Saturday, March 19, 2011

Non Baked Blueberry and Manggo Flavour



Sebelum Cream Cheese monopos saya dah siap-siap merancang untuk buat Non Baked Cheese Cake dengan Manggo flavour dan blueberry...huhhh very creamy....Hubby memang suka makan yang creamy-creamy cam nih...dapat idea tambah mangga ni dari CMG..Cream Cheese dengan rasa kemanisan mangga..huhhhh...


Bahan:
250gm biskut digestive
100 gram mentega, dicairkan
350 gram cream cheese
60 gram gula halus
1 biji mangga didadu isinya
1 1/2 camca besar gelatin halal
125 ml air suam
200 ml whipping cream
Hiasan:
Blueberry Filling
Hirisan Peach
Cara:
1. Biskut digestive dihancurkan kemudian masukkan mentega cari sedikit demi sedikit sehingga boleh dikepal dan masukkan dalam bekas, sejukkan dalam freezer lebih kurang 2 jam
2. Putar cream cheese dengan gula halus hingga berkrim, masukkan mangga tadi, putar rata. Kemudian masukkan whipping cream hingga kembang.
3.Dalam bekas lain bancuh gelatin bersama air suam, kacau hingga larut dan kelihatan jernih. Tuang ke dalam adunan cheese tadi, kacau rata dan masukkan mangga yang didadu tadi, gaul rata. Tuang dalam tin yang disejukkan dalam freezer tadi, ratakan.
4. Simpan semula tapi kali ni dalam peti sejuk selama 3 - 4 jam atau semalaman Keluarkan dari tin, hias atasnya dengan blueberry dan buah peach

Thursday, March 17, 2011

Pavlova- New Desert

Today I lunch with papa at Empayar..since papa ada meeting dekat-dekat sini so senang skit nak pergi Empayar tu.. sambil peluang untuk berdating...hehhehe.. Sebenarnya tak la lapar sangat tengahari ni sebab dah pekena roti sardin dekat kedai mamak tu sebelum masuk ofis..saja jerrrr... nak cuci mata sama..Wakyu lunch memang la ramai kan kat semua restoran ni.. tapi kaki ringan jer melangkah masuk dekat satu kedai ni SERAI Empayar..sebab apa..sebab terpandang nih......ni first time saya makan benda alah nih..walaupun first tima makan tapi betul jangkaan saya benda ni diperbuat dari putih telur yang banayk sebab tu rasanya begitu..rapuh dan mencair skit dimulut..dia bukan kek tapi macam deset tuh..bahan dia sikit jer tapi harga dia mahallll...iala sewa mahal kat situ kot..Tapi air limau kasturi dia sedap, perahan limau dan ada daun pudina segar dalam gelas tu bersama air..nyaman rasa tekak..sesapa nak rasa boleh la singgah kat situ SERAI EMPAYAR

Friday, March 11, 2011

Strawberry Cake and Rich Chocolate Banana

Pagi tadi terima tempahan dari Kak Shereen untuk celebrate anak-anak taman kat rumah. Kak Shereen pesan Chocolate kek 2 biji. Nasib baik hari ni cuti so tak la kalut sangat nak buat sempat la siapkan 2 biji chocolate kek yang simple. Dan juga bernasib baik sebab semua bahan memang tersedia ada kat rumah termasuk buah strawberry tu yang sebenarnya saya beli untuk buat strwaberry lassy untuk jamu pada famili yang kebetulan ada dekat rumah saya. Tak perla nanti saya buatkan lagi lassi tu. Gandingan strawberry dengan chocolate memang ngam budak-budak memang suka sangat tu, saya sendiri pun suka.
Ni Rich Chocolate Banana. Dalam guna chocolate whipping cream dan layer dengan pisang. Luar choclate ganace ala-ala cam secret recepi tu.

Ni pulak Chocolate Strawberry Cake. Gandingan Strawberry dan peach..

Thursday, March 10, 2011

Lasagna Daging

Malam ni sempena dengan famili semua ada dekat rumah, balik kerja saya buatkan lasagna daging. Cadangnya malam ni nak pi pekena dekat Saba' lagi bawa famili tapi cam penant jer pas tu semua dok pulun makan nasi dengan gulai sembilang yang mak masak huhhh..memamg sedap kari ibuku ni..jadi cancel esok baru pergila..Untuk tambahan makan malam saya buatla lasagna daging. Resepi serperti dibawah ya:
Bahan:
1- 1 kotak instant lasagna


Untuk kuah daging
- 250gm daging cincang
-3 sudu tomato puri
-parutan lobak merah
-bawang bengala di cincang dadu
-garam dan lada hitam secukup rasa
-cincangan daun pasli
-1 sudu besar minyak zaitun

Cara:

1- panaskan minyak dan pan
2-Tumis bawang hingga layu
3-Kemudian masukkan daging dan tomato puri serta parutan lobak merah tadi. Jika terlalu pekat tambah 1/2 air.
4- Perasakan dengan lada hitam dan garam serta tabur cincangan daun pasli tadi.
5-Masak hingga kuah agak pekat dan padamkan api.

