Thursday, December 31, 2009

Mee Siput Hailam


Makan malam malam nih ringkas jer masak aper yang ada dalam peti doremon tu (peti ais).. Masih ada bekalan stok mee siput Muar tapi beli dekat Air Itam, Johor yang belum dibuka, harga sepeket rm 5.00 jer entah aper rasanya tak pernah cuba pun.. tapi malam nih cuba gak la masak.. Masak hailam... ringkas jer..rupanya bila dah siap masak memang sedap buat mee hailam guna mee siput nih...rasa cam makan yee mee pulak..ok layan resepi yer.
Inila rupanya mee siput tu. Sedap rasanya.. Dalam sepeket nih ada 20 keping. Tapi untuk hidangan malam nih umi dan hubby jer makan so masak 6 keping dah cukup sorang 3 keping..


Bahan
6 keping mee siput
10 ekor udang saiz L
2 ekor sotong dihiris
3 ulas bawang putih diketuk
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
kicap pekat ikut kehitaman
1/2 sudu serbuk lada hitam
4 cawan air
Hirisan sayuran(lobak merah,sawi,baby corn,kobis)
garam secukup rasa

Cara
1-Tumis bawang putih dalam minyak sedikit dan hingga naik bau
2- Masukkan udang dan sotong goreng sekali tambah air dan masukkan semua bahan sos tadi termasuk kicap dan lada hitam.
3- Agak semua dah sebati perasakan dengan garam dan letak mee dalam kuah tersebut(mee ni agak lambat skit nak kembang tetapi masak jangan terlalu kembang nanti tak sedap)
4-Akhir sekali masukkan semua sayuran tadi dan dihidangkan..selamat mencuba.

Wednesday, December 30, 2009

Blender Baru




Selalunya orang guna blender bertahun-tahun boleh tahan.. tapi entah kenapa blender nih tak sampai 2 tahun dah berasap masa blend.. apa maksudnya? maksudnya kene beli blender baru jika guna juga nanti terbakar sapa yang susah.. so dengan penuh kasih sayang hubby belikan yang baru.. tak rugi pun beli benda-benda ni untuk digunakan selalu..memang best guna blender PHILIPS nih.. tapi yerla kalo selalu guna mesti naik bil letrik rumah aku.. Beli dekat kedai gajah tu..COURTS.. Apa yang bestnyer blender ni ada speed untuk mesin ice so bolehla buat ice blended selalu. Mesin buah pun ok tak payah nak tapis..kira bestla blender ni..thanks papa.

Monday, December 28, 2009

Aktiviti Princes Aisyah

Papa dan umi cuti 3 hari.. .. melayan puterihati..memang best dok dekat rumah.Pada umi tak perlu habiskan masa dan wang ringgit semata-mata nak tenangkan fikiran kat hotel-hotel luar tu..dok kat rumah lagi best..lagi tenang..Syukur pada Allah mahligai yang umi dan papa bina sungguh tenang dan selesa. Rezeki yang dilimpahkan berkat kelahiran puterihati kami. Itula orang tua-tua kata setiap anak yang lahir pasti ada rezekinya. Harus diingat juga itu semua adalah ujian dari Allah.
hmm ni adalah kereta kesayangan puterihati kami dengan bearnya

Masa zaman umi tak merasa pun minum Solilite nihh.. Ini buka jer peti ais dah boleh ambil sendiri Solivite nih..



Rekriasi petang mandi dalam kolam..



Bukan senang nak keluarkan Bb dari kolan nih..kene guna kemahiran yang tinggi supaya Bb dapat keluar dari kolam..kalau tak... banjir


Ni posing anakku yang dah pandai menekan-nekan punat di tv tuh

oops posing dolu..
Haa..ni makanan baru Bb makan mini Cornetto.. Habis comot..




























Sunday, December 27, 2009

Blueberry Muffin


Hari ni nak buatkan Blueberry Muffin order by nursery.. Nak hantar dekat nursery my little princes ni.. Buat cukup-cukup jer..kesian kat papa makan skit jer..Sedap muffin nih.. tak muak sangat bila makan sebab rasanya masam-masam manis tu..

