Condiment untuk Laksa
Bahan:
1 kg ikan sardine siap dibersihkan
20 tangkai cili kering*
1 inci belacan* dimesin (optional)
1 batang bunga kantan dibelah 4
6 keping asam keping (agak-agak masam)
5 kuntum daun kesom
Garam secukup rasa
1 paket laksa di rebus hingga lembut
Bahan hiasan:
Timun dihiris memanjang
Cili hidup dihiris
Limau kasturi dibelah 6 setiap biji
Nenas dihiris
Bawang besar dihiris
Salad dihiris halus
Daun pudina dihiris
Cara:
1- Rebus semua ikan tersebut.
2-Isi ikan dan tulang diasingkan.
3-Lebihan air rebusan ikan dimasukkan dalam periuk dan tuang sekali cili yang telah dimesin tadi
4-Mesin isi ikan tadi dan tuang sekali dalam periuk berkenaan.
5-Tulang ikan tadi juga mesin berasingan, tapi dan tuang dalam periuk tadi.
6- Dengan buka api perlahan, kacau sebati dan masukkan bungan kantan, daun kesom sertam asam keping. Jika kuah terlalu pekat boleh tambah air.
7- Rebu hingga mendidih dan masukkan garam ikut kesedapan.
8-Masak lagi 5 minit dan padamkan api. Hidangkan dengan laksa dan bahan hiasan tadi.
















Hahaah.. ni acara suap-suap gula..konon cam manisan la untuk bakal menantu perempuan sahaja. Aku pun tak tau warisan darimana adat ni.. buat jerla..Kepad bakal adik iparku nanti dah kawin jaga adik akak dengan baik okies..makan biar cukup ya..