Untuk kuah putih

Bahan:
-200 ml fresh milk
-100gm mozarella cheese parut
-garam dan lada hitam secukup rasa
-cincangan daun pasley
-sedikit serbuk ayam know

Cara buat:
1- Masukkan semua bahan dalam non stik pan dan panaskan hingga cheese larut dalam susu.

Penyediaan lasagna
1- Gris bekas caserole dengan butter terlebih dahulu
2- lapiskan kulit lasagna dalam bekas tahan panas atau caserole.
3-kemudian letak inti daging selapis. Kemudian lapis lagi dengan kulit lasagna. Buat lapisang hingga habis yang diakhiri dengan kulit lasagna.
4-Akhir tuang kuah putih atas lapisan terakhir dan bakar pada suhu 180 c selama 20minit.
5-Hidangkan masa panas.


Tuesday, March 8, 2011

Assorted Cupcakes

Alhamdulillah dapat juga siapkan cup cake yang di pesan oleh Cikgu Azni. Terima kasih pada Cikgu Azni kerna sudi order Cup Cakes ni dan Tahniah pada Cikgu Azni sebab dapat cahayamata yang kedua. Cikgu Azni nak bagi cup cakes ni pada staff hospital yang jaga dan sambut baby beliau tempohari.
Cup cakes perisa chocolate, kiwi dan blueberry

Ni antara cup cakes yang sempat dibuat..
Assorted cup cakes..Simple design and rich...

Sunday, March 6, 2011

Kelas Blueberry Cheese Tart dan Fruity Tart

Hari ini saya buatkan kelas Blueberry Cheese Tart dan Fruity Tart untuk penduduk wanita di taman rumah saya. Bukan apa sekurang-kurangnya ada aktiviti untuk wanita dan dapat perturunkan serba sedikit ilmu yang ada. Setiap sesi saya hanya ambik 5 ke 8 orang sahaja bukan apa takut nanti tak termampu. Sambutan menggalakkan dan permintaan seterusnya disusuli dengan minggu-minggu lain yang saya free. tapikan bagus betul kawan-kawan saya ni lepas jer semua siap depa siap tolong kemas dan basuh semua pinggan mangkuk lagi..terharunya..terima kasih semua.Kawan-kawan yang sibuk menyiapkan adunan mereka
Tengok tu antara yang dah siap
Ha nila hasilnya..boleh dibawa pulang
Ni la kawan-kawan yang hadir untuk kelas ni...nanti balik boleh buat untuk anak-anak

Saturday, March 5, 2011

Brownies Chocolate Cheese Blueberry

Hari ni saya buatkan Brownies Chocolate Cheese Blueberry. Sedap dan moist sangat..untuk santapan minum petang. Resepinya seperti dibawah ya..


Bahan untuk kek
250gm Butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur - gred B
1½ cwn gula kator
½ cwn susu cair
1½ cwn tepung gandum*
1 sdt Baking powder*
1 sdt Soda bikabonat* (diayak dahulu)
1 sdt esen vanilla

Lapisan Cheese
250gm Cream Cheese
1 cwn gula kastor
1 biji telur - gred B

Blueberry filling secukupnya

Cara :-
1- Cairkan butter - masukkan serbuk koko & kacau rata.
2- Dalam mangkuk lain, pukul telur & gula (guna wisk saja) smpiai sebati.
3- Kemudian campurkan dgn bancuhan butter td...kacau smpai sebati.
4- Masukkan susu cair, kacau lagi...
5- Masukkan tepung, kacau sehingga sebati & masukkan esen vanila.
6- Panaskan oven
7- Alas loyang saiz 10 X 10 X 1inci dgn griss paper (biarkan terjuntai sedikit)
8- Masukkan bancuhan coklat ke dlm loyang

9- Bakar selama 20min - guna api atas bawah

Sementara tggu bahan choc. masak sedikit, kita sediakan bahan cheese..
- Pukul cream cheese sehingga gebu.
-Masuukan gula > pukul lg hingga sebati.
-Masukkan telur > pukul lagi hingga sebati

-Selepas 20min..keluarkan bahan choc yg separuh masak tadi...tuangkan bahan cheese..ratakan keseluruh atas kek...
-Paipkan blueberry filling dan lorekkan ikut suka..
-Bakar lg selama 15min atau sehingga cheese masak...
-Hidangkan bila dah sejuk