa segala resepi yang dapat akan diubahsuai ikut selera sendirila..just nak dapatkan idea jer..
ok layan resepi yer..

Bahan
6 keping roti putih direndam dengan susu

Bahan inti

daging cincang
bawang merah, bawang putih diris dan dadukan
minyak zaitun untuk menumis
mix vegetable
daun sup dan daun bawah dihiris
1 sudu besar rempah daging
2 sudu sos tomato
serbuk oregano di tabur
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Untuk hiasan
keju mozarella diparut
tomato untuk hiasan dihiris


Caranya:

1-Tumis semua bawang tadi hingga layu, masukkan rempah daging(jika kering tambah skit air) dan sos tomato hingga naik bau, masukkan daging kisar tadi
2- Lepas tu tambah mix vegetable hingga agak lembut masukkan garam, lada hitam dan serbuk oregano.
3- Untuk masukkan kedalam bekas, sapu butter keliling bekas lepas tu letakkan 3 keping roti putih yang direndam dengan susu tadi ke dalam bekas pembakar
4- Kemudian letak inti separuh, baki roti tadi lapis diatas inti tadi dan lapis semula inti.
5-Hias dengan tomato dan tabur keju, kemudian bakar dalam ketuhar suhu 175c dalam masa 20min. Sedia untuk dimakan..sedap masa panas..








Monday, May 3, 2010

Chicken Paperoni Salad

Menu sihat malam ni Chicken Paperoni Salad. Tak nak makan nasi malam ni. Makan sayur jer..
Layan resepi mudah yer..

Bahan


Beberapa keping Chicken Paperoni yang telah di bakar skit - Bentuknya cam ginila
Bunga salad
tomato yang dihiris
lada bengala
sos cili
serbuk lada hitam
thousand island
oregano
# campur semua bahan kacau rata dan makan terus.. kalau nak rasa fresh skit masuk dalm ais box dolu...


Sunday, May 2, 2010

Kelas Tat

Hari Sabtu lepas, ada tetamu datang.. namun tetap gak nak pergi kelas sebab dah register.. bukan tak tau nak buat berpandukan resepi tetapi untuk dapatkan teknik membuatnya. Best gak attend kelas nih..so lepas nih boleh la buat.. bagi tetamu rasa semua tat yang dibuat tuh.. ooo dah dapat tempahan untuk raya nih..






Roti Gulung Berinti

Kalau ader roti lebih-lebih tu tak tau nak buat aper..cubala buat resepi mudah nih boleh makan pagi, buat minum petang dan makan bila-bila masa..sedap dimakan begitu saja..
Bahan inti boleh rujuk pada resepi 'ROTI LAPIS DAGING(ala lasagna)

Sebenarnya bahan inti boleh jer inti aper-aper pun asal ikut sesedap rasa masing-masing. Boleh inti tuna, sardin dan sebagainya.

Bahan tepung
1- Tepung gandum sesudu di campur dengan sedikit air, kacau hingga pekat

Untuk Roti

1-Roti digelek dulu dengan penggelek kuih tuh
2-Masukkan inti tadi, gulung dan sapu skit dengan tepung tadi
3- Celup roti dalam telur dan goreng
4-Angkat dan toskan dengan paper towel.

Ayam Goreng Tomyam

Dunia masakan boleh dipelbagaikan jika mempunyai minat dan kreatif. Dari pelbagai rasa hinggalah pelbagai rupa. Cadangnya masa tengah membasuh ayam tadi nak masak ayam goreng kunyit jer dan ada kuah sikit la. Tiba-tiba tumbuk jer bawang, halia, serai dan tumis jadi resepi lain.. iaitu ayam goreng tomyam.Cara masak mudah dan cepat jer penyediaan nya. Layan resepi yer..

Bahan untuk ayam

1- Ayam setengah ekor potong ikut suker dan gaul dengan kunyit, selepas tu goreng


Bahan untuk rempah


1- Bawang merah, bawang putih halia ditumbuk halus

2- Serai tumbuk kasar

3- 2 sudu besar pes tomyam

4-cili padi ikut kepedasan ditumbuk kasar

5-garam sesedap rasa

6- 3 helai daun limau purut

7- lobak merah di potong memanjang


Caranya


1- tumis semua bahan tumbuk hingga naik bau

2-masukkan pes tomyam

3-tambah sedikit air

4-masukkan ayam yang telah digoreng tadi biar mendidih dan tambah garam secukup rasa

5-perlahankan api tambah lobak merah dan daun limau purut.

6- agak sebati semua padamkan api dan hidangkan.