Sunday, November 28, 2010

Sup Tulang Tomato

Dah lama tak buka buku resepi 'SEDAPNYA' dari Chef Wan. Ni buku resepi pertama yang saya beli masa muda remaja dulu. Kebanyakkan resepi dalam buku ni saya dah cuba masa mula-mula beli dulu. Iala bukan hanya beli buku tu buat koleksi tanpa mencuba kandungan didalamnyakan. Memang sedap-sedap belaka resepi dalam buku ni. Antara banyak chef terkemuka di Malaysia ni resepi dari Chef Wan yang saya suka. Hari ni saya masakkan Sup Tulang Tomato,saya gunakan tulang lain selain dari ekor lembu, tapi dalam buku tu tajuknya Sup Ekor Lembu Chef Wan. Cara masak tu saya ubahla skit mengikut kehendak sendir, namun rasanya tidak mengubah rasa.Nama resepi pun tak la segempar manakan tapi hasil masakkan tu buatkan orang yang makan terkenang keenakkan rasanya. Ni resepinya ok.

Bahan:
1-125 ml minyak sayuran (saya guna minyak masak saja)
2-500 gm ekor lembu (saya guna tulang lain)
3-2 sudu besar serbuk ketumbar
4-1 sudu besar jintan putih*kisar halus
5-1 sudu besar jinta manis*kisar halus
6-11/2 sudu besar tomato puri
7-6 cawan air
8-1 batang lobak merah dipotong
9-1 biji ubi kentang di potong
10-2 batang saderi dihiris kasar
11-garam secukup rasa
12-lada hitam kisar secukup rasa
13- daun ketumbar dihiris
14-bawang goreng untuk ditabur
15- 1 biji tomato belah 4

Rempah tumis
1- 4 biji buah pelaga
2-kulit kayu manis
3-bunga cengkih
4-bunga lawang

Dikisar
1- 10 ulas bawang merah
2-4 ulas bawang putih
3-2 batang serai
4-1 cm halia

Caranya:
1- rebus semua tulang dalam periuk tekanan dan ketepikan.
2- Panaskan minya dan tumis semua bahan tumis hingga naik bau, kemudian masukkan semua bahan kisar masak hingga sebati hingga naik bau.
3- Kemudian masukkan tomato puri gaul serta air rebusan bersama tulang tadi, masak sehingga tulang tersebut sebati dan serata dengan bahan tumis tadi reneh lagi lebih kurang 20minit.
4-Kemudian masukkan semua sayur masak hingga empuk.
5- Padamkan api dan tabur daun ketumbar dan bawang goreng. Sedap dimakan dengan nasi panas atau cicah dengan roti mahupun dimakan begitu saja.

Saturday, November 27, 2010

Happy BIRTHDAY pAPA

Syukur Alhamdulillah. Dapat sambut birthday hubby yang ke @@. Sempena cuti hujung minggu dan juga ada kenduri kawan papa kawin tengahari jadi saya buat yang simple je. Sediakan menu untuk sarapan Red Velvet Cake dan Aloha chicken pizza serta teh o.

Simple jer kan..Semoga dimurahkan rezeki pada keluarga kita dan dipanjangkan umur, umi dan Aisyah ucapkan pada papa. Memang dah lama tunggu nak buat kek baldu merah ni, memang tunggu khas nak buat sempena birthday papa. Memang sedap kek ni patutla dekat Whisk tu harganya rm 22.00 one slice. Untuk resepi kek ni memang saya ambik terus dari sini.Tapi saya tambah filling blueberry lagi disetiap lapisan.Memang mudah nak buat. Untuk pizza tu pulak senang jer sebab frozen pizza tu sentiasa ada dalam ais box jadi ambik dan ubah jer resepinya nak letak ayam ker, udang ker daging ker sos apa ker letak jerla. Ha ni Princes Aisyah ngan papanya potong kek siap dia nyanyikan lagu birthday untuk papa lagi.