Saturday, December 26, 2009

Asian Makaroni Goreng

Hari ni banyak kenduri yang wajib di hadiri... Bak kata orang tua-tua kalau tak pergi kenduri orang jemput nanti kenduri rumah kita orang tak nak datang...so pergi la.. jadi takla masak cuma sediakan sarapan pagi jer untuk hubby. Sarapan pagi yang ringkas dan semua bahannya hanya menggunkan bahan yang ada dalam peti ais tu.. Asian Macaroni Goreng



Bahannya

2 cawan macaroni - direbus dengan 1 sudu kecil minyak zaiton dan toskan

1 cawan ayam yang dicincang- brand Ramli

1 cawan sayuran campur

2 ulas bawang putih di ketuk

4 sudu besar tomato puri

sedikit herba oregano

garam dan serbuk lada hitam secukup rasa dan pedasnya

Caranya:

1- Masukkan minyak Zaiton dan tumis bawang hingga naik bau

2-Masukkan ayam, sayuran campur dan tomato puri,jika kering tambah air skit jangan banyak

3-Masukkan makaroni, lada hitam,garam dan herba oregano gaul hingga sebati

4- Sedia untuk dihidang.


Friday, December 25, 2009

Masak Lemak Cili Api Siput Sedut



Haaaa.. pagi tadi pergi pasar tani dekat Kg Budiman.. memang tak pernah pergi pasar tani dekat situ iala.. buat pun hari Jumaat mana nak boleh pergi buatla hari Sabtu ke Ahad ke bolehla pergi..Lagi pun umi and papa baru jer tau dekat situ ada pasar tani iala tempat baru belum habis jajah lagi semua lorong-lorong sekitar dengannya.. Dekat situ ikan,udang murah tapi sayur mahal , mungkin sebab kebun sayur di Cameron highlands kena tutup kot.Alih-alih hubby ternampak orang jual siput sedut kat situ.. itu pun tinggal sebungkus jer..seumur hidup umi tak pernah makan siput sedut tu.. inilah kali pertama.Mak pun tak pernah masak siput tuuuu..Demi suamiku tercinta ku cuba gagahi untuk memasaknya..Tapi bila dah siap masak huhhh memang sedap..berbaloi-baloi..Kita layan resepi yer


Bahan

1/2 kilo siput sedut dibuang hujung basuh dgn asam dan garam supaya tidak hanyir
15 biji cili padi*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih* (ditumbuk lumat)
200ml santan
garam secukup rasa
2 keping asam keping-tak perlu masam sangat
2 batang serai dititis


Caranya:

1- Tumis dengan sedikit minyak semua bahan tumbuk dan serai tadi, jangan terlalu pecah minyak.

2-Tambahkan secawan air dan masukkan siput, asam keping tadi rebus dan masukkan santan

3- Perasakan dengan garam secukup rasa, rebus dalam 10 minit lagi padamkan api.

4-Siap dihidang.




Thursday, December 24, 2009

Ayam Kicap Lada Hitam


Hari nih tak rancang nak masak apa..cuba buka jer peti ais belek-belek bahan apa yang ada dalam peti ais tu hmmmm... siap dapat satu resepi.. sebab selalunya kalau nak masak akan ku singgah ke dapur maya sapa-sapa hmm pas tu terus buat tapi hari ni tak sempat nak singgah so inilah hasilnye..resepi sendiri..


Bahan untuk ayam

Ayam separuh dipotong

Serbuk kunyit dan tepung jagung digaul bersama ayam dan goreng separuh masak


Bahan Kuah

3 ulas bawang merah - mesin
3 ulas bawang putih - mesin
1 inci halia - mesin
2 sudu lada hitam dimesin
garam, gula, kicap pekat
2 keping asam keping
Daun bawang dan daun sup untuk ditabur

Caranya

1- Tumis semua bahan mesin hingga naik bau
2- Tambah air lebih kurang 2 cawan ikut kepekatan. Perasakan dengan kicap, gula,garam,lada hitam dan asam keping.
3- Masukkan ayam gaul sebati masak lebih kurang 15 minit,padamkan api dan tabur daun sup dan daun bawang.

