Saturday, March 19, 2011

Non Baked Blueberry and Manggo Flavour



Sebelum Cream Cheese monopos saya dah siap-siap merancang untuk buat Non Baked Cheese Cake dengan Manggo flavour dan blueberry...huhhh very creamy....Hubby memang suka makan yang creamy-creamy cam nih...dapat idea tambah mangga ni dari CMG..Cream Cheese dengan rasa kemanisan mangga..huhhhh...


Bahan:
250gm biskut digestive
100 gram mentega, dicairkan
350 gram cream cheese
60 gram gula halus
1 biji mangga didadu isinya
1 1/2 camca besar gelatin halal
125 ml air suam
200 ml whipping cream
Hiasan:
Blueberry Filling
Hirisan Peach
Cara:
1. Biskut digestive dihancurkan kemudian masukkan mentega cari sedikit demi sedikit sehingga boleh dikepal dan masukkan dalam bekas, sejukkan dalam freezer lebih kurang 2 jam
2. Putar cream cheese dengan gula halus hingga berkrim, masukkan mangga tadi, putar rata. Kemudian masukkan whipping cream hingga kembang.
3.Dalam bekas lain bancuh gelatin bersama air suam, kacau hingga larut dan kelihatan jernih. Tuang ke dalam adunan cheese tadi, kacau rata dan masukkan mangga yang didadu tadi, gaul rata. Tuang dalam tin yang disejukkan dalam freezer tadi, ratakan.
4. Simpan semula tapi kali ni dalam peti sejuk selama 3 - 4 jam atau semalaman Keluarkan dari tin, hias atasnya dengan blueberry dan buah peach

Thursday, March 17, 2011

Pavlova- New Desert

Today I lunch with papa at Empayar..since papa ada meeting dekat-dekat sini so senang skit nak pergi Empayar tu.. sambil peluang untuk berdating...hehhehe.. Sebenarnya tak la lapar sangat tengahari ni sebab dah pekena roti sardin dekat kedai mamak tu sebelum masuk ofis..saja jerrrr... nak cuci mata sama..Wakyu lunch memang la ramai kan kat semua restoran ni.. tapi kaki ringan jer melangkah masuk dekat satu kedai ni SERAI Empayar..sebab apa..sebab terpandang nih......ni first time saya makan benda alah nih..walaupun first tima makan tapi betul jangkaan saya benda ni diperbuat dari putih telur yang banayk sebab tu rasanya begitu..rapuh dan mencair skit dimulut..dia bukan kek tapi macam deset tuh..bahan dia sikit jer tapi harga dia mahallll...iala sewa mahal kat situ kot..Tapi air limau kasturi dia sedap, perahan limau dan ada daun pudina segar dalam gelas tu bersama air..nyaman rasa tekak..sesapa nak rasa boleh la singgah kat situ SERAI EMPAYAR

Friday, March 11, 2011

Strawberry Cake and Rich Chocolate Banana

Pagi tadi terima tempahan dari Kak Shereen untuk celebrate anak-anak taman kat rumah. Kak Shereen pesan Chocolate kek 2 biji. Nasib baik hari ni cuti so tak la kalut sangat nak buat sempat la siapkan 2 biji chocolate kek yang simple. Dan juga bernasib baik sebab semua bahan memang tersedia ada kat rumah termasuk buah strawberry tu yang sebenarnya saya beli untuk buat strwaberry lassy untuk jamu pada famili yang kebetulan ada dekat rumah saya. Tak perla nanti saya buatkan lagi lassi tu. Gandingan strawberry dengan chocolate memang ngam budak-budak memang suka sangat tu, saya sendiri pun suka.
Ni Rich Chocolate Banana. Dalam guna chocolate whipping cream dan layer dengan pisang. Luar choclate ganace ala-ala cam secret recepi tu.

Ni pulak Chocolate Strawberry Cake. Gandingan Strawberry dan peach..

Thursday, March 10, 2011

Lasagna Daging

Malam ni sempena dengan famili semua ada dekat rumah, balik kerja saya buatkan lasagna daging. Cadangnya malam ni nak pi pekena dekat Saba' lagi bawa famili tapi cam penant jer pas tu semua dok pulun makan nasi dengan gulai sembilang yang mak masak huhhh..memamg sedap kari ibuku ni..jadi cancel esok baru pergila..Untuk tambahan makan malam saya buatla lasagna daging. Resepi serperti dibawah ya:
Bahan:
1- 1 kotak instant lasagna


Untuk kuah daging
- 250gm daging cincang
-3 sudu tomato puri
-parutan lobak merah
-bawang bengala di cincang dadu
-garam dan lada hitam secukup rasa
-cincangan daun pasli
-1 sudu besar minyak zaitun

Cara:

1- panaskan minyak dan pan
2-Tumis bawang hingga layu
3-Kemudian masukkan daging dan tomato puri serta parutan lobak merah tadi. Jika terlalu pekat tambah 1/2 air.
4- Perasakan dengan lada hitam dan garam serta tabur cincangan daun pasli tadi.
5-Masak hingga kuah agak pekat dan padamkan api.

Untuk kuah putih

Bahan:
-200 ml fresh milk
-100gm mozarella cheese parut
-garam dan lada hitam secukup rasa
-cincangan daun pasley
-sedikit serbuk ayam know

Cara buat:
1- Masukkan semua bahan dalam non stik pan dan panaskan hingga cheese larut dalam susu.

Penyediaan lasagna
1- Gris bekas caserole dengan butter terlebih dahulu
2- lapiskan kulit lasagna dalam bekas tahan panas atau caserole.
3-kemudian letak inti daging selapis. Kemudian lapis lagi dengan kulit lasagna. Buat lapisang hingga habis yang diakhiri dengan kulit lasagna.
4-Akhir tuang kuah putih atas lapisan terakhir dan bakar pada suhu 180 c selama 20minit.
5-Hidangkan masa panas.