Friday, November 26, 2010

Restoran Saba'

Alhamdulillah hari ni kebetulan meeting dekat Cyberjaya. Hahahah kalau dah meeting kat sini memang tak balik ofis dah sebab dah ofis hubby kat sini so tak yahla buat keja pak pandir lak kan.Kat sini pun still boleh clear kerja-kerja kat ofis. Kesempatan ini diambil dengan mengajak hubby makan di RESTORAN SABA', restoran arab di Cyberjaya. Kebetulan lapar punya pasal kami pergi ke restoran tu sebelum solat Jumaat, dengan perasaan yang keciwa tutup lagi restoran ni. Tanya sorang pekerja dekat kedai mamak tu dia kata bukak kol 2.00 lepas solat. Kira okla. Lepas solat kami pi semula restoran tu. Huhh ramai gak orang. Service dia tak la lambat sangat kira berpuas hatila. Menu dia pun ok tak la semahal macam restoran nasi beriani yang terkenal dekat Klang Valley ni. Makan dia pun sedapla.Tapi bila tengok nasinya seakan nasi beriani jer sebab yang selalu saya pakai rempah kabsa memang lain sangat.Kalau kabsa yang sebenar nasinya diletak tomato, karot dan lemon serta rempah yang diadun khas. Tapi makan jugakla selagi ianya boleh diterima dan rasanya tidak menghampakan. Lamb Kabsa RM 17.00 danChicken Kabsa rm 10.00 untuk quarter, no service tax and goverment tax,all inclusive.
Yang kat bawah ni sambal dan sayur yang disediakan makan bersama nasi
Ni pulak sos pedas tapi rasanya tak pedas seakan ada tomato.
Air Barbica rm 4.00 sedap gak dan saya order yogurt drink huhhh tak habis nak minum sebab terlalu masam harganya rm5.00. Nak order air Tea Cup tak sedia lagi sebab iala kami datang terlalu awal. Ada yang kata air ni sedap tapi lain kalila cuba. Kalau kita nak order Kabsa tu HALF, memang boleh makan 2 orang kalau nak jimat boleh order halfla. Pada saya harga dan makanan yang disediakan memang berbaloila. Boleh la pergi lagi ke sana.
Ni kad apabila dah buat order pelayan tu akan bagi kad ini . Lepas tu masa nak bayar kita just tunjuk kad ni saja. okla saya suka makan di sini dari makan dekat restoran arab Sri Petaling tu. Nanti kalau ada kesempatan boleh cuba Al-Jazeera pulak.

Monday, November 22, 2010

Seminggu AidilAdha

Raya Haji balik kampung lagi. Best-best memang best sebab dapat makan daging banyak dan dapat makan sedap-sedap. Huhhh sampai tak terlarat nak makan memang sedap-sedap semua terutama kalau makanan tu memang kena dengan tekak sendiri. Selain sibuk memasak banyak menu untuk keluarga dan juga masak untuk kenduri di rumah Pak Ngah Aisyah sempena masuk rumah baru dan memenuhi jemputan kenduri kawin. Satu hari buat kabsa lembu tapi makan dengan air asam dan perut.Resepi kabsa ambik sini yer. Huhhh penat tau berjam-jam saya basuh perut lembut tu..nak basuh punyala susah kena rendam dengan kapur makan dulu semalam esok tu baru boleh cuci. Lembukan ada 4 jenis perut. 1 perut tuala, perut tali, yang paling susah nak basuh perut kitab la kena selak satu-satu..bila makan sat jer..Satu hari lagi masak mee kuah.n Ini memang resepi saya sendiri la. Setiap kali raya memang kena buat mee ni. Menu ni memang dah ditempah awal oleh keluarga dah.Nanti saya masukkan resepi mee ni ok.
Ni resepi Mee kuah yang sedap cehh:

Penyediaan stok daging
Daging
Tulang (lebih sedap kalau ada tulang rusuk)

Rebus semua daging dengan tulang dalam periuk tekanan. Jika tak ada periuk tekanan rebus dalam periuk biasa petua untuk lembutkan daging yang saya guna masukkan sedikit gula batu semasa merebus.