Tuesday, December 22, 2009

Sambal Tumis Petai


Sedap... dan banyak khasiat.. sekarang nih musim buah petai..rata-rata pasar malam, pasar pagi, pasar minggu kita akan bergantungan buah petai kalau dekat KL ni satu papan mau dalam rm3-5.00.. Ok antara khasiat petai ialah berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.
Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan. Oleh itu kita jangan la pandang rendah pada pengemar-pengemar petai nih banyak khasiatnya..Untuk resepi pulak hmmm umi selalu masak sambal tumis petai tapi letak udang bukan letak ikan bilis..i tak sukerrr.. layan resepi ya



Bahan
2 papan petai dikikis kulitnya dan hiris(i tak buang kulitnya sebab banyak khasiat dekat kulitnya)
15 ekor udang L ker (tak kisah saiz apa pun sebenarnya lagi besar lagi sedap)
15 tangkai cili kering
2 ulas bawang besar#
3 ulas bawang putih #
1 inci belacan# (dimesin sekali)
Jus asam jawa
Gula dan garam secukup rasa


Caranya

1- Tumis semua bahan mesin tadi hingga naik bau. Cili terutamanya mesti di masak hingga cukup masak supaya dapat hasilkan masakan yang lebih sedap.

2-Masukkan petai tadi hingga agak lembut

3- Masuk pula udang, air asam jawa, garam, gula secukup rasa

4-Hingga betul-betul masak bau padam api dan dihidangkan.

Monday, December 21, 2009

Telur Bistik

Ini menu yang di order hari tu... Tengokla tu hidangan telur bistiknya..Naktau harganya ialah rm5.00.

Minggu lepas singgah makan dekat satu restoran dekat rumah restoran baru buka..huh nampak grand jugala kedai ni..dah terfikir mesti makanan kat situ harganya sesuai dengan kedainya..tak ramai pun orang pergi makan kat situ.. Biasanya kedai makan ni jika sedap hidangannya mesti orang akan singgah makan lagi dekat situ tapi jika tak se.... mesti orang tak singgah dah.. Hubby macam biasa jika singgah kedai makan baru mesti akan order 'TELUR BISTIK' jika telur bistik ok so.. lain hari baru dia akan order yang lain.. hmmm bila hidangan dah sampai.. huhhh.. umi cakap last.. tak masuk dah kedai nih.. sebab tula umi nih jenis yang tak suka makan dekat luar sebab rasa termampu untuk masak yang lebih baik lagi dekat rumah.. so apalagi lepas tu ari nih umi masak telur bistik untuk hubby..

Bahan

2 ketul isi ayam dihiris nipis

2 Biji telur

3 sudu sos tomato

2 sudu sos cili

2 sudu sos tiram

1 ulas bawang besar dihiris

2 ulas bawang putih diketuk

5 tangkai cili padi

sayuran (bunga kobis, sayuran campur, baby corn,lobak merah dipotong)

Daun bawang untuk di tabur

garam ikut rasa


Cara:


1-Untuk Telur - Pecahkan telur dalam bekas masukkan sedikit hirisan ayam tadi, pukul hingga berbuih dan goreng hingga masak.

2 - Tumis semua bawang dan cili padi dengan sedikit minyak sahaja, masukkan semua sos tadi, jika pekat tambahkan setengah gelas air hingga sebati.

3-Tambah ayam yang baki tadi dan sayuran.

4-Dah siap masak tuangkan kuah atas telur yang telah siap digoreng tadi.

5-Siap dimakan bersama nasi putih.

Sunday, December 20, 2009

Pari Berlada



Hari nih masih cuti lagi... ada stok ikan pari dalam peti ais tuh.. ada lebih masa buat ikan pari bakar hari tu.. So masakla resepi ringkas dan sedap sangat..masak pun tak sampai setengah jam dah boleh siap..itupun kalau bahan semua lengkapla.... kena pulak dengan nasi panas memang sedap punyalah.. ok layan resepi yer..


