Sunday, March 6, 2011

Kelas Blueberry Cheese Tart dan Fruity Tart

Hari ini saya buatkan kelas Blueberry Cheese Tart dan Fruity Tart untuk penduduk wanita di taman rumah saya. Bukan apa sekurang-kurangnya ada aktiviti untuk wanita dan dapat perturunkan serba sedikit ilmu yang ada. Setiap sesi saya hanya ambik 5 ke 8 orang sahaja bukan apa takut nanti tak termampu. Sambutan menggalakkan dan permintaan seterusnya disusuli dengan minggu-minggu lain yang saya free. tapikan bagus betul kawan-kawan saya ni lepas jer semua siap depa siap tolong kemas dan basuh semua pinggan mangkuk lagi..terharunya..terima kasih semua.Kawan-kawan yang sibuk menyiapkan adunan mereka
Tengok tu antara yang dah siap
Ha nila hasilnya..boleh dibawa pulang
Ni la kawan-kawan yang hadir untuk kelas ni...nanti balik boleh buat untuk anak-anak

No comments:

Post a Comment