Siap rebus hingga empuk, asingkan tulang dan daging

Bahan Kuah:
sudu Cili kering kisar
4 ulas Bawang merah dan bawang putih dihiris
kulit udang dimesin halus dan ambil airnya
3 sudu sos tomato
gula batu secukup rasa
9- 2sudu besar minyak untuk menumis
1/2 cawan kacang tanah kisar (optional)
4 biji ubi keledek putih (direbus hingga empuk dan mesin hancur)

Untuk penyediaan kuah
1- Panaskan minyak dan tumis semua bawang hingga naik bau
2-Masukkan cili kisar tadi tumis
3-Masukkan tulang dan air rebusan daging serta air kisar udang tadi.Tambah ubi keledek yang telah dimesin, jika kuah terlalu pekat tambah air sedikit.
4- Sambil mereneh masukkan gula batu, sos tomato dan kacang tanah
5- Masak hingga empuk daging dan kuah sebati sesedap rasa, tabur bawang goreng dan padamkan api.

Untuk Mee
Mee yang telah dicelur
Telur ayam yang telah direbus dan dihiris
Ubi kentang yang telah direbus dan dihiris
Tauhu yang telah digoreng dan dihiris
Cili merah dihiris
Tomato dihiris
Limau nipis dibelah 2
Isi daging tadi dihiris
Bawang goreng untuk ditabur
Sawi dipotong dan dicelur(untuk sawi lebih menarik kehijauannya titiskan sedikit minyak masa celur)

Cara hidangan:
1- Masukkan mee dan letak semua bahan mee dan tuang kuah. Selamat menjamu selera

resepi ni kena agak-agak la ikut saiz periuk yang kita nak masak ya. Saya ni jenis yang masak main ikut sukatan sendiri.

Ada hari saya buatkan nasi tomato dan ayam masak merah tapi memandangkan memang tak sempat nak berposing dan juga saya masak bihun sup ini satu kemestian apabila dah dapat banyak daging korban so saya akan masak dalam periuk besar untuk buat kenduri la jamu keluarga dan jiran tetangga. Rasanya tak cukup balik kampung seminggu sebab ada jer resepi yang masih belum dibuat sebab daging banyak lagi almaklumla Tok Aji Aisyah tukang sembelih lembu di kampung sana jadi tuan punya lembu bagila daging depa tu skit.. tambahan dengan korban yang dibuat juga.

Monday, November 15, 2010

Biskut Makmur dan Rich Fruit cake

Banyak kerja yang perlu disiapkan hujung minggu hari tu. Nasib baik semua achive target. Semua kena deliver hari Isnin ngan Selasa. Ada satu lagi aktiviti yang perlu disiapkan malam ini.. Dengan ada kenduri yang perlu dihadiri lagi..huhh sunguh memenatkan tetapi berbaloi...
Biskut ni tak ketinggalan dek zaman..setiap kali raya dah menjadi kemestian mesti akan ada orang tempah..Terima kasih pada regular customer.. Dan ni pulak fruit cup cake..sebenarnya buat kek buah sebiji sebab ada tempahan tapi yang baki tu saya buatkan cup cake dapat dalam 6 biji jer la..kejap jer santap 6 biji..resepi ambik dari DTS tapi ubah skitla guna bahan yang ada sebab tempahan last minute jadi cam ginila..tapi hasilnya sedap jugak.tanbahan menggunakan mentega golden churn masa bakar tu semerbak baunya sampai keluar rumah...

Resepi seperti dibawah yer:

Bahan:

1- 375 g buahan campuran

2-250 g mentega "Golden Churn"

3-300 g tepung superfine*

4-1 camca teh cream of tartar*

5-3 biji telur gred A

6-150 g gula kastor

7-150 g gula pasir (untuk gula hangus)

8-1/4 cawan badam keping dicincang

9-1/8 sudu mix spice* (disatukan dan diayak)

10-1 sudu teh esen vanila

11- sedikit almond flakes untuk ditabur diatas

Caranya:

1-Panaskan oven 180c selama 7 minit.

2-Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Lepas tu masukkan telur satu persatu. Pukul lagi.