Bahan


300 gm ikan pari
1 inci halia - ditumbuk
1/2 inci lengkuas - ditumbuk
1 batang serai - ditumbuk
5 biji cili hidup-ditumbuk
5 biji cili padi- untuk pedaskan lagi
2 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
jus asam jawa, gula, garam secukup rasa
daun sup dan daun bawang untuk ditabur


Caranya:

1- Basuh ikan pari dengan asam jawa dan toskan.
2- Goreng ikan pari dengan serbuk kunyit hingga garing dan letak sebelah.
3-tumis semua bahan tumbuk tadi hingga bau harum..
4- Perasakan dengan asam, gula dan garam
5- Masukkan ikan pari tadi gaul sebati.
6- Tabur daun sup dan daun bawang hidangkan dengan nasi panas...



Mandi Kolam


Minggu nih cuti lagi 3 hari sempena awal muharam.. Bestla princes Aisyah nih dok rumah umi ngan papa ada. Skit-skit sebut 'pa..pa..pa..' macam dia sorang jerla yang ada papa.. selalu mandi. Petang nih bagi baby mandi dalam pool tuh, pool tu baru beli..rasa best nak beli sebab anak jiran semuanya beli.. tapi anak diorang mandi ramai-ramai beli yang besar la anak kita baru sorang so beli yang kecik skitla.. hmm mandi sampai tak nak keluar dari kolam tuh..tapi tak boleh letak air sampai penuh nanti tenggelam anakku... papa masukkan air skit jer..tu pun sampai mengigil mandi..

Saturday, December 19, 2009

Blueberry Cheese Tart




Tart ni memang kegemaran umi dan hubby masa zaman belajar dulo-dulo la.. masa keluar pergi jalan-jalan dekat Sri Kembangan, mesti singgah Bakery Cotatge dekat situ..sedap sangat rasa tart tu.. ,masa tu harga rm 2.20 sebiji rasa macam mahal sangat beli pun kadang sorang satu jer.. iala rasa jerla.. tapi sekarang dah tau cara nak buat rasa senang sangat nak buat.. sedap lagi buat sendiri dan takla was-was nak makan.. hubby apalagi..bila tart dah siap... makan secukupnya la dia.. iala kalo bukan hubby yang tolong habiskan siap lagi yang nak tolong habiskan masakan umi nih.. kalo tunggu bb yang habiskan alamatnya bertahun la... ok untuk resepi tart seperti dibawah. Kalau ikut acuan tart yang sedang nih boleh dapat dalam 35 ketul la..




untuk pastri
240 gm tepung gandum
60 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
140 gm mentega

untuk cheese

160 gm cream cheese
2 sudu kecil perahan lemon
40 gm gula halus
sedikit filling blueberry
1 biji telur
30 gm mentega




Cara:

1- Untuk pastri- masukkan mentega dan gula pukul hingga kembang.
2-Tambahkan telur esen vanila pukul lagi hingga sebati dan masukkan tepung sedikit demi sedikit.
3- Adunan agak lembut masukkan dalam acuan tart, trim biar cantik ikut ketebalan sendiri. Bakar sehingga kekuningan dalam suhu 180c lebih kurang 15min.
4- Untuk cream cheese - Masuk cream cheese,mentega dan gula pukul hingga sebati. Lepas tu masukkan telur dan perahan lemon pukul hingga sebati. Lemon digunakan supaya cream cheese tahan lama.Dan rasanya tidak akan muak sangat.
5- Siap masukkan cream cheese kedalam pipping bag dan pipekan kedalam tart tadi. Buat hingga siap. Lepas tu letak filling blueberry tengah-tengah cream cheese dan bakar dalm 10min hingga nampak cream cheese kekuningan.




Friday, December 18, 2009

Bendi Goreng Belacan




Kacang bendi memang mempunyai banyak khasiat kesihatan antaranya
dapat membantu menguatkan otak serta menambah daya ingatan serta kecerdasan. Biji, akar serta bunganya kalau direbus boleh membantu melawas pembuangan air kecil serta mengurangkan bengkak atau radang. Ada orang kata ia juga dapat mengurangkan masalah sukar bersalin. Air rebusan biji,akar, serta bunganya jika disapu pada pelbagai kudis dan bisul, mujarab juga. Air rebusan buahnya kalau dicampur dengan gula memang sesuai dijadikan sebagai sirap ubat batuk atau merawat sakit kerongkong. Lendir yang terdapat dalam buahnya boleh dijadikan krim penyejuk serta melembutkan kulit. Ok antara resepi yang boleh dimasak menggunakan kacang bendi seperti dibawah. Resepi nih memang mak selalu masak..mudah.