3- Tepung tadi di gaul dengan buahan campuran serta almond cincang dan ketepikan.

4-Masukkan pula esen vanila. Kemudian masukkan bahan tepung tadi.

5-Masak gula pasir atas bekas caserol hingga menjadi macam caramel dan padamkan api.

6-Masuk gula hangus tadi dalam adunan tepung sambil dipukul dengan speed perlahan hingga sebati.

7-Masukkan dalam tin pembakar ukuran 8" yang telah digris dengan mentega,tabur almond. Bakar 180c selama 50 minit.

8-Untuk lebih sedap, setelah sejuk balut dengan aluminium foil dan masuk dalam peti ais dan biar semalaman sebelum di makan.. bahan kek akan lebih sebati/moist.

Saturday, November 13, 2010

Sardine Puff

Pagi ni sarapan dengan sardine puff. Sebabnya masih ada beberapa keping puff pastri dalam peti ais tu..penyediaan resepi yang mudah..Bahan inti:
1-2 ketul ikan sardin dalam tin
2-1 ulas bawang besar didadu
3-perahan air limau nipis 2 sudu
4-1 biji cili merah dihiris


Cara:
1- Campur semua gaul sebati dan ketepikan.


Bahan pastri:
1- 4 keping puff pastri
2-serbuk lada hitam
3-1 biji kuning telur


Caranya:

1- Letakkan inti sardin tadi dalam puff pastri dan lipat 2 kulit puff tersebut.
2-Kemudian tekan dihujung puff tersebut dengan garfu supaya nampak bercorak sedikit.
3-Sapu kulit puff dengan kuning telur dan tabur dengan serbuk lada hitam
4-Bakar pada suhu 170c selama 15 minit ikut kesesuaian oven masing-masing.

Sunday, November 7, 2010

Nilai......Ice Room

Awal pagi dah siap masak dan isi perut kenyang-kenyang. Bukan apa sebab nak pergi Nilai. Nak tau naper sebab nak pulangkan langsir yang dibeli semalam. Satu kejela pulak. Ingatkan boleh rehat hari ni. Ceritanya gini saya singgah Nilai lepas pergi ambik barang Pak Su Aisyah dekat Melaka. Tujuan utama pegi Nilai sebab nak beli langsir sliding door sementara sebelum nak betul-betul buat langsir baru. Jumpa la satu kedai ni beli la langsir kat kedai ni RM100.Itu harga murahla dia kata. Ok la saya pun ambik. Alih-alih sampai rumah berkobarla nak terus pasang langsir, then hubby cakap eh cam bekas lipatan jer dekat dia punya tempat bubuh pin tuh sah-sah nampak cam dah pakai cam barang second hand...huhh punya la membara masa tuh..rupanya ada gak kedai cam gini jual barang second hand. Dengan ingatan hati-hati nak beli langsir kat sana. Itula pergi pulangkan balik dan terus hubby bawa pergi ICE ROOM ni untuk sejukkan hati. Tapi sebenarnya memang dah tau ada Ice Room ni tapi kali ni merasala juga. Ais krim dia cam lain skit mungkin buatan sendiri.
Ni antara menu ais krim yang terdapat disini. Tapi ada jugak menu nasi dan western dan juga noodles. Tapi saya tengok orang meja sebelah order menu nasi dengan ayam tuh terus terbatal niat niat nak order mungkin tak berkenan dihati kot.
Ais dia tu macam disagat. Ok la..Tapi pada saya dari 5 bintang bagi 2 bintang jerla..

Toffee Caramel Cheese Cake

Dah lama nak belajar teknik buat cheese cake yang betul. Akhirnya tercapai jugak..ni antara resepi yang dipelajari dan dah dibuat pun. Tak perlu bakar.Sayang betul nak habiskan cheese cake ni. Memang sedap. Resepi dari Kak Lynn.


Bahan base:

150 gm biskut marie

130 gm butter cair


Cara:

1- Campur semua bahan, tekan pada dasar loyang yang dialas dengan kertas minyak kemudian sejukkan.

**saya hanya gunakan potongan sponge kek sebagai base


Tofee

Bahan:


40 gm almond nib

60 gm gula kastor


Cara:

1- Masakkan gula dalam bekas caserol sampai kuning, masukkan almond nib, gaul. Tutup api dan ratakan atas loyang sebentar.

2-Bila sejuk patah-patahkan kecil.


Bahan Cheese

200 gm cream cheese

20 gm gula kastor

8 gm gelatin

60 gm air

200 gm whipped cream (whisk dahulu)


Cara:

1-Putar cream cheese sampai gebu, masukkan gula dan pukul sampai smooth. Kemudian tapiskan.

2-Dalam bekas lain, curah gelatin dalam air, biar seketika double boiled sampai gelatin hancur. Campurkan pada adunan cream cheese, gaul rata

3-Akhir sekali kacau dengan whipped cream, masukkan dalam loyang 7', berselang seli tabur toffee tadi.

4- Sejukkan dalam peti ais


Topping

1/2 cawan brown sugar

1 cawan anchor whipping

1 tsp butter

Cara:

1-Campur semua bahan, panaskan sampai pekat. Kemudian sejukkan dalam suhu bilik


Hiasan


100 gm walnut (imported) di tos dan cincang


Cara:

1- Keluarkan kek tadi dan tabur walnut kemudian letak topping tadi. Hidangkan



Wednesday, November 3, 2010

Ayam Kung Pow

Menu malam ni masak Ayam Kung Pow. Saya suka makan masakan ni dekat restoran Cina Muslim, minta dia suruh buat pedas skit..sedap..Baru pertama kali buat sebab tengok dekat dapur CMG ada menu ni. Tapi cam biasa saya ubah guna bahan yang sedia ada dekat rumah la...layan resepi ya:

Bahan untuk ayam:
1- 4 Ketul isi ayam
2-1 sudu sos tiram
3-2 sudu tepung jagung

Cara penyediaan:
1-Gaul ayam bersama sos tiram
2- Kemudian gaul ayam tersebut dengan tepung jagung perap selama 30minit
3-Kemudia goreng dan ketepikan.

Bahan untuk kuah
1- 3 ulas bawang putih dicincang
2-4 biji cili kering dihiris kasar
3-2 sudu kicap manis
4-1 sudu cili kisar
5-1/2 gelas air
6-3 sudu biji gajus yang dipanggang/digoreng
7-hirisan lada bengala hijau
8-1 sudu minyak bijan
9-gula secukup rasa

Cara:
1-Minyak goreng ayam tadi, tumis pulak cili kering dan bawang putih hingga wangi
2-Masukkan cili kisar dan juga kicap manis serta air kacau dan perasakan dengan garam
3-Masukkan pula ayam tadi masak hingga pekat skit tambah minyak bijan, lada bengala dan tabur kacang gajus tadi.
4-Dalam 3 minit masak padamkan api dan hidangkan.

Monday, November 1, 2010

Bendi Udang bertelur

Menu malam ni bendi udang bertelur, bukan udang ni yang bertelur tau hanya letak telur dalam masakan ni..tengok dalam blog CMG tapi ubah skit tambah udang...sedap lo..lepas masak ni goreng ikan pekasam, cili padi dan bawang besar huhh..memang terangkat..resepi seperti dibawah:

Bahan:
1-12 biji Bendi yang dihiris
2-12 ekor udang dikupas kulit
3-1 sudu besar cili kisar
4- 2 sudu besar sos tiram
5-1 gelas air
6-Garam secukup rasa
7-1 sudu besar minyak untuk menumis
8-2 biji hirisan bawang merah
9-1 biji cili merah untuk hiasan
10-1 biji telur

Cara:
1- Panaskan minyak tumis bawang hingga naik bau
2-Masukkan sos tiram dan air kacau
3- Masukkan udang dan kacang bendi serta perasakan dengan garam
4-masak hingga empuk dan masukkan telur tadi gaul hingga telur masak
5-Angkat sayur tadi dan tabur dengan hirisan cili merah.hidangkan...