Bahan

20 biji kacang bendi dihiris
5 tangkai cili kering dimesin dengan 1/2 inci belacan
15 ekor udang hidup yang saiz kecil
2 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris

garam,gula, air asam jawa dan kicap ikut rasa

Cara

1- Tumis semua bawang tadi hingga naik bau dan masukkan cili yang dimesin tadi
2-Selepas itu masukkan udang dan kacang bendi
3- Perasakan dengan garam,gula,asam jawa dan kicap
4-Sedia untuk dihidang makan dengan nasi panas dan ikan goreng pun sedap sangat...

Saturday, December 12, 2009

Daging Goreng Kunyit Berlada

Hari nih teringin nak masakan lauk daging. Bak kata hubby 'masak yang simple-simple jer' bagi umi semua masakan simple itu pun kalau tahu masak dan kene pada caranya. So masakla daging goreng kunyit berlada senang jer..

Bahannya:

500gm daging batang pinang lebih lembut dihiris
3 biji ubi kentang dihiris kasar
2 biji cili merah dihiris
1 ulas bawang besar dihiriss kasar
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu serbuk kunyit
garam dan 2 sudu besar serbuk lada hitam ikut kepedasan
air asam jawa
daun sup dan daun bawang dihiris.

Caranya

1-Tumis semua bawang tadi, masukkan sedikit air dan daging dan serbuk kunyit rebus hingga daging empuk/lembut
2- Masukkan air asam jawa, serbuk lada hitam,perasakan dengan garam dan tambah ubi tadi.Rebus lagi hingga ubi empuk. Padamkan api gaul dengan cili dan tabur daun sup dan daun bawang. Siap dihidang.

Tuesday, December 1, 2009

Bamia Daging


Dah lama tak upload n3 nih.. Agak sibuk skit hujung tahun nih. Ha.. ni baru lepas menyambut raya haji. Dah tentu banyak berlaku pertumpahan darah di kampung-kampung dan juga bandar.. korbankan lembu, kambing, unta dan sebagainya bukan ayam atau itik untuk dikorban. Banyak dapat daging, pelbagai resepi dapat disediakan berasakan daging. Hmmm ari ni cuba buat Bamia Daging, lebih sedap juga jika buat Bamia Kambing.. Bamia ni makanan arabla biasanya. Makan dicicah dengan roti.. Roti Bengali..macam English Breadla..tapi yang ni sedap lagi..Layan resepi dolu

Bahan:

1 kilo daging lembu/kambing dihiris ikut cita rasa sendiri
400 ml minyak masak
100 ml minyak sapi
200 ml susu cair ideal
10 ulas bawang merah - mesin
4 ulas bawang besar - mesin
5 ulas bawang putih - mesin
3 inci halia
5 sudu besar rempah beriani lauk
7 sudu besar rempah bamia / rempah daging
3 sudu serbuk ketumbar
2 sudu serbuk lada hitam
20 biji kacang bendi
5 biji tomato
1 tin besar tomato puri henz
1 pokok daun ketumbar
garam secukup rasa
2 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang dan buah pelaga


Cara


1- Panaskan minyak
2- Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
3- Tumis semua bahan mesin, serbuk ketumbar dan lada hitam hingga naik bau
4- Masukan semua rempah, jika pekat tambah sedikit air hingga harum aromanya..
5- Tambah tomato puri dan 3 litter air
6- Masukkan daging dan rebus hingga daging empuk dan sebati dengan rempah tadi
7 - Lepas tu masuk bendi dan tomato rebus lagi hingga bendi agak lembut dan padam kan api
8- Taburkan daun ketumbar yang dipotong memanjang dan sedia untuk dimakan.. cicah dengan roti benggali huhuu..memang